CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azmi Saat Tak Ambil Hati Gurauan Jihan Muse, Nabil Ahmad

18-10-2023 08:43 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2953| Komen: 16

Penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat tidak tersinggung dengan gurauan pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Jihan Muse dan Nabil Ahmad mengenai nama bapanya serta mempersenda orang cacat penglihatan ketika siaran langsung program realiti itu, Ahad lalu.


Menurut Azmi, walaupun dia tidak tersinggung, tetapi sensitiviti masyarakat juga harus diambil kira agar tidak menyinggung mana-mana pihak yang menonton.


"Waktu mula-mula Jihan cakap tu, saya berada di belakang pentas dan dapat merasakan impak di sebalik gurauan itu. Pernah terjadi sebelum ini apabila nama ayah dibawa main, maka terus jadi kecoh.

"Tapi dalam hati saya tiada rasa marah atau apa, sebab memang saya kenal Jihan. Malah, Jihan juga ada menghantar mesej kepada saya memohon maaf mengenai kesilapannya itu.

"Cuma kita perlu belajar juga, gurauan sebegitu memang sensitif dalam masyarakat kita. Malah, setiap orang bangga dengan nama ayah, jadi jika dibawa main, orang memang kurang suka," katanya.


Namun kata Azmi, gurauan sebegitu tidak mendatangkan masalah kerana mereka kenal antara satu sama lain.

"Saya memang kenal Nabil dan Jihan. Jadi tiada masalah. Namun, memang saya tak boleh nafikan apabila terjadi pada umum, penerimaan orang ramai memang tidak suka OKU (Orang Kelainan Upaya) dipermainkan. Atau pun, rakan-rakan saya berkata kalaulah orang normal tu tahu macamana susah jadi OKU mesti tidak sampai hati nak bergurau begitu.

"Jadi ramai orang tidak gemar kecacatan orang dibuat main. Tapi sejujurnya saya sendiri, dengan orang-orang yang saya kenal memang tiada masalah cuma bergurau di tempat awam, pasti ramai tidak suka," katanya.

Pada konsert minggu keempat ASGV itu, Azmi yang tampil sebagai rakan duet kepada Azharina menyampaikan lagu Pupus itu ditanya Jihan dan Nabil bagaimana dia datang ke program itu.

"Nak tanya Azmi, datang ke sini naik apa? Memandu ka?," kata Jihan seolah-olah mempersenda Azmi yang cacat penglihatan.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 18-10-2023 09:24 AM
Sepatutnya la kan, makin lama dlm sesuatu bidang berilmu.
Quote MistrezHermanaz 18-10-2023 10:03 AM
nk ckp apa, pikir la dulu..mmg nmpk azmi ni selamba, dlm hati dia sapa tau
Quote lifeline 18-10-2023 10:07 AM
kenapa jihan n nabil ni bodoh eh dah bertahun tahun mengacara pon?
rasa benda tu normal kot eh
ingat sikit hangpa dua tu ada anak2
xmalu ke buat lawak bodoh mcm tu?

anak2 sekolah kena ejek kena bahan bab fizikal jangan buat2 terkejut pulak ye nabil dan jihan..ingat tauuuuuu
Quote Kentot_Wangi 18-10-2023 10:37 AM
Xpyh bg muke sgt kt jihan or nabil wlpn dh lama kenal. Baik sgt nt lagi pijak kepala. Skrg ni tgh laku, berlagak la.
Quote cucutokwan89 18-10-2023 01:20 PM
Joker bukan tiket lepas bebas bahan org
Quote ezacbee 18-10-2023 01:22 PM
"Nak tanya Azmi, datang ke sini naik apa? Memandu ka?," kata Jihan

Quote jihyomelly 18-10-2023 01:53 PM
takkan la azmi nak ngaku..mesti terasa walaupun sikit..nak melawak nama mak pak sesama sendiri lantak korang la..tapi bila live pls stop it!
Quote Perawankota 18-10-2023 01:57 PM
Azmi ni dia cakap berlapik. Of course dia terasa, sebab tu ada ayat CUMA selepas itu. Orang mcm Azmi tu lagi tau bercakap berbanding orang yg sempurna sifat.

Sebab tu, kita jgn selalu anggap orang tak kisah bila kita gurau2 kasar dgn orang. Dorg tau tak guna melayan orang2 mcmtu, walaupon hati tu sedikit terasa.
Quote missyL 18-10-2023 03:23 PM
Iols x tgok rancangan tu
Mase die me lawak tu mmg semua ketawa terbahak2 ke
Quote supernaturalee 18-10-2023 05:03 PM
dorg mmg biasa je gurau gini
cuma mcm azmi kata lah
dpn public penerimaan org berbeza

Quote c===8 18-10-2023 05:16 PM
host bodoh bermodalkan lawak bodoh sesuai la dgn penonton yg bodoh
Quote MsIda 18-10-2023 05:25 PM
Sometimes tak tahu apa nak cakap / melawak, itu yang cakap merapu je esp jihan
Quote Prickford 18-10-2023 05:35 PM
Macam haritu kat opis iolls, ada staff, ahso la, dia tanya nama budak baru masuk. Iolls cakap la nama dia Hajar. Boleh plak ahso tu kata, Hajar apa? Kurang Hajar ke? Terus muka iolls berubah. Macam WTF??!! Kalau budak tu dengar dan kecik hati, tak ke kau dah create suasana yg tak selesa & harmoni.
Quote Catpaw 18-10-2023 06:06 PM
Hambarnyelah joke nab dan jihan hari tuh, x menjadi
Quote maylink23 18-10-2023 06:06 PM
Mengacara dah beberapa musim still tak tahu apa yang sensitif, apa yang tidak. Nabil dan Jihan ni bila bekerjasama memang tu je lah modal mereka berdua. Banyak lagi kot benda boleh buat lawak.

That’s why ramai yang suka gandingan GV9. Nabil tak sempat nak shaming org sangat sebab terpaksa mengasuh si Kepom
Quote Diamondmoney 18-10-2023 06:39 PM
Aku harap mgu ni jihan bahan nama bapak dia sndiri

Pndai2 la ko bahan nama bapak ko. Atau ko bodyshame atau face shame je bapak ko dlm gv mgu ni.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.135735 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top