CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sebelum 31 Oktober To'Ki Akan Keluar Rumah, Baitulmal Tengah Carikan Rumah Sewa Lain

17-10-2023 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6791| Komen: 96

"Saya harap isu ini akan selesai secepat mungkin," kata To'ki susulan dakwaan dia enggan membayar tunggakan sewa rumah mencecah RM3,600 hingga diberikan notis keluar.

To'ki, 58, atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur berkata, pihak Baitulmal masih dalam proses mendapatkan rumah sewa baharu.


Katanya dia berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan bukan untuk melarikan diri.

Foto: Google

"Saya baca semua kenyataan yang dikeluarkan oleh tuan rumah. Cuma, saya pelik kalau memang dia berada di pihak benar kenapa perlu menggunakan nama samaran dan bukan nama sebenar? Malah, terdapat beberapa perkara yang disentuh adalah tidak benar sama sekali.

"Saya ini jenis malas nak membalas kenyataan, jadi saya ambil pendekatan berdiam diri. Saya biarkan dia bercakap dulu sebab tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah orang nak cakap apa pun. Saya pun bukannya orang baharu dalam bidang ini. Saya dah melalui macam-macam.


"Tentu saja saya mahu isu ini segera diselesaikan. Cuma, saya masih menunggu rumah baharu daripada pihak Baitulmal. Insya-Allah, sebelum 31 Oktober ini saya sekeluarga akan keluar juga dari rumah ini," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, punca bayaran sewa tertunggak selama dua bulan disebabkan dia tidak dapat bekerja selain isterinya perlu menjaga ibu mentuanya yang sakit akibat serangan angin ahmar.

Terdahulu, To'ki menerusi temu bual bersama program Melodi mendedahkan dirinya dihina sebagai pengemis dan diganggu dengan kehadiran pemilik rumah secara berkumpulan pada waktu tengah malam untuk menghalaunya keluar dari rumah sewa itu.

Malah, itu menjadi punca To'ki bertindak mengeluarkan parang ketika pemilik rumah sewanya datang menuntut sewa tertunggak.

Menurutnya, tindakannya itu sebagai melindungi diri dari sebarang kemungkinan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beni_nikaido 17-10-2023 05:34 PM
tengah2 ramai berkumpul kat luar rumah, agaknye ada la tu yg tersasul panggil to'ki ni pengemis.
semoga yg baik2 saje utk to'ki dan tuan rumah.
seksa juga tuan rumah kalau bil2 tertunggak
Quote Buritan 17-10-2023 05:35 PM
Dah tuko gambo lawa skit.. hahaha
Quote ketambangkang 18-10-2023 08:15 AM
baitulmal carikan rmh sewa so bermakna sewa tu nnti siapa byr?
Quote adeqbun 18-10-2023 08:18 AM
amboi manjanya idup..org lain gigih buat 2-3 keje nak sara hidup dan bayar duit rumah,ko senang2 je kan Baitulmal tlg pk...
Quote malarky 18-10-2023 09:18 AM
ketambangkang replied at 18-10-2023 08:15 AM
baitulmal carikan rmh sewa so bermakna sewa tu nnti siapa byr?

takut awal2 lagi dah red flag.... takde sapa nak bagi sewa
Quote syamzana 18-10-2023 09:21 AM
org2 yg dpt bantuan sewa umah dari baitulmal ni sampai depa mati ke dpt bantuan ni? ke bila depa dah mampu berkerja/berdikari bantuan tu akan stop?
Quote cikatilia 18-10-2023 09:45 AM
Buritan replied at 17-10-2023 05:35 PM
Dah tuko gambo lawa skit.. hahaha

dia rajin live rupanya...
aneh2 mmg mcm homeless.. terkejut mak sbb tiba2 terlalu masa scroll benda2 lain

Quote Buritan 18-10-2023 10:11 AM
cikatilia replied at 18-10-2023 09:45 AM
dia rajin live rupanya...
aneh2 mmg mcm homeless.. terkejut mak sbb tiba2 terlalu masa scroll bend ...

Ade ke yg like live dia nj.. ke bg hadiah rimau singa kee
Quote rempahkari 18-10-2023 10:19 AM
Motif baitulmal bantu mereka sbb apa ye?dia ni sihat aku tgk..ramai d luar sana susah anak sakit OKU stroke dll tk dpt bantuan....ohh ye sebab dia ARTIS
Quote cikatilia 18-10-2023 10:29 AM
Buritan replied at 18-10-2023 10:11 AM
Ade ke yg like live dia nj.. ke bg hadiah rimau singa kee

tak pasti weh sbb aku xmasuk.. aku scroll aje tp screenshot dulu hahahahaha

follower dia ada 51.0k
sakit tgk rambut dia.
Quote nuril86 18-10-2023 10:31 AM
sbbkan artis, senang2 je dpt bantuan ye... org OKU pon kerja la wei.... dasar manusia x sedar diuntung mcm tula...
Quote tipah89 18-10-2023 10:52 AM
sihat tubuh badan, siap mampu kahwin lagi tapi ke baitulmal jugak kalah orang OKU..senang betul idup just bermodalkan "pernah jadi retis"
Quote ihtisyam1 18-10-2023 10:57 AM
kalau baitulmal cari, baitumal ke yang bayar sewa rumah tu?
Quote KamikuP 18-10-2023 11:13 AM
Ada ke org lain sanggup bagi sewa kat dia ni?
Quote sangbara2020 18-10-2023 12:09 PM
dia ni menyanyi sore sedap tp byk ke pun lagunya
Quote Kangkung1M 18-10-2023 01:38 PM
Edited by Kangkung1M at 18-10-2023 01:40 AM
cikatilia replied at 17-10-2023 10:29 PM
tak pasti weh sbb aku xmasuk.. aku scroll aje tp screenshot dulu hahahahaha

follower dia ada 51.0 ...

Tuan rumah dapat masuk dalam rumah. Memang jahanam rumah dia dikerjakan To'ki. Sebab terkejut dengan kondisi rumah yang teruk,  tuan rumah buat satu lagi laporan polis terjadap To'ki.

Tuan rumah kata Baitulmal belum buat bayaran sewa tertunggak sebanyak RM3,600.

[Fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0SvWtenbBu2C767Kg4JC3GJE3WZ5R6R3KfogSTmcYerSBmDTUWPKXxK4U8evFZnZ4l&id=100045796779092&mibextid=Nif5oz[/Fbp]
Quote Kangkung1M 18-10-2023 01:59 PM
syamzana replied at 17-10-2023 09:21 PM
org2 yg dpt bantuan sewa umah dari baitulmal ni sampai depa mati ke dpt bantuan ni? ke bila depa dah ...

Bawah maklumbalas pihak Baitulmal MAIWP berkaitan kes To'ki.

[Fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02pz2A82AZFCc4M1TrSEBrTRtBZ9YzLYJZn2yUPPw6qvbMfjXDgjRNSyMDENfeU7hel&id=100064888775843&mibextid=CDWPTG[/Fbp]
Quote cikatilia 18-10-2023 03:33 PM
Kangkung1M replied at 18-10-2023 01:38 PM
Tuan rumah dapat masuk dalam rumah. Memang jahanam rumah dia dikerjakan To'ki. Sebab terkejut denga ...

jahanam betol perangai..
tp tu lah.. tgk badan sendiri pon bersepai gitu xleh byg kan mcm mana persekitaran dia.. background live tu mmg mcm dok dlm kotak bawah jejambat aje kekdahnya..

dah kenapa nak kena tanggung dia.. dah bagi kemudahan dia buat mcm taik.. xberbaloi..
byk lagi org susah benar2 susah dan bertanggngjawab nak jaga harta
Quote asfaz 18-10-2023 03:39 PM
Contoh org muka tak malu kulit tebal macam ni lah. Dah kau tak bayar ,mesti tuan rumah dtg.
Dtg tgh malam? Ntah2 kau siang larik2 aje,carik la malam dah tentu la ada rumah kan sb nak membongkang.

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.039550 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top