CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Artis Cilik Di Malaysia Sebenarnya Buruh Paksa?

18-10-2023 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6102| Komen: 37

Golongan kanak-kanak yang menceburkan diri dalam bidang seni benda baharu.

Nama-nama seperti Sweet Qismina, Puteri Balqis, Qistina Raisah, Alyssa Dezek, Fimie Don dan Fatin Afeefa antara contoh anak seni yang telah mencipta nama sejak zaman kanak-kanak dan kekal aktif sehingga hari ini.


Shila Amzah juga tidak terkecuali tersenarai sebagai artis yang mengukir nama sejak kecil.

Gambar Hiasan

Namun baru-baru ini, penyanyi dengan nama lengkap Nurshahila Amir Amzah itu meraih perhatian netizen berkaitan isu perbalahan dengan keluarga.

Bermula dengan isu ‘jual rumah’, satu persatu perkara terbongkar selepas suaminya, Ubai mendedahkan Shila ‘dikerah’ untuk bekerja sejak berusia 10 tahun.

Justeru, timbul persoalan sama ada wajar atau tidak bila mana anak seni daripada golongan bawah umur ini, boleh dianggap sebagai ‘buruh paksa’ apabila mula bekerja untuk me­raih pendapatan walaupun masih berstatus kanak-kanak.


Menurut pengamal undang-undang, Dr. Muhammad Fathi Yusof, kalau ikutkan di Malaysia, terdapat undang-undang yang diperuntukkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

“Dalam akta itu menyebut bahawa seseorang kanak-kanak di bawah umur itu tidak dibenarkan untuk bekerja atau istilahnya ‘child labour’.

“Bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian. Sebagai contoh kalau kanak-kanak itu terbabit dalam karier berbentuk hiburan, persembahan atau kesenian. Namun, dengan kebenaran oleh keluarganya,” ujarnya.

Bagaimanapun Fathi berkata, secara peribadi dia tidak melihat pembabitan kanak-kanak bekerja pada usia muda sebagai suatu kesalahan, melainkan jika kanak-kanak itu secara terang-terangan telah dieksploitasi oleh ibu bapanya.

“Bila ada tanggapan ibu bapa mungkin mengambil kesempatan terhadap anak-anak, perkara itu boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk.

“Dengan bakat yang dimiliki seseorang kanak-kanak itu, ia boleh menjadi satu sumber kewangan bagi ibu bapa yang mengalami kesusahan.

“Selagi anak itu tidak mengalami bentuk penderaan fizikal dan mental, ia tidak menjadi kesalahan. Namun jika wujudnya penderaan, terdapat undang-undang yang boleh digunakan,” jelasnya.

Pelakon yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi pula berpendapat, tidak adil sebenarnya untuk melabel bakat-bakat cilik itu sebagai ‘buruh paksa’ walaupun hakikatnya mereka sudah bekerja pada usia terlalu muda.

“Buruh paksa bunyinya agak kasar. Kita boleh kata sebagai satu bentuk rezeki. Bakat mereka secara tidak langsung boleh membantu keluarga.

“Dalam soal ini, bakat seni dilihat berbeza dengan pekerjaan yang lain. Kita tidak boleh melihat pembabitan mereka sebagai salah satu eksploitasi atau buruh paksa.

“Bagi saya, ini adalah satu bentuk rezeki dalam menghargai bakat seseorang kanak-kanak itu,” jelasnya.

Pada masa sama, Zed mengingatkan ibu bapa supaya tidak sesekali mengabaikan perkara yang lebih penting iaitu pelajaran mereka supaya tidak ketinggalan dan dilupakan.

“Jangan pula ‘dilenjan’ atau dikerah kanak-kanak itu untuk bekerja dari pagi sampai ke malam setiap hari. Itu memang tidak patut,” tegasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 18-10-2023 10:25 AM
Kebenaran keluarga ❌
Kebuasan keluarga ✅
Quote hudalarva 18-10-2023 12:26 PM
"Dengan bakat yang dimiliki seseorang kanak-kanak itu, ia boleh menjadi satu sumber kewangan bagi ibu bapa yang mengalami kesusahan."

"Buruh paksa bunyinya agak kasar. Kita boleh kata sebagai satu bentuk rezeki. Bakat mereka secara tidak langsung boleh membantu keluarga."

kepala hotak zed zaidi ni dah terpusing2 ke?? statement tu sah2 menunjukkan heols enabler kpd child labour... 'membantu' keluarga yg susah konon...
Quote missHaidiD 18-10-2023 12:39 PM
Ady serap termasuk tak
Quote aciksenah 18-10-2023 02:36 PM
hudalarva replied at 18-10-2023 12:26 PM
"Dengan bakat yang dimiliki seseorang kanak-kanak itu, ia boleh menjadi satu sumber kewangan bagi ib ...

Kannnn..anak pulak yang dikerahkan tenaga nak bantu keluarga susah. Habis tu parents tu buat apa. Kalau bakat digunakan untuk simpanan bagi masa depan anak tu sendiri, lain la. Tu pun kalau budak tu dalam keadaan rela. Bukan paksaan semata2 mak pak nak senang.

Quote sukebintang 18-10-2023 02:52 PM
Edited by sukebintang at 18-10-2023 02:53 PM

Kalau duit kerja tu, parents simpan untuk masa depan anak. Lepastu masih bagi nafkah dekat anak tu. Ok la. Tak ada la kira child labour. Tapi kalau duit kerja anak tu untuk kegunaan family semata, tu memang child labour.
Quote mamajawie 18-10-2023 02:54 PM
ni mesti xila
Quote marchikobonzo 18-10-2023 03:03 PM
Apo jek jedi tu cakap putar belit, kejap kata sumber kewangan, kejap kata membantu keluarga..
Quote LadyCarefree 18-10-2023 03:23 PM
Lemahlah undang2 buruh kita. Mcm retis kanak2 kat UK/US ada syarat2nya. Tapi kt Msia retis2 pun ada ug kena exploit esp yg extras tu. Kerja 12jam dapat RM60. Kalau more than that, dapatlah RM10 saguhati. Why? Antara sebab ialah ramai pilih nak glamer dari nak repot or refuse benda2 gini. Retis2 terpaling pulak bangga kerja 20jam sehari konon dedicated committed tedmeted bagai.
Quote akuHavocczz 18-10-2023 03:41 PM
Tbh yes!! Lepas tu jenis tak kisah pendidikan anak. Asal anak famous, retis. Nowadays ramai berangan nak anak jadi tik tok famous lah, youtuber lah.
Quote likecandy 18-10-2023 06:25 PM
skrg ramai jugak ex-child actors hollywood reveal pasal diexploitasi oleh parents
mcm britney spears, jeannette mccurdy
kat sana pon ada child labour law mcm dorang x boleh bekerja lebih daripada beberapa jam, sebab tu selalu production akan amek twins supaya dorang boleh bergilir2 buat scenes
family vloggers, reality tv shows yg pasal family pon i rasa satu exploitation jugak. i follow satu tiktok account ni, sheols selalu expose benda ni semua
i pasti mungkin masa 10-15 tahun akan datang budak dari family vlog channels ni akan expose jugak, esp channels yg suka guna anak sebagai content
Quote liyamariska 18-10-2023 06:56 PM
rasanya bukan kt Malaysia malah seluruh dunia tau mengenai child labour exploitation tak kira memana sektor pekerjaan sekalipun... even lebih teruk ada yg dipaksa berkerja tanpa gaji, ada yg bekerja sebagai pelunas hutang parent dan yg lebih membimbangkan ada yg sampai ke tahap jenayah...

kalu dlm bidang hiburan ni mostly parent yg mendorong anak2 mereka menjadi selebriti asalkan pulangannya lumayan walaupun...  
Quote Kurex 18-10-2023 07:31 PM
"Golongan kanak-kanak yang menceburkan diri dalam bidang seni benda baharu."

Tunggang langgang ayat ni
Quote TomyamPuteh 18-10-2023 08:17 PM
Menjual bakat kurniaan tuhan katanya.
Quote ghalibboy 18-10-2023 08:31 PM
Kesian kecil2 pun dah kerja kerja...ada yg sampai missed school, lama2 tak minat bersekolah. Yg mcm Balkis tu mcm tak ada pergaulan rakan sebaya
Quote gerbera.memopad 18-10-2023 08:54 PM
Kalau kat Hollywood, banyak retis bila dah besar saman family members sebab tak amanah jaga duit yang masuk tu. Contoh yang berlakon Home Alone tu, Amanda Bynes etc
Quote Perawankota 18-10-2023 09:05 PM
Patutlah hari ni kecoh.. Dah kuar balik pasal akta kanak2 ni...
Quote tigerads 18-10-2023 09:26 PM
child labour is still child labour..
mia sara
timoh UK..

pesen guna anak utk hiburan n buat content..
netizen pon sama lah..influenza kanak² semer tu..

hakikatnya enforcement akta yg ada pun lemah
dah la out dated act...kesian bebudak..
skolah entah kemana kebanyakkannya
duit kena sakau ngan keluarga pulak..
adik bradik lain kecik hati n dengki dgn bread winner..
susah..
Quote oggy 18-10-2023 09:43 PM
Boleh la kita mencontohi anak2 Schawal nampak elok dari segi pendidikan terjaga, dan aktiviti yang dilibatkan sesuai untuk usia diorang.
Quote kaedahnya 18-10-2023 11:39 PM
entahlah sebab the ngasris tu ok jur

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.053358 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top