CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Percikan Darah Pada Dinding Sepadan Dengan DNA CEO Cradle Fund Nazrin

17-10-2023 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5429| Komen: 56

PUTRAJAYA – Percikan darah (blood spatter) pada dinding bilik yang terbakar di mana lokasi mayat Nazrin Hassan ditemukan adalah berpadanan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund berkenaan.


Semasa berhujah, Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Amril Johari mengatakan pegawai forensik mengkaji percikan darah Bukit Aman, Asisten Superintenden, Mohd. Nizam Husain (saksi pendakwaan ke-39) telah mengesahkan kesan darah yang dijumpai di dinding tempat kejadian adalah konsisten dengan kesan terkena objek tumpul dan bukan kesan tembakan mahupun letupan.

“SP39 turut mengesahkan bahawa kesan darah yang terjadi pada dinding adalah sebelum kebakaran kerana ia wujud di sebalik jelaga kebakaran. Berdasarkan keterangan SP39, adalah jelas menunjukkan bahawa saksi ini adalah saksi pakar dan mempunyai pengalaman yang luas dan membuat pemerhatian berkenaan ‘blood spatter’ di tempat kejadian,” katanya.

Samirah Foto: Kosmo


Menurut Mohd. Amril, bagi menguatkan lagi keterangan SP39, 15 butir putik kapas mengandungi sampel ‘blood spatter’ yang diambil dari tempat kejadian telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa.

“Selepas dianalisis, SP43 iaitu Ahli Kimia, Jabatan Kimia Malaysia S.Jayasilan mengesahkan bahawa terdapat tiga putik kapas yang berpadanan dengan profil DNA si mati (Nazrin). Ini turut menguatkan teori perayu (pendakwaan) bahawa mayat si mati telah dialihkan,” katanya.

Dalam prosiding terdahulu, pihak pendakwaan pernah berhujah, tiada mana-mana saksi yang benar-benar dapat memastikan telah berlaku letupan sehingga menyebabkan kematian Nazrin.

Selain itu, kesan kecederaan pada mayat mangsa juga tidak menunjukkan kecederaan selari dengan dakwaan berlakunya letupan.

Menurut pihak pendakwaan, Mohd. Nizam sendiri mengesahkan bahawa kesan darah yang dijumpai di dinding tempat kejadian adalah konsisten dengan kesan terkena objek tumpul dan bukan kesan tembakan mahupun letupan.

“SP39 turut mengesahkan bahawa kesan darah yang terjadi pada dinding adalah sebelum kebakaran kerana ia wujud di sebalik jelaga kebakaran,” kata pendakwaan lagi.

Perbicaraan di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azhahari Kamal Ramli bersambung lagi pada 23 Oktober ini.

Mengikut pertuduhan, Samirah Muzaffar, dua remaja terbabit dan seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara pukul 11.30 malam 13 Jun 2018 hingga pukul 4 pagi 14 Jun 2018.

Pada 21 Jun 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Ab Karim Ab Rahman, melepas dan membebaskan ketiga-tiga responden selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah, 48, dan dua remaja berusia 18 dan 21 tahun berkenaan.

Kemudian pada 23 Jun 2022, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Samirah dan kedua-dua remaja terbabit daripada pertuduhan membunuh Nazrin. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cadarblogsot 17-10-2023 04:15 PM
Kutip kacang.. Tumpang lalu.. Awal sangat masuk... Nak follow ending je
Quote naina 17-10-2023 04:23 PM
Wow kes buka semula
Yang percikan darah tu takkan baru revel
Mula2 takda bukti DNA ke cmne
Quote edayildiz 17-10-2023 04:25 PM
wah bkn setel ke kes ni..
tkt tgk muka bini dia..
Quote sambaldurian 17-10-2023 04:32 PM
Kadang2 kes gini biarlah perkara mistik yg datang, klu peguambela jenis pandai dia putar belit. Cth si pelaku ternampak 'roh' dia kt mahkamah ke, so pelaku tetiba terìak "pergi, pergi , jgn ganggu aku ". Lalu hakim berkata ' defendan , awak okey ke". Tiberh genre drama law + mistik keluar.
Quote ayukpingu 17-10-2023 04:32 PM
edayildiz replied at 17-10-2023 08:25 AM
wah bkn setel ke kes ni..
tkt tgk muka bini dia..

kes bersambung sebab masuk mahkamah rayuan...
Quote Purplehaz 17-10-2023 04:34 PM
Brg bukti awal kejadian mesti dikumpul sebaik2nya .kalau tak..yg bersalah akan sng terlepas mcm tu jer.
Plus
Lawyer pun kena yg hebat hebat utk buktikan pesalah dihukum.

Mangsa ni mati kena panah archery ker
Quote edayildiz 17-10-2023 04:41 PM
ayukpingu replied at 17-10-2023 04:32 PM
kes bersambung sebab masuk mahkamah rayuan...

ptt tgk kt tt kakak arwah ckp psl ni
Quote ayukpingu 17-10-2023 04:49 PM
Purplehaz replied at 17-10-2023 08:34 AM
Brg bukti awal kejadian mesti dikumpul sebaik2nya .kalau tak..yg bersalah akan sng terlepas mcm tu j ...

ikut bukti pada mayat arwah begitu la, sebab ada kesan lubang kat kepala arwah.  
kes ni menarik sebab byk bukti tapi pihak pendakwa still tak dpt dakwa yang kene tuduh.
Pembantu rumah yang sampai sekrg hilang jejak tu entah masih hidup ke tidak eh?



Quote darkness 17-10-2023 04:54 PM
Eloklah masuk mahkamah balik. Aku sendiri yg baca pendakwaan pun sakit hati. Ni kan pula keluarga mangsa. Konon charger meletup tp xda kesan pun letupan akibat charger
Quote tukul 17-10-2023 05:00 PM
naina replied at 17-10-2023 04:23 PM
Wow kes buka semula
Yang percikan darah tu takkan baru revel
Mula2 takda bukti DNA ke cmne

Appeal ni... pendakwaan appeal...harap lekat la minah ni...jahat sungguh bunuh laki atau subahat bunuh laki tu
Quote A-Are 17-10-2023 05:18 PM
menarik baca kes ni...
Quote Buritan 17-10-2023 05:50 PM
Aah sblm baca cite aku ingat tok bomoh mai mesia ke.. hahahaha
Quote Buritan 17-10-2023 05:51 PM
ayukpingu replied at 17-10-2023 04:49 PM
ikut bukti pada mayat arwah begitu la, sebab ada kesan lubang kat kepala arwah.  
kes ni menarik s ...

Nape tak dpt tuduh ekk wpun bukti ade..
Quote Buritan 17-10-2023 05:53 PM
sambaldurian replied at 17-10-2023 04:32 PM
Kadang2 kes gini biarlah perkara mistik yg datang, klu peguambela jenis pandai dia putar belit. Cth  ...

Aah aku pun ade baca.. omputih tuu yg serah diri pd polis dan ngaku sendiri dia yg bunuh bla bla sbb tak tahan kena kacau.. hahaha
Quote matjerk 17-10-2023 06:07 PM
sambaldurian: Kadang2 kes gini biarlah perka ...


Silap2 hakim arahkan defenden mendapat rawatan di hosp bahagia
Quote cadarblogsot 17-10-2023 06:20 PM
edayildiz replied at 17-10-2023 04:41 PM
ptt tgk kt tt kakak arwah ckp psl ni

apa tiktok kakak arwah.. cer share link

Quote amyza 17-10-2023 06:32 PM
Kes ni kesian dgn arwah nazrin. Pembunuh org terdekat tapi bijak spin cerita. Dkk lah katakan
Quote sambaldurian 17-10-2023 08:16 PM
matjerk replied at 17-10-2023 06:07 PM
Silap2 hakim arahkan defenden mendapat rawatan di hosp bahagia

Aah ye x ye jgk, xpun roh menghantui peguambela / peguambela dpt hidayah xnk membela org salah , tp peraturan peguambela mmg kena membela jgk kn. Harap jela pendakwa betul2 terer kali ni. X adil utk mangsa.
Quote blue_blur 17-10-2023 08:22 PM
mana boleh asyik aim pompuan ni je, anak2 dia lagi bahaya, mana boleh lepas macam tu je, kecik2 dah buat macam tu, apatah lagi nanti ke keluarga dia sendiri.. bahaya weh, tak guna billiunair kalau saiko kelurga nya.. semoga ramai2 ban keluarga ni sampai lenyap nasab..

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.042424 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top