Alami kesukaran bernafas, Jaafar Onn, 72, kini menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor sejak 1 Oktober lalu. Jaafar bersyukur apabila tidak berdepan sebarang penyakit serius selepas melakukan beberapa pemeriksaan lanjut.
"Saya sudah ditahan wad hampir dua minggu selepas mengalami sesak nafas. Alhamdulillah tiada masalah serius pun, cuma saya diminta untuk kekal berada di hospital bagi melakukan beberapa pemeriksaan kesihatan. "Doktor ingin memantau tahap oksigen, keadaan jantung, darah tinggi dan gula dalam darah. Saya bersyukur semuanya berada dalam keadaan normal dan keadaan kesihatan saya pun bertambah baik," katanya kepada Harian Metro. Jaafar juga ingin mengingatkan kepada golongan yang seusia dengannya supaya mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya tidak sihat. "Jangan berlengah untuk pergi ke hospital sebab nanti keadaan akan bertambah teruk. Jangan takut untuk mendapatkan rawatan di hospital.
"Lebih baik jumpa doktor supaya hati kita lebih tenang dan tahu punca penyakit yang dihidapi. Kalau tak sihat, macam-macam yang kita fikir," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT