CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Riena Diana Kesal Video Aib Dikongsikan, Dijadikan Bahan Jenaka

18-10-2023 07:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5317| Komen: 26

Pelakon Riena Diana menggesa pengusaha sukan lasak 'watee rafting' agar  membuat permohonan maaf secara terbuka susulan memuat naik video memaparkan Syazuwan Zulkifli tersepak mukanya.

Pemilik nama sebenar itu berkata, video memalukan itu tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka netizen di media sosial.



Riena tidak menyalahkan Syazuwan kerana tahu kejadian itu tidak disengajakan. Pelakon itu bagaimanapun menegur pengusaha sukan berkenaan kerana tergamak berkongsi perkara mengaibkan dirinya.

"Saya tak salahkan Syazuwan sebab masa tu kita semua terkejut dan tak bersedia, kaki Syazuwan naik kena muka saya. Itu tak lawak sebab ketika itu sangat sakit. Bayangkan kaki dia kena dekat muka saya.

"Dia (pengusaha) tak sepatutnya buat macam tu (jadikan konten). Dia gelakkan saya dan kata boleh jadikan konten. Saya sendiri pun tak kisah pasal konten yang tak berapa bijak," katanya.


Tambahnya lagi, dia sudah memberikan amaran dan mengingatkan pemilik sukan berkenaan agar tidak memuat naik rakaman memalukan itu namun mengabaikan permintaannya.


"Saya tak rasa suka diaibkan dan dijadikan bahan lawak bila kaki kena dekat muka. Tambahan, itu bukan review dan saya bayar untuk water rafting.

"Saya tak rasa gembira juga untuk menormalkan buli ini. Kalau awak rasa konten seperti ini boleh naikkan jualan awak, turunkan video itu dan buat konten sebegitu dengan orang lain," katanya.

Setakat ini, Riena belum menerima sebarang permohonan maaf daripada pengusaha sukan berkenaan. 

"Awak tak minta maaf atas apa yang berlaku dan sekarang awak muat naik di sosial media. Tolong turunkan video itu dan buat permohonan maaf terbuka awak post muka saya dan ia tidak lawak," katanya.


Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-10-2023 07:29 PM
Kau ni sape nyah? Apa je tujuan hidup kau jadi artis nyah sampai kaki pelakon jantan who are yus terkena muka kau dijadikan cerita nyah..
Quote QueenCaramel 18-10-2023 07:35 PM
Aler..x rilek la kak lailerrr..tp mmg lawak la jgk video tu..haha
Quote _kelly 18-10-2023 07:38 PM
setuju dengan riena..malaysia ni tahap rekod muka orang pon boleh buat konten..kalau kat negara lain, memang boleh kena tangkap
Quote Komenga 18-10-2023 08:14 PM
Sakit tu kaki kena muka. Kalau tuan punya badan tak bagi consent untuk guna video tu, jangan la guna. Tak semua benda boleh dijadikan content.
Quote Anne15 18-10-2023 08:25 PM
Semua nak bt konten tuan badan xizin xbaik tau
Quote LadyCarefree 18-10-2023 08:57 PM
Apa lagi, saman! Memang ramai xde akal skrng ni. Asal boleh dijadikan lawak. Pastu suruh org lek ah, jgb serious sangat, blabla
Quote chandrahusin 18-10-2023 09:05 PM
Aku mmg paling tak setuju org lain buat content hal org lain tanpa izin
Ambik gamba org duduk tepi jalan makan kesian
Naik moto dlm hujan kesian
Pdhal entah2 org yg terlibat tu takde rasa apa pun
Biar je lah hidup org
Ustaz kata klu nak buat baik nak bersedekah jgn ada kasihan
Kasihan lah diri sndr
Buat baik bersedekah untuk diri sndr di sana nnt
Quote slyfynx 18-10-2023 09:24 PM
Paling sial sekali kalau amik video2 sedih2.
Pastu buat ayat, jika anda terasa sayu, tekan like untuk memberi sokongan.
Setan sgt aih
Quote Pak.dolla 18-10-2023 09:31 PM
baru² hari tu dia buat tt live....ms tgk tu ada org tanya psl ex bf dia kalau x silap aku, then dia jwb dia x kalau dh clash jgn gaduh² dia nk baik dgn semua org...aku pun dh igt mcm mn ayat dia...

tetibah...

aku terbaca 1 komen tu...org tu ckp baiknya riena tak gaduh² dan masih berbaik dgn ex bf...jgn jd mcm sorang retis tu siap ajak rakan retis lain ajak kutuk ex bf....hahahaha...siapakah itu? acik porom ke yg komen tu....riena baca tau komen org tu...
Quote imanjannah 18-10-2023 10:09 PM
benda mengaibkan org ko gi upload, org tu dah mintak ko jgn upload, ko buat jugak, mmg teruk sungguh la perangai nya pun
Quote kepompong 18-10-2023 10:50 PM
serabut la water rafting & tubing. i menyesal sgt sgt naik.
Quote Hoshhi 19-10-2023 08:10 AM
Pick me girl
Quote da_vinci 19-10-2023 08:28 AM
aku yg naik takat banana boatpun aku tobat lahum......inikan pula water rafting ni....
Quote cmf_premierleag 19-10-2023 08:29 AM
Akak sokong je kalo riena nk saman pengusaha sukan ni sbb kdg2 staf dan owner xtvt sukan ni stok2 otak rempit yg sgt bodoh x pikir psl consequences effects
Quote A-Are 19-10-2023 08:31 AM
da_vinci replied at 19-10-2023 08:28 AM
aku yg naik takat banana boatpun aku tobat lahum......inikan pula water rafting ni....

seram da naik banana boat, siap terterajang muka org sebelah, terhantuk kepala...adik i olls sampai retak hidung dibuat nya...bawak je sudahlah yg nak jatuhkan org pasal apa eh
Quote syamzana 19-10-2023 08:38 AM
A-Are replied at 19-10-2023 08:31 AM
seram da naik banana boat, siap terterajang muka org sebelah, terhantuk kepala...adik i olls sampa ...

caner uols blh terterajang org sebelah naik banana boat??? kan depa dah atur elok
masa terbalikkan tu ke tersepak muka org tu
iols pun cukup la sekali naik banana boat, naik jetski pun sepanjang masa iols menjerit kat blkg smpai hsbd iols ckp mujur tak pekak telinga dia.
serammm dok bergoyang2 melambung2 gitu
kalau dipaksa naik water rafting ni, iols rela pengsan dulu.
Quote A-Are 19-10-2023 08:46 AM
syamzana replied at 19-10-2023 08:38 AM
caner uols blh terterajang org sebelah naik banana boat??? kan depa dah atur elok
masa terbal ...

yer, last sekali dia terbalikkan bananan boat tu, time tula i olls tersepak muka adik i olls..lps tu adik i olls 2 org terhantuk kepala sesama sendiri...tragis sungguh masatu...lepas tu xtao nak gelak ke nak nanges..xmao da naik
Quote babelina 19-10-2023 09:17 AM
perlu ker up video mcm nie.. klau muka sendiri yg kena sepak xperla.. ko up la kt mana2 pn..
Quote hasniey 19-10-2023 09:21 AM
Sy sokong lailer..up video org tanpa izin jd kan bahan lawak pulak tu.boleh kena saman tau sbb dia xizinkan.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.138579 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top