CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yasin Sulaiman Sempat Gubah 13 Lagu Dalam Penjara, Dah Fikir Calon Penyanyi

17-10-2023 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1433| Komen: 1

Sepanjang dipenjara sejak Mac tahun lalu, Yasin Sulaiman berjaya menyiapkan 13 buah lagu.

Dia juga ada terfikir beberapa calon nama penyanyi untuk merakamkan lagu-lagu berkenaan.

"Saya sudah siapkan 13 buah lagu dalam penjara, keluar nanti Insya-Allah akan rakamkan dan akan kongsikan kepada semua.

"Saya ada juga terfikir untuk berkolaborasi dengan beberapa orang penyanyi untuk merakamkan lagu yang saya gubah," katanya kepada mStar.

Foto: NST

Yasin berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas perbicaraan kes dadah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa.

Yasin, 47 meluahkan rasa kecewa apabila proses pembelaan tiga pertuduhan terhadapnya tidak dapat diselesaikan.

"Hari ini sepatutnya hari pembelaan terakhir tetapi ada sedikit terbantut kerana pihak pendakwaan ada kecemasan pula," ujarnya.


Pada perbicaraan yang berlangsung, pihak pendakwaan mencadangkan Yasin berada dalam keadaan normal serta sihat sehingga hari penyanyi itu ditangkap tahun lalu.

Hakim Faiz Dziyauddin menetapkan 23 Oktober ini bagi menyambung perbicaraan.

Untuk rekod, Yasin didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Penyanyi itu juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pukul 5.30 petang, pada 24 Mac tahun lalu.

Pertuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 6 ADB dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB dan boleh dipenjara seumur hidup serta sebat tidak kurang enam sebatan, jika sabit kesalahan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 17-10-2023 10:36 PM
Mesti sedap lagu2 tu kan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.034751 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top