CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zii Jia, Tze Yong Naik Ranking Dunia

17-10-2023 10:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4651| Komen: 2

Petaling Jaya: Selepas menutup kempen Terbuka Artik minggu lalu selaku juara serta naib juara, dua perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong mengalami kenaikan dalam ranking dunia yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.


Zii Jia yang mengalahkan Tze Yong dalam kejohanan berstatus Super 500, naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-11 dunia, sekain menghampiri kelompok 10 terbaik.


Zii Jia, Tze Yong

Tze Yong  yang kalah kepada Zii Jia dalam perlawanan akhir di Finland itu menghuni ranking terbaiknya setakat ini dengan naik dua anak tangga ke kedudukan ke-17 dunia.


Kenaikan ranking yang dialami Tze Yong memang wajar, melihat kepada kemajuan ketara yang dicapai pemain berusia 23 tahun itu sepanjang tahun ini.


Dalam tempoh ini, dia mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong dan suku akhir Sukan Asia Hangzhou.

Tze Yong mula memasuki kelompok 20 terbaik dunia pada Jun berpotensi menembusi kelompok 15 teratas minggu depan dengan syarat mara sekurang-kurangnya ke final Super 750 Terbuka Denmark yang sedang berlangsung di Odense.


Sementara itu dalam saingan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun melonjak mendaki empat anak tangga ke kedudukan 19 dunia hasil  kejayaan muncul naib juara Terbuka Artik.


Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (No. 4), Pearly Tan-M. Thinaah dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (kedua-duanya di No. 9 dunia) mengekalkan kedudukan asing-masing. 



Sumber: Utusan





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hudalarva 17-10-2023 10:19 PM
congrats to both of you...

sebenarnya dari lubuk hati iols ni teringin nak tengok anak bangsa sendiri di persada antarabangsa... di manakah silapnya?

ib4, racist kah iols?
Quote Sazreena 18-10-2023 12:51 AM
Meleis terer jap pastu mulalah kepala ada batu busat duduk dalam. Lepas batch anak-anak Sidek, jarang dah ada wakil meleis except utk men's double.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.199994 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top