CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ruhainies Tak Kisah Buat Babak Bersentuhan "Tak Mengapa Kalau Terpaksa Didukung Oleh Hero"

18-10-2023 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4711| Komen: 43

Dah sembilan tahun jadi pelakon, Ruhainies tiada masalah melakukan babak bersentuhan dengan pasangan hero.

Namun dia berharap tuntutan sedemikian haruslah masuk akal dan bersandarkan logik jalan cerita, bukannya sengaja direka-reka untuk publisiti murahan.


Foto: IG

“Sekiranya ada babak yang memerlukan saya dan pasangan bersentuhan, itu tidak mengapa. Contohnya untuk babak kemalangan dan saya terpaksa didukung oleh hero.

“Itu logik juga. Nak berkarya jangan kolot sangat. Tapi kalau tiba-tiba nak kena peluk, cium, itu tidak boleh,” katanya kepada Kosmo.


Bagaimanapun dia tidak akan melakukan adegan bersentuhan selepas mendirikan rumah tangga.

“Apabila sudah berkahwin, saya akan tolak babak bersentuhan dengan lelaki kerana menghormati suami.

“Sebagai isteri, saya kena jaga air muka dia,” katanya.


Tambah Ruhainies, jika terdapat babak melampau dalam karya lakonannya, dia akan berbincang terlebih dahulu dengan pengarah sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kalau perasan, dalam lakonan saya memang tidak ada babak atau adegan yang melampaui batas. Kalau ada sekali pun, saya akan cuba berbincang dengan pengarah.

“Setakat ini, pengarah belum pernah kata tidak bila saya berbincang dengan mereka."


Dia juga terbuka untuk bergandingan dengan hero baharu bagi mencipta kelainan dan keserasian dalam sesebuah karya.

“Saya okey jika diminta bergandingan dengan pelakon baharu. Saya tidak mahu peminat beranggapan saya hanya akan berlakon dengan hero tertentu sahaja.



“Kalau hero itu tidak pernah berlakon dengan saya, lagi saya suka sebab mahu cari kelainan. Tapi, sekiranya berlakon dengan hero yang sama pun saya okey sahaja. Saya tidaklah cerewet." – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 18-10-2023 02:01 PM
Pelakon kesayangan kurex.. hahahaha..
Quote pocongkiutss 18-10-2023 02:08 PM
Sapa je hero yg sukarela nak dukung dia pun?
Quote Hoola 18-10-2023 02:23 PM
minggu ni penuh kisah dukung-dukungan
huntunglahhh.......
Quote naina 18-10-2023 02:54 PM
Yela demi sesuap nasi kan
Kena lah relakan dipegang2 didukung gitu
Dah kawin orang lain menanggung
Quote I.K.A888990 18-10-2023 02:55 PM
udah2 la tu dukung mengdukung ni
Quote Bebawang 18-10-2023 03:02 PM
Mana pakwe lama dia yg dicanang canngkan dulu. Lost track plak kejap pasal dia
Quote HelgaPataki 18-10-2023 03:03 PM
Kenapa la dia suka sgt buat curly fringe tu, nmpk tak kena dgn dia. Also y nampak she dah berumur ala2 nora danish ya
Quote Robitadotcom 18-10-2023 03:47 PM
dah ko mmg birah
Quote September14 18-10-2023 04:54 PM
Boleh lg ke jd heroin…. Klu bawak watak mak2 datin yg kepoh2 kt belakang tu bolehlah
Quote cikatilia 18-10-2023 04:55 PM
Nak berkarya jangan kolot sangat

tiber.. kolot yeh??
ni terpaling urban modern la nih
Quote Fazzbulous 18-10-2023 04:55 PM
mana kurex ni...muahahahahah...
Quote Hanzeviera 18-10-2023 04:59 PM
Hahaha tak boleh konon....
Quote Buritan 18-10-2023 05:05 PM
Fazzbulous: mana kurex ni...muahahahahah.. ...


Aku pun tunggu kurex nii.. pasti dia bangga pelakon kesayanggannyaa
Quote mamapea 18-10-2023 05:14 PM
dh mekap sekati knp aku masih nmpk dia ni x lawa?
Quote noor2 18-10-2023 06:30 PM
Dah nama dunia hiburan....mcm x biasa
Quote heythere123 19-10-2023 07:18 AM
girl takde istilah paksa kalau setakat berlakon. Geli aih nak claim terpaksa didukung bagai
Quote heythere123 19-10-2023 07:19 AM
mamapea replied at 18-10-2023 05:14 PM
dh mekap sekati knp aku masih nmpk dia ni x lawa?

sebab memang tak lawa pon dengan muka kemut tu. Dah la berlakon tak best.

iols memang hater sheols sebab nyampah
Quote mamapea 19-10-2023 07:53 AM
heythere123 replied at 19-10-2023 07:19 AM
sebab memang tak lawa pon dengan muka kemut tu. Dah la berlakon tak best.

iols memang hater sheo ...

mungkin semut mulut tu kemut kot...nmpk pelik...try hard nk nmpk mcm nora danish tp x berjaya...
Quote IzzahF 19-10-2023 09:39 AM
kesian ko dik terlalu sendu sampai benang pun tak naik


muka heshe now tak mcm nowa, dah mcm ppuan vietnam yg nk kerat bf kat tt tu

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041481 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top