CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Asiah Abd Jalil Marah Dengan Fauziah Sarman "Benci Ibu Bapa Yang Mengungkit-Ungkit Jasanya Kepada Anak"

17-10-2023 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9051| Komen: 79

Aktivis dan peguam terkenal, Asiah Abd Jalil, baru-baru ini mengakui luluh membaca konflik melibatkan Shila Amzah sekeluarga.

Asiah berkata, dia tidak menyalahkan Shila dalam hal tersebut sebaliknya ibunya yang harus dipersalahkan.


Menurut Asiah lagi, dia membenci ibu bapa yang bersikap selalu betul dalam setiap perkara.


Foto: IG

“Saya baca luahan hati ibu Shila Amzah, jiwa keibuan saya rasa seperti dirobek-robek. Bukan kerana saya marahkan Shila Amzah. Tapi kerana saya marahkan ibunya.

“Saya paling benci ibu bapa yang mengungkit-ungkit jasanya kepada anak. Saya benci ibu bapa yang mudah berkecil hati dengan anak.

“Saya benci ibu bapa yang berharap balasan buruk ke atas anak. Saya benci ibu bapa yang merasakan diri mereka sentiasa betul kerana mereka ialah ibu bapa.

“Saya benci ibu bapa yang mengharapkan anak sahaja mesti minta maaf kepada ibu bapa kerana ibu bapa tak pernah bersalah,” tulisnya di FB.


Tulis Asiah lagi, setiap ibu bapa tidak perlu untuk mengungkit soal sakit lelah ketika melahirkan seorang anak. Malah berkata, ibu bapa tidak boleh berharap setiap anak itu sempurna dalam pelbagai hal.

“Saya selalu ingatkan diri saya. Anak-anak tak minta dilahirkan ke dunia. Ibu dan ayahlah yang memilih untuk melahirkan mereka.

“Jadi jangan nak ungkit tentang penat lelah mengandung dan sakit payah melahirkan. ‘You sign up for that’.

“Anak-anak tak boleh pilih siapa ibu dan ayah mereka. Apabila dilahirkan, mereka kena terima sahaja siapa ibu dan siapa ayah mereka. Jadi jangan ‘expect’ anak-anak kita mesti ‘perfect’ serba-serbi, sedangkan kita sendiri bukanlah ‘perfect’ serba-serbi,” luahnya.

Dalam pada itu, Asiah juga berpendapat balasan atau jasa yang diberikan seseorang anak kepada ibu bapa tidak penting namun tanggungjawab ibu bapa membesarkan anak adalah menjadi keutamaan.

“Satu hari nanti anak-anak akan dewasa dan ada kehidupan mereka sendiri. Sama ada mereka kenang dan balas jasa ibu bapa atau tidak, itu tidak penting.

“Yang penting, kita sebagai ibu bapa dah laksanakan tanggungjawab kita sebaiknya semasa membesarkan mereka,” tutupnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 17-10-2023 04:30 PM
Ya Kak Siah ..lebih lebih lg mak yg berdatin ..tu Datin yg sorang lg tu pun mcm tu..x abis2 merempan kat medsoc sikit sikit up psl family.. sindir mengata ank menantu.. mmg sejenis mak yg penuh toksik.
Quote Zaien 17-10-2023 04:57 PM
mak yg toksik!!!
Quote myhairisbad 17-10-2023 05:05 PM
Spot on! Tak perlu mengungkit, manipulate itu ini. Jangan sebab kita dah jd mak atau bapa, kita lupa kita ni jg manusia seperti anak2 kita, dan anak2 jg layak dihormati n disayangi. Ada masalah, selesaikan. Jadilah org dewasa yg brtggjawab. Bukannya sikit2 bg alasan sbb kita mak, kita ayah, kita layak pijak2 maruah anak sendiri. Jgn suka manipulate agama demi kepentingan diri!
Quote noorazurams 17-10-2023 05:06 PM
Yang ni i setuju dengan AAJ
Quote nsmy 17-10-2023 05:07 PM
Saya setuju!!!!!
Quote laksmanabentan 17-10-2023 05:07 PM
kali ini aku setuju betul dengan AAJ nih....
Quote Kentot_Wangi 17-10-2023 06:00 PM
Hal2 dalam rumahtangga, keluarga.. Tak perlu lah nak canang seluruh alam. Untuk ape? Dapat ape? Takut fans tak tahu? Bukan ke lagi mengeruhkan lagi keadaan. Selesaikanlah dgn cara baik. Tak perlu la canang kt media sosial. Wartawan tanya  Ckp je "no komen..." dah tua2 ni acik oi. Masa ni berbaik2 dgn anak2... Ank jntn acik sndiri pn pyh bg nafkah kt anak dy sndiri. Acik rasa dy boleh ke jaga acik bile dah tua kerepot nanti? Xyah la ungkit2 ape smua. Dh mmg tanggungjawab mak ayah. Klu rasa terbeban, knp nikah dr awal?
Quote kepompong 17-10-2023 06:14 PM
Kena ke ada tered baru? 2-2 bukan retis

aritu ada poromer tepek kat salah 1 tered maklalat dah .. dah lama gak kot
Quote maroon_nerd 17-10-2023 06:22 PM
Dia ni walaupun sebelum ni banyak hal, tapi kali ni aku sokong dia. Geram aku mak2 yg terpaling maksum ni. Lagi satu geram org2 luar yg taktau apa anak2 tu hadap pastu sebelahkan mak ayah dengan alasan diorang mak ayah. Kita anak yg kena mengalah. Benci!
Quote syamzana 17-10-2023 06:45 PM
terpaksa sokong dgn loyer asiah kepam kita ni
mohon mak2 semua ambil iktibar
Quote miss_white 17-10-2023 07:12 PM
Dia ni byk btol masa main fb
Setahu aku lawyer bz banyak kerje
Terkejar2 sana sini
Tp dia ni kata bz tp manjang la buat status berjela2 kt Fb
dh jd mcm diary
Quote fido_dido 17-10-2023 07:36 PM
mohon sape2 kt pesbuk sana tag si poziah sarman tu dekat status acik asiah ni..biar sedor sikit
Quote Lentera 17-10-2023 10:16 PM
Saya benci ecah jalil sebab bela benon
Quote newyork 17-10-2023 10:23 PM
Makcik pojiah ni mindset org lama2..beranak ramai2 nnt ada bekalan duit masa depan.
Quote None68 17-10-2023 10:27 PM
Ok yang part ni I love you Asiah walaupun i menyampah u bela benon badut.
Quote white01whale 17-10-2023 11:43 PM
Bab ni sokong dia ni...
Quote sharlenetexas 17-10-2023 11:53 PM
Asiah ni jerawat alergik air klorin ke?

Quote serimaya 18-10-2023 12:14 AM
syamzana replied at 17-10-2023 06:45 PM
terpaksa sokong dgn loyer asiah kepam kita ni
mohon mak2 semua ambil iktibar

Tapikan hari tu terserempak dgn dia hantar husband dia kat Exxon mobil ..terkejut iolss husband dia handsome ok
Quote LadyCarefree 18-10-2023 12:19 AM
serimaya replied at 17-10-2023 11:14 PM
Tapikan hari tu terserempak dgn dia hantar husband dia kat Exxon mobil ..terkejut iolss husband di ...


Lol. Ok...Taste memasing.

122744dbfo8gxxbvstbtt9.jpg

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.078678 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top