CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Jelajah Lihat artikel

Pulau Menarik Untuk Dikunjungi Di Korea Selatan

18-10-2023 02:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5128| Komen: 17

Korea Selatan sangat terkenal dengan keunikan budaya dan tempat-tempat pelancongan.


Adakah anda sedang merancang untuk melancong ke negara terkenal dengan K-Pop ini?


Adakah anda sudah tahu tempat-tempat menarik di Korea Selatan yang boleh anda kunjungi?


Perkongsian kali ini adalah khas buat pencinta pulau. Kalau berkesempatan ke Korea Selatan, jangan lupa lawati beberapa pulau dengan panorama indah ini.


1. Pulau Jeju (Jejudo


Jejudo atau lebih dikenali sebagai Pulau Jeju, atau juga dikenali sebagai “Pulau Para Dewa", merupakan tempat percutian paling popular bagi masayarakat Korea dan juga pelancong-pelancong antarabangsa.


Ia merupakan salah satu destinasi berbulan madu paling digemari oleh pasangan pengantin di Korea.


Campuran pulau ini terdiri daripada gunung berapi, hujan yang kerap, dan iklim sederhana, membuatkan ia hampir sama dengan kepulauan Hawaii.


Pulau ini menawarkan para pengunjung pelbagai aktiviti seperti mendaki pada Halla-san (puncak tertinggi Korea Selatan), melihat matahari terbenam di atas lautan, melihat air terjun yang hebat dan tiub lava, Jeju Loveland, menunggang kuda, atau sekadar berbaring di atas pasir pantai.



2. Pulau Dongbaekseom


Dongbaekseom Island atau Pulau Dongbaeksom merupakan sebuah pulau yang bukan 100% pulau. Hal ini kerana ia bercantum dengan tanah di kota Busan.


Ia disebabkan oleh proses pemendapan yang berlaku.


Keindahan panorama pulau ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk anda temukan di tempat lain. Keindahannya akan menjadi semakin sukar untuk diungkapkan tatkala matahari terbenam.


Tarikan lain yang ada disini adalah rumah apinya. Jadi, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk kesini!



3. Sindo Island


Sindo Island atau Pulau Sindo ini agak unik sebenarnya. Ia merupakan salah satu daripada tiga buah pulau yang dihubungkan dengan jambatan.


Dua pulau lain yang ada adalah Pulau Sido dan juga Pulau Modo.


Pulau Sindo ini pula terletak diantara kedua-duanya. Menariknya di Pulau Sindo ini adalah, ia mempunyai sebuah pantai yang dikenali sebagai Pantai Sugi. Ia merupakan destinasi yang sangat terkenal sebagai sebuah tapak perkhemahan untuk pelancong dalam dan juga luar negara.


Kalau anda nak menjelajah pulau ini, anda boleh lakukannya dengan berbasikal yang merupakan aktiviti utama disini.



4. Nami Island

Nami Island atau Pulau Nami merupakan sebuah pulau yang agak unik kerana bentuknya seakan-akan bulan sabit. Ia merupakan hasil daripada pembinaan Empangan Xheongpyeong.


Ada sejarah mengatakan bahawa Pulau Nami ini merupakan tempat bersemadinya General Nami yang merupakan ketua kepada kemenangan besar terhadap pemberontak.


Menarik mengenai Pulau Nami ini adalah ia tidak mempunyai tiang telefon kerana semua wayar ditanam didalam tanah untuk mengekalkan landskap asal pulau ini.


Selain dari pemandangannya yang indah, Pulau Nami juga menyediakan restoran berstatus halal disini.




Sumber: Melancong.my









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vietnamdulich 19-1-2024 12:53 PM
too beauty
Quote Kipaskiok 26-1-2024 09:55 PM
siapa dh pernah smpi sana? acu share sikit cantik n best x?
Quote Pumpkinhead 7-2-2024 01:52 PM
Pernah sampai Jeju je...memang cantik and the best!
Quote keranda.terbang 5-6-2024 04:07 PM
cantik nyaaa.. teringin nak pegi
Quote rendangayam 16-6-2024 10:32 PM
Cantik
Quote Combi_ 17-6-2024 12:35 AM
Cantik
Quote shauqina 24-6-2024 09:23 AM
cantik
Quote moolanji 16-8-2024 01:35 PM
pernah pergi SK tapi tak sampai lagi pulau2 ni.. kena pergi lagi sekali agaknya
Quote menciptahuuut13 21-8-2024 07:16 PM
Nami island cantik
Quote Jikookie 24-8-2024 12:12 AM
Cantik ohhh
Quote cempakaa 11-9-2024 01:24 PM
Cantiknya Dongbaekseom
Quote princego 20-9-2024 05:52 PM
Nami island pernah pergi.Lawa.Gi time autumn la nak view paling lawa.Jeju dalam bucket list????
Quote Minami2013 2-10-2024 07:15 AM
1000015187.jpg

Antara tarikan kat jeju lalang pink ni. Lalang pun boleh jadi tourist spot
Quote Minami2013 2-10-2024 07:22 AM
1000016437.jpg

Nami island.. first pegi mid autumn yg pokok2 dah tukar color.. mmg cantik dan cuaca sejuk yg nyaman je.. 2nd time awal2 autumn.. pokok masih hijau dan cuaca pun tak sejuk. Tp ok la.
Quote nonymous 11-10-2024 07:12 AM
Jeju
Quote cheliz 20-10-2024 11:26 AM
Teringinnya nak pergi jeju
Quote redz85 29-10-2024 09:43 AM
aku pernah jejak pulau nami.. tapi sekejap aje.. dalam 2 jam aje.. setakat berjalan, bergambar, solat.. mushollah nya sangat cantik & bersih.. makan di restoren halal ..

macam menyesal pulak ikut Klook..

lain kali nak jalan sendiri,,

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.075545 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top