CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daiyan Trisha Teguh Sokong Palestin Walau Hubungan Dengan Jenama Antarabangsa Terkesan

16-10-2023 10:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1547| Komen: 3

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha teguh dengan prinsip membela nasib rakyat Palestin walaupun ia boleh memberi kesan terhadap hubungannya dengan jenama-jenama besar antarabangsa.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 29, berkata, dia percaya rezeki ada di mana-mana dan paling penting buatnya adalah bersuara mengenai kesengsaraan rakyat di Gaza.



"Assalamualaikum, mungkin hantaran ini akan memberi kesan terhadap hubungan kerja saya dengan jenama-jenama antarabangsa tetapi apabila tiba masanya untuk saya berdiri teguh atas prinsip saya, saya tidak boleh berdiam diri untuk masa yang lama.

"Rezeki ada di mana-mana dan Allah memberi saya kejayaan dan kebahagiaan yang tidak pernah saya bayangkan selama ini. Alhamdulillah," katanya.

Sehubungan itu, Daiyan mahu gunakan suaranya sebagai seseorang yang berpengaruh sebagaimana kerap dilakukannya sebelum ini.


"Saya tak akan pernah boleh berdiam diri dan membelakangkan agama saya, kepercayaan saya dan paling utama, saudara-mara saya di Gaza yang sedang bertarung nyawa, dibunuh, diperlakukan dengan sangat kejam dan dirampas segala hak kemanusiaan mereka.

"Mereka didiamkan sementara dunia disuap propaganda Zionis yang sudah terang lagi bersuluh sebuah penipuan yang tidak masuk akal. Selama ini saya kerap bersuara, dan saya tidak akan berhenti di sini hanya kerana saya mulai diktiraf di persada yang berbeza - malah saya akan bersuara dengan lebih lantang," katanya.

Daiyan juga berkongsi sudah menyalurkan RM20,000 kepada menerusi Persatuan Cinta Gaza Malaysia dan menyeru orang ramai bersedekah buat mangsa kekejaman di sana.

"Sedekah, doa, percaya, lantang, berani. Mudah-mudahan kita semua sentiasa diberkati, dilindungi, dikasihi oleh Yang Maha Satu, Yang Maha Agung. Semua untuk-Nya. bermula dari-Nya. Dan akan berakhir dengan-Nya jua," tulisnya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 17-10-2023 09:43 AM
buat apa nak risau kan... SD kan dh ada
Quote marchikobonzo 17-10-2023 09:43 AM
Bab ni bagus la dia, dia tetap speak out pendirian dia even might jeopardise semua labels & sponsorship dia
Quote freyayong 17-10-2023 09:44 AM
What a good move DT !!

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.039114 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top