CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jantan Dayus! Teman Lelaki Parkir Tepi Jalan, Tampar Kekasih Dalam Kereta

17-10-2023 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7562| Komen: 49

PETALING JAYA – Tular video menyaksikan seorang lelaki menampar bekas kekasihnya dalam sebuah kereta di tepi jalan.

Rakaman yang diambil secara senyap melalui telefon bimbit wanita itu ternyata menimbulkan kemarahan netizen yang menyifatkan lelaki tersebut seorang dayus.


Difahamkan pergaduhan tersebut berpunca daripada perselisihan faham dan perang mulut antara pasangan terbabit.




Di laman X @khaiishk pada malam tadi, dia memaklumkan wanita itu adalah rakannya yang meminta bantuan bekas kekasihnya untuk membawa ke klinik disebabkan kurang sihat.

“Kawan aku mintak tolong bekas kekasih dia hantar ke klinik sebab sakit. Kemudian lepas balik dari klinik si jantan (bekas kekasih) parkir kereta tepi kemudian secara tiba-tiba nak naik tangan bagai,” ciapnya.

Dalam rakaman yang sama, kedengaran suara wanita terbabit menangis teresak-esak apabila diperlakukan kasar oleh bekas kekasihnya itu sambil disoal beberapa pertanyaan.


Bagaimanapun, perincian lanjut mengenai kejadian belum dapat dipastikan.

Orang ramai meminta wanita terbabit membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

“Lapor polis dik (wanita) oi, biar jantan macam itu tahu akibatnya,” pesan Akhirin.

“Bercinta pun berani naik tangan pukul anak orang, dah jadi suami mahu lembek bini kau kena belasah, jadi lelaki biar beradab sikit, jangan nak tunjuk kuat kau sahaha, depan perempuan boleh la kau naik tangan, cuba bertemu ruas, mahu kecut,” tegur @Amirxx. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 17-10-2023 12:05 PM
Dah kenapa mintak tolong ex bf bawak ke klinik? Tak boleh pergi sendiri ke, atau minta kawan teman? Atau ada kisah di sebaliknya?
Quote ninja boy 17-10-2023 12:06 PM
100 wanita x mampu lempang sekor lelaki kah
Quote prettyuglybabe 17-10-2023 12:07 PM
dah tau ex bf perangai hantu, sapa suruh serah diri..
kau duduk ceruk mana sampai takde grab boleh order nak gi klinik..
Quote prince_marhaen 17-10-2023 12:08 PM
Biasa macam ni kawin jugak akhirnya dengan harapan dia feeling2 berubah......walaupun dah kena hempok..redho je macam akak pulut kuning hutan amazon kena hempok dengan anak horny bull dia tu..
Quote ketambangkang 17-10-2023 12:09 PM
termengandung hasil benih jantan tu ke sampai nak ajak dia g kinik
Quote caprut 17-10-2023 12:11 PM
Ramai perempuan suka laki mcm ni. Badboi sgt
Quote KamikuP 17-10-2023 02:57 PM
Hati hitam meolss rasa ini adalah konten sosial eksperimen gitoh
Quote I.K.A888990 17-10-2023 05:58 PM
sooo dah report polis blm
suka2 je kau nk pukul2
Quote lanacondor 17-10-2023 06:57 PM
Ko couple dgn @ifanonline je la dik.. mst dia layan ko tiptop..
Quote ina_na 17-10-2023 07:01 PM
Dah kn pukul pun nanti akan tetap bersama..kaedah nye cinta mati..bl dah mati dikerjakan pasangan br puas ati..penat lelah parent besokan anak jd bodo..patut dia lempang ko..ko terajang dia balik la...belasah dia balik kaw2..
Quote noor2 17-10-2023 07:02 PM
X kan la ada manusia sebodoh ini....x kanla x tahu perangai exbf..x kanla sanggup pulak merakam...ko bukan budak kecik..
Quote dua_chzy 17-10-2023 07:03 PM
Buduhnya tino ni. Kali ni akak kecam mangsa sebab buduh.
Quote ifanonline 18-10-2023 08:51 AM
lanacondor replied at 17-10-2023 06:57 PM
Ko couple dgn @ifanonline je la dik.. mst dia layan ko tiptop..

wanita2 murahan camni aku tak layan lana...
Quote Manjahati 18-10-2023 08:56 AM
Dh x ada kwn pompuan ke sampai nk kena ex bf teman gi klinik
Quote kelapaparut 18-10-2023 08:56 AM
ni konten ni, jgn mudah tpedaya
Quote She-Ra 18-10-2023 09:09 AM
halohhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
takde kereta, grab kan ada.. gerak jela sendiri pegi clinic tuuuu
ex bf pulak tu.. mesti dh tau perangai ex tu mcm mana kan
lg mau cari.. mmg itu la makan dia...

andai konten semata.. moga dedua dpt pakwe makwe kaki pukul
aci gitu?
Quote ifanonline 18-10-2023 09:11 AM
orang dok sibuk tampar tentera israel...ko plak gie tampar ex-gf ko...lemahhhh brooo
Quote _blackbird 18-10-2023 10:41 AM
kalau lah kisah benar... malang nasib ko nok... onglain semua minta kalau ask ex boipren a favor, kalau bebetul in desperate time desperate measure, ex siap bagi br1m nok.....

Quote mawardia 18-10-2023 02:04 PM
lanacondor replied at 17-10-2023 06:57 PM
Ko couple dgn @ifanonline je la dik.. mst dia layan ko tiptop..

Aku kat cafe opis client aku. Tetiba tergelak sengsorang baca komen kau. Sengal taw lana. Ye setuju. Tapi ipan tu ada certain kriteria yg dia nak. Harap adik ni ada semua ciri2 digilai ipan.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.174072 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top