Pelakon Hafidz Roshdi memberikan amaran kepada bekas isterinya, Nurul Shuhada yang menggunakan foto lama ketika mereka masih bersama. Hafidz menerusi perkongsian di Instagram berkata, meminta agar Shuhada menukar atau memadam muat naik tersebut sebelum dia mengambil tindakan.
"Hari ini saya dapat tahu ada orang guna gambar saya untuk promote barang dia. Tak tahulah nak promote untuk tujuan apa. "Macam dah tak ada originaliti, tak ada gambar lain. Saya rasa boleh delete, tukar dengan gambar lain sebelum saya ambil tindakan sewajarnyalah," kata Hafidz. Walaupun Shuhada menutup muka lelaki tersebut namun netizen mengkritik tindakan wanita itu mendakwa dia belum 'move on' dari kisah silam ketika masih bersama Hafidz. Bagaimanapun, hantaran tersebut sudah dipadamkan dari media sosial Shuhada. Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Bagaimanapun, mereka sah bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. Sumber: Xtra
|
cik_ingeniare replied at 17-10-2023 06:02 PM
Wowwww.. sudah berbunyi nampaknya.. agak agak shu reply tak?
TerataiMelur02 replied at 17-10-2023 06:08 PM
Shu pun 1 macam la takde gambar lain nak tepek.
Masih mengharap ke tu?
ReginaGeorge replied at 17-10-2023 06:12 PM
Saya shu, mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf diatas tindakan saya menyiarkan gambar saya be ...
Glass_shoes replied at 17-10-2023 06:10 PM
Rindu didukung lah tu...Walau netizen samakan dgn tong taik sanggup ya guna
ADVERTISEMENT