CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haizul Anafer Ali Kagum Dengan Syamsul Yusof, Muda Tapi Banyak Filem Box Office

18-10-2023 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1814| Komen: 0

Pengarah Haizul Anafer Ali kagum dengan kejayaan Syamsul Yusof, muda tapi sudah berjaya mengarahkan beberapa filem box office sebelum ini.

Walaupun Haizul lebih tua namun dia tidak malu untuk menjadikan pengarah berkenaan sebagai inspirasi untuk mengarah filem.


Kata Haizul, dia sering menjadikan karya Syamsul sebagai rujukan dan menyifatkan pengarah itu seorang yang berdedikasi dalam berkarya.

Foto: mStar

"Sebenarnya saya suka cara kerja Syamsul. Bagi saya dia seorang yang sangat detail dan bersungguh-sungguh.

"Itulah kelebihan yang dia ada dan hasilnya sangat baik. Bukan nak promote dia tetapi saya rasa dia memang seorang pengarah yang bagus.

"Saya sentiasa belajar daripada individu yang berjaya. Tak salah kalau kita jadikan dia (Syamsul) sebagai contoh. Karya-karya filemnya juga berjaya mendapat kutipan jutaan ringgit," katanya kepada mStar.


Haizul berkongsi cerita berkenaan pembikinan filem pertamanya iaitu Cerana Biduk Bu Merah yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Kata Haizul, idea untuk menghasilkan filem tersebut timbul kerana dirinya merupakan seorang penggemar filem seram.

Pengarah itu juga memberitahu dia ingin menyampaikan mesej kesedaran dan membuka mata penonton mengenai bahaya perbuatan syirik.

"Saya suka menonton banyak belajar dari filem-filem yang bergenre seram. Jadi dari situ timbulnya minat dan idea untuk menghasilkan filem ini.

"Zaman sekarang ini, segelintir manusia dilihat terlalu mengutamakan hal duniawi serta rakus ingin mencapai kejayaan sehingga terlupa beban syurga dan neraka yang menanti," ujarnya.

Cerana Biduk Bu Merah mengisahkan tentang seorang wanita tua iaitu Bu Merah (lakonan Fasha) dipinggirkan orang kampung di sebuah rumah pusaka.

Filem ini dibintangi pelakon popular termasuk Fasha Sandha, Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su dan Barul Muhayat. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.087513 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top