Pengarah dan pelakon terkenal, Sabri Yunus terkilan dengan tuduhan seorang ustaz yang mendakwa pernikahannya bersama Angelina Tan kelmarin adalah tidak sah merupakan tuduhan terlalu berat.
Jelas Sabri yang juga dikenali Pok Ya itu, paling menyedihkan apabila ustaz terbabit juga terus membuat kesimpulan bahawa dia dan pasangannya itu akan berzina jika perkahwinan tersebut tidak sah. “Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata (menuduh) pernikahan kami tidak sah dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina. Berat tuduhan itu, juga dalam video yang sama dikatanya qabul yang mengelirukan.. siapa yang keliru? “Dalam majlis tu hanya perlu dua saksi walau hampir 25 orang yang hadir. Saksi dua orang tidak keliru dan 25 hadirin juga tidak keliru,” jelasnya. Tambah Sabri, dia ada sebab sendiri memilih majlis akad nikahnya di Perlis namun tidak menyangka isu lain, isu yang saya tidak terbayang oleh akalnya bakal timbul.
“Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya, saya tak fikir ada orang tak faham bila qabul jawab saya setuju. Tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain dari setuju hal nikah, tak mungkin ada yang fikir dia setuju pasal kereta, pasal rumah. “Jelas wali sebut, aku nikah.. bila qabul sebut setuju. Tentu saja menyambut pada kata nikah itu. “Saya tahu bahawa ustaz ini selama ini banyak tidak sependapat dan sealiran dengan Dr. Maza (Mufti Perlis) jurunikah kami dan ada bau permusuhan antara mereka. “Dalam video tersebut saya dapat rasakan permusuhan itu apabila ustaz ini mengheret beberapa isu lain yang tiada kena mengena dgn isu kami. Ini menunjukkan beliau cuba mengukuhkan pandangan beliau terhadap jurunikah kami. Janganlah kami dijadikan mangsa kebencian tuan kepada seteru tuan,” jelasnya. Terdahulu, pernikahan pasangan tersebut di Perlis telah menjadi pendebatan di media sosial apabila seorang penceramah bebas mendakwa akad nikah mereka berdua tidak sah. Perkara tersebut berlaku apabila jawab akad Sabri ketika dinikahi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin didakwa ringkas dan tiada dua saksi. Sumber: Kosmo! Online |
putericahaya999 replied at 16-10-2023 11:06 PM
Ustaz mano tu byk kecek teh
she replied at 16-10-2023 11:10 PM
UAI
Singgit ye
putericahaya999 replied at 16-10-2023 11:06 PM
Ustaz mano tu byk kecek teh
putericahaya999 replied at 16-10-2023 11:06 PM
Ustaz mano tu byk kecek teh
she replied at 16-10-2023 11:10 PM
UAI
Singgit ye
cmf_almondpecan replied at 16-10-2023 11:18 PM
UAI pun ke? Setahu saya, Ustaz Nuruddin seperti yang dalam video ni ucapan penuh beliau
kemaruk replied at 16-10-2023 11:46 PM
Nape belum ada ustaz2 yang nak bagitau apa hukum kahwen dengan chatgpt
cmf_almondpecan replied at 16-10-2023 11:15 PM
Kalau ikut video2 ulasan perdebatan isu ni, Ustaz Nuruddin al-Banjari
putericahaya999 replied at 16-10-2023 11:11 PM
Alahai ustad ni.... bolok wok gituw watpo
cmf_almondpecan replied at 16-10-2023 11:18 PM
UAI pun ke? Setahu saya, Ustaz Nuruddin seperti yang dalam video ni ucapan penuh beliau
JamilBinAbu replied at 16-10-2023 11:32 PM
berapi2 ustaz konoha ni membidas.
nampak macam ada dendam kesumat.. buruk perangai
ADVERTISEMENT