CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aeril Zafrel Jual Lamborghini Sebab Jarang Pakai, Sebahagian Hasil Jualan Derma Kepada Palestin

18-10-2023 09:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11213| Komen: 122

Selepas setahun memiliki kereta mewah jenama Lamborghini Aventador hadiah daripada isteri tercinta, pelakon dan usahawan Aeril Zafrel mengambil keputusan menjual kenderaan berwarna kuning itu.

Memandangkan kenderaan itu jarang digunakan, Aeril atau Suhairil Sanuri, 35, berkata dia nekad menjual kereta itu dan sebahagian hasil tersebut boleh digunakan untuk menderma kepada Palestin.


“Selamat tinggal Lambo. Jarang sangat pakai kereta ini, jadi jual saja la.

“InsyaAllah sebahagian hasil ini kita derma kepada Palestin,” katanya.

Aeril berkongsi perkara tersebut di Insta Story miliknya pada Rabu.

Dalam hantaran berkenaan, Aeril turut memuat naik video mengucapkan selamat tinggal kepada kenderaan tersebut selepas diserahkan kepada orang lain.

“Selamat tinggal kuning (panggilan untuk kereta),” ujarnya berserta tanda sedih.

Untuk rekod, kereta tersebut merupakan pemberian isterinya iaitu pelakon iaitu pelakon dan juga usahawan Wawa Zainal.

Dalam satu kenyataan sebelum ini Aeril juga pernah meluahkan hasrat untuk menjual kereta berkenaan atas alasan sama kerana jarang digunakan.

Ketika awal memiliki kenderaan berkenaan tahun lalu, Aeril juga menerima kecaman kerana dikatakan sengaja menyewa kereta mewah untuk tujuan content di media sosial.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 18-10-2023 10:06 PM
Adakah tunggang isu palestin?

Quote damian_lee 18-10-2023 10:07 PM
tunggang lambo ke tunggang palestine
sambil menderma kak pak cik sajat?
Quote dani-rox 18-10-2023 10:14 PM
sebahagian tu berapa hengget? rm10 pun bole jadi jugak
Quote makcun14 18-10-2023 10:15 PM
sembang kari alagappas babi pun terbang. sesapa pun boleh claim lepas nak jual harta, akan pum pang serata alam derma kat palestin.
netizen pun kagum sambil takbir 10 kali
entah betul duit sampai ke sana entah tak.
Quote sukanyanyi 18-10-2023 10:32 PM
Kalau betul, alhamdulillah.. mcmni la, prangai sepadan ngn rupa.
Quote laksmanabentan 18-10-2023 10:36 PM
dramaaaaa....
Quote azimodin 18-10-2023 10:46 PM
Iouls terpikir la kan

Kalai ewah2 dengan suaminya yg jual skincare x masuk major pharmacy pon boleh pakai lambo, agaknya kereta apa la tauke wipro (safi, aiken, dashing, dll) pakai? Yati sendayu tinggi pon x lambo and seangkatan dengannya.
Quote GegarVaganja 19-10-2023 01:04 AM
Apa yang Ganja ingat masa video lambo dia keluar adalaj seluar dia tak berzip




Quote AWEKSAMURAI 19-10-2023 01:07 AM
Tonggang lh isu Palestine ni secukupnya .... Berlumba content sapa paling menyayat hati hihihi..masa ni lh pon nk pulang blik kete sewa
Quote AWEKSAMURAI 19-10-2023 01:10 AM
azimodin replied at 18-10-2023 10:46 PM
Iouls terpikir la kan

Kalai ewah2 dengan suaminya yg jual skincare x masuk major pharmacy pon boleh ...

Ko pegang satu je kata aku..orang kaya xkn tunjuk dia kaya .. org menipu je beriya akan tunjuk dia kaya raya sbb boleh tipu org bodoh yg berangan nk kaya mcm dorang jgak ...selagi ada org bodoh n berangan ni selagi tu lah dorang ada product utk d jual
Quote spy_caridotdot 19-10-2023 01:13 AM
Ye ke jual? Ke sewa je sebelum ni?

Pada kiraan logic akal, kereta kalau jual selepas setahun, takkan dapat apa2 pulangan! Ko kena topup duit lagi ada la kat bank tu! Tang mana sebahagian hasil nak derma kat palestin?

Takkan beli cash kot aventador tu? Price beli tahun sudah maybe dalam 1.8mil!!!
Quote she 19-10-2023 01:47 AM
Hasil jualan?

Amboi kemain
Sembang macam beli tunai
Sewa je kannnnnn
Quote Suchi 19-10-2023 06:07 AM
Bini dia tak marah ke?
Tk paham napa bagi hadiah kereta yg laki nya  jarang guna

Tup2 nak jual pulak
Quote Suchi 19-10-2023 06:11 AM
azimodin replied at 18-10-2023 10:46 PM
Iouls terpikir la kan

Kalai ewah2 dengan suaminya yg jual skincare x masuk major pharmacy pon boleh ...

Jgnkan keta,tokey safi bagai tu pun iols tak penah tgk

Teringat ada org post kat fb tertanya2 pasal tokey kacang Tong Garden tu
Dia suka mkn kacang tu tetiba dia terpikir pasal takde pun muka tokey tu besor2 kat tepi jln.
Quote zeetot 19-10-2023 06:28 AM
Dah tamat contract rental setahun ke
Quote helicornia 19-10-2023 07:50 AM
Masa beli dulu netizen dh ckp kejap je ni.pastu mesti ckp nk jual.padahal sewa je
Quote xixin5230 19-10-2023 07:54 AM
spy_caridotdot replied at 19-10-2023 01:13 AM
Ye ke jual? Ke sewa je sebelum ni?

Pada kiraan logic akal, kereta kalau jual selepas setahun, takk ...

Beli cash la kot.. haha
Quote mamapea 19-10-2023 07:59 AM
founder2 ni dok show off harta benda kt socmed aku lgsg x heran...jutawan btl2 dia x pernah tunjuk pun harta benda dia kt socmed...
Quote zehra2 19-10-2023 08:13 AM
sikit2 nak kait dgn palestine. mmg ler palestine perlu kn bantuan duit skrg.

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.179554 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top