CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Teh, Mi Segera, Perencah, Sajat Menangis Wawa Zainal Dan Aeril Zafril Beri Barangan Dapur

18-10-2023 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7359| Komen: 59

Nur Sajat terharu apabila Aeril Zafril dan Wawa Zainal sudi menghantar bungkusan makanan dari Malaysia untuknya.

Sajat kelihatan sebak dan tidak mampu menahan air mata setelah membuka bungkusan tersebut.


Foto: IG


"Sajat sangat berbesar hati, bila saya dapat bungkusan daripada selebriti Malaysia, dia hantar Sajat makanan-makanan daripada Malaysia. Terima kasih Wawa.

"Dia bagi Sajat kad, ‘dear Nur Sajat, semoga awak menikmati pemberian kami daripada Wawa Kosmetik, diharapkan pemberian ini terubat setiap rindu Sajat kepada Malaysia’."



Tambahnya, "Korang buat Sajat semangat nak masak. Sajat tak pernah minta pun tapi orang hantar dan saya sangat hargai.


"Saya menangis ini sebab tak sangka masih ada lagi orang yang ingat dekat saya. Saya tak perlukan trofi atau apa-apa tapi bila saya dapat barang-barang masak macam ini membuatkan saya rasa seronok sangat."


Sajat mengaku makanan adalah satu-satunya perkara yang mampu mengubat kerinduannya terhadap keluarga dan tanah air.

"Tak sangka, sahabat-sahabat selebriti hantar benda ini, nak tengok saya ini berada dalam suasana kerinduan.



"Apa lagi yang boleh buat kita gembira, buat kita seronok..bila kita dalam keadaan jauh adalah masakan. Masakan itulah yang boleh buat kita teringat kampung halaman kita. Itu sahaja tak ada benda lain." -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 18-10-2023 02:21 PM
mee segera malaysia, segala benda Malaysia ada je kat aussie tu
ada duit dengan tidak je nak beli
Quote kmbg 18-10-2023 02:25 PM
Asyek nanges ja..ye la pompuan kan hatinya rapuh..hahah gitewwww
Quote ketambangkang 18-10-2023 02:33 PM
kau mengharapkan trofi ape jat
Quote swateng1 18-10-2023 02:36 PM
reputss ni boh la gambar sajat yang semenggah sikit.
Quote ezacbee 18-10-2023 02:49 PM
Balik jelah..

Quote LadyCarefree 18-10-2023 03:04 PM
helicornia replied at 18-10-2023 01:21 PM
mee segera malaysia, segala benda Malaysia ada je kat aussie tu
ada duit dengan tidak je nak beli

Ya. Memang ada segala mak nenek pun kat sana kat Asian grocer tapi bila orang susahpayah hantar esp bila surprisekan, jadi terharu dan sangat bermakna.
I hope ada lah retis2 yg tak judging dia bila ke sana pi lah spend time dengan dia sikit. Bebaru ni I was in Aussie for 3 months ada juga macam nak DM dia nak ajak bawa pi makan ke apa tapi kalini tak pula ke area sana. But then my visa lambat lagi expire pun.
Quote HelgaPataki 18-10-2023 03:06 PM
Lepas ni kalutlah si alepsokri nak hantar selori barang dapur pulakkk.
Quote LadyCarefree 18-10-2023 03:06 PM
ezacbee replied at 18-10-2023 01:49 PM
Balik jelah..

Even Charice/Jake is having a hard time kat Filipina nun, inikan MatJad/Nursajat kalau kat Msia.
Quote myakayina 18-10-2023 03:24 PM
alhamdulillah, masih ada yg sayang dan ingat kat sajat..kesian jgk aku tengokkan sajat ni tapi dah pilihan hidup dia mcm ni.. masih belum terlambat nak berubah jat.. kat sana pun aku rasa dia mcm tak ramai kawan2 asian kot..
Quote azimodin 18-10-2023 03:31 PM
La, macam la xde asian grocer kat sana. Malas nak layan si sejat ni, macam dia la terpaling fonen.. padahal berlambak lagi fonen kat malaysia ni yg aman2 je hidup. Xde pulak kena rejam sampai mati
Quote cikatilia 18-10-2023 03:42 PM
helicornia: mee segera malaysia, segala benda Malaysia ada je kat aussie tuada duit dengan tidak je nak beli


kan.. nak gak org bagi baru lah boleh terharu nangis2 buat content..
kalau beli pelik2 plak nangis2 masa tolak troley masuk kereta.
Quote lasagna 18-10-2023 03:49 PM
bkn ke kalau dah keje gittew bayaran dia masyukkkkkk?
Quote Rogue98 18-10-2023 03:56 PM
Orang pompuan mmg jiwa sensitive...cepat touching...
Quote sangbara2020 18-10-2023 04:12 PM
dia nk org bg pengampunan kat dia ke?sbb tu byk sgt dramanya
Quote sharlenetexas 18-10-2023 04:26 PM
Edited by sharlenetexas at 18-10-2023 04:27 PM

Nescafe australia lagi best sbb lebih rasa kopi. Bukannya gula melimpah. Nescafe malaysia tak sedap sgt.



Quote astatine 18-10-2023 04:32 PM
Tengok bang sajat joget, nmpk benor kerasnya lelaki joget. Tak lemah gemalai langsung
Quote -Suri- 18-10-2023 06:14 PM
Jantan sgt bangjat menari
Quote liyamariska 18-10-2023 06:21 PM
tak abis2 nk upkan citer ttg bro sajat nih...

Quote noor2 18-10-2023 06:23 PM
Buruknya body ko sajad....

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.056503 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top