Penyampai radio, Linda Onn tidak terlalu mendedahkan kehidupan peribadi dan keluarganya di media sosial kerana ingin lebih dikenali kerana karier. Tambahan pula, suaminya juga enggan terlalu menonjol di media sosial dan mahu menjalani kehidupan sederhana.
“Lebih baik orang tahu Linda Onn buat apa, hal urusan kerja cumanya mengenai keluarga ada juga selitkan di Instastory ada la sikit. “Kenangan di media sosial bagi saya tak perlu dikongsikan sangat dengan orang ramai, asalkan ada yang tahu kami bahagia, itu sudah memadai. “Saya menjaga privasi keluarga yang mana suami saya seorang pemalu, suami saya agak susah nak ambil gambar, apatah lagi berkongsi di media sosial, saya hormat keputusan suami yang tak mahu didedahkan sangat,” kata Linda. Untuk rekod, Linda mendirikan rumah tangga bersama kerabat diraja Johor, Ungku Azhar Ungku Maznan pada 27 Disember 2013 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata.
Sumber: mStar |
juruterra replied at 19-10-2023 04:19 PM
husband royalty johor ke
NonaNaga replied at 19-10-2023 10:40 PM
ke kerabat umum jer...kawan i pun ada Ungku dari JB ...tapi dia claim kerabat umum jer
kaedahnya replied at 20-10-2023 08:23 PM
kerabat umum tu cemana
ADVERTISEMENT