Aktor Sunny Deol mengatakan dia tidak faham mengapa ada segelintir orang begitu ghairah dan terpesona dengan arak. Sunny selain tidak merokok, dia juga tidak pernah menyukai alkohol atau arak.
"Saya rasa arak mempunyai bau yang busuk, terlalu pahit dan akan membuatkan kita sakit kepala. Saya benar-benar tidak faham mengapa ada orang yang menyukai arak," katanya. Deol yang juga seorang pengarah itu bagaimanapun mengakui pernah mencuba untuk minum arak namun tidak akan menjadikan minuman itu sebagai minuman wajib atau sesuatu yang digemari. "Saya pernah rasa arak ketika hadir semua majlis di England. Tetapi, saya tidak dapat menikmatinya. Saya tidak faham fungsi arak untuk saya," katanya. Tambahnya lagi, tidak ada keperluan buatnya untuk mengambil minuman keras itu. Deol berkongsi perkara itu ketika mengulas kali pertama dia 'menangkap' anaknya, Rajveer sedang minum alkohol.
Sumber: Gempak |
ADVERTISEMENT