Hanya kerana tidak berkongsi pendirian menyokong Palestin, seorang warga maya tampil menyindir pelakon, Meerqeen menyuruhnya membayangkan dirinya bakal dicampak ke neraka. Tidak berdiam diri, pemilik nama sebenar Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, membalas semula komen tersebut.
Katanya, bukan semua perkara atau kebaikan yang dilakukan perlu dikongsi kepada umum. "Terima kasih, saya seorang Muslim. "Tanggungjawab saya sebagai orang Muslim saya sudah jalankan. "Bukan semua perlu dikongsikan dengan semua," katanya. Tambah aktor itu, segala kebaikan yang dilakukannya buat saudara di Palestin cukup hanya perlu diketahui oleh Maha Pencipta. "Cukup saya dan Maha Esa tahu apa yang saya buat untuk saudara disana sudah memadai," ujarnya. Selain itu, dalam hantaran lain, Meerqeen menjelaskan yang dia mengutuk dan mengeji sekeras-kerasnya keganasan dan juga kezaliman terhadap manusia. Jelasnya, dengan kudrat dan kemampuan yang ada, dia akan terus menjalankan tanggungjawab dalam memerangi kezaliman dan menunjukkan akhlak sebagai seorang Muslim yang sebenar. "Saya adalah seorang Muslim. Saya dididik dengan lengkap oleh kedua ibu bapa saya akan nilai-nilai yang perlu saya tampil dan perjuangkan sebagai seorang Muslim. "Saya tidak pernah sesekali pun berpaling dari pendirian saya itu," ujarnya. Sebelum ini, nama Meerqeen disebut-sebut antara selebriti yang tidak menunjukkan sokongan kepada rakyat di Palestin. Terdapat juga pihak yang memuat naik semula gambar Meerqeen bersama Gal Gadot di sebuah acara perasmian kedai barangan kemas berjenama mewah di New York. Meerqeen menerima kecaman kerana dianggap tidak sensitif memandangkan Gal Gadot berpihak kepada Israel. Sumber: mStar
|
LadyCarefree replied at 19-10-2023 11:59 AM
Many meleis netizen jadi xrasional when it comes to Palestin. Dan tudung. Ni siapalah start budaya k ...
kuceeng replied at 19-10-2023 12:12 PM
aku rase yg tgh hot skrg kt twitter X tu psl fanclub die kutip derma palestin tp duit masuk personal ...
tulip-rain replied at 19-10-2023 01:58 PM
Overnya netizen ni. Ini point terbaru nak hukum orang lain sesuka hati, maki2 orang tu.
Dia dah sha ...
Beribear replied at 19-10-2023 02:13 PM
Mmg merepek.. elok lah dia tak share. Yg share tu lg pelik sebenarnya aku tengok.. lepas share pales ...
scarflicious replied at 19-10-2023 01:40 PM
Aih... Aku pelik2 lah netz ni. Semua nak kena tunjuk ke?
Kentot_Wangi replied at 19-10-2023 12:26 PM
Nak neraka kan org la plak.. Over benorr...
ADVERTISEMENT