CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Michelle Yeoh Jadi Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

17-10-2023 06:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2313| Komen: 2

Michelle yang menjadi wanita Asia pertama memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar menerusi filem “Everything Everywhere All at Once” pada Datuk Michelle Yeoh telah diundi untuk menjadi sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hari ini.


awal tahun ini, telah dipilih setelah meraih 67 undi sokongan berbanding sembilan undi menentang.

Pelakon berusia 61 tahun itu menjadi lapan daripada muka baru untuk Ahli Jawatankuasa badan induk IOC yang bersidang buat kali ke 141 di Mumbai, India.

Foto: IG

Turut sama dipilih merupakan ahli perniagaan sukan Jerman, Michael Mronz, bekas pemenang pingat Sukan Olimpik dari Peru, Cecilia Tait, Balazs Furjes yang berkhidmat sebagai pentadbir sukan Hungary, Ketua Persekutuan Ping Pong Sweden, Petra Soerling, Presiden Kesatuan Luncur Ais Antarabangsa, Kim Jae-Youl dan Yael Arad.

Sejurus selepas disahkan sebagai ahli baru IOC, Michelle yang diiringi suaminya, Jean Todt, bekas presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), diberikan pingat ahli IOC oleh Presiden Jawatankuasa badan induk tersebut, Thomas Bach.


“Kesemua calon ini membawa nilai tambah kepada kerja IOC berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang pelbagai dimilki meraka,” jelas Bach.

Lebih menarik, sebelum undian dilakukan, Puteri Britain,  Puteri Anne yang merupakan pengerusi pemilihan ahli jawatankuasa IOC memperkenalkan Michelle sebagai jaguh skuasy remaja Malaysia.

“Dukacitanya, dia (Michelle) mempunyai bakat lain yang membawanya jauh dari kehidupan sukan tetapi dia mengharungi perjalanan karier yang menarik dan mempunyai minat yang besar terhadap sukan,” kata Anne.

Kali terakhir Malaysia mempunyai wakil dalam IOC adalah menerusi bekas presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja’far yang kini merupakan ahli kehormat MOM. –CARI

Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orangkaya99 17-10-2023 10:39 PM
tahniah..terbaik ahhh
Quote sharlenetexas 17-10-2023 10:40 PM
Sheols asalnya nak jadi dancer kan dulu?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.136961 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top