CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dikecam Teruk Tapi Tudung Palestin Vivy Yusof Laku Keras "Sampai Kena Bincang Dengan Pembekal Nak Tambah Stok"

16-10-2023 08:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4148| Komen: 46

Vivy Yusof menerusi jenama tudung eksklusif miliknya, dUCk menawarkan koleksi skaf dan selendang bertemakan bendera Palestin, di mana setiap keuntungan yang diraih akan disalurkan sepenuhnya ke pertubuhan amal, Viva Palestina.


Namun, usaha murni itu disalah tafsir apabila ramai menyelar pendekatannya sebagai oportunis yang mencari publisiti atas tragedi menimpa rakyat Palestin.
 
Vivy menegaskan koleksi tema Palestin yang ditawarkan di bawah jenama dUCk itu adalah sebagai simbol solidariti.

Foto: IG

"Koleksi kali ini adalah sama dengan design kami pada tahun 2021, ketika itu berlaku pergolakan antara Israel-Palestin dan kami buat projek yang serupa untuk mengumpul dana bagi membantu saudara kita di sana.

"Kami keluarkan semula koleksi skaf Palestin ini atas permintaan orang ramai, mereka mahu memakai simbol Palestin sebagai tanda solidariti, di samping meyumbang untuk membantu rakyat Palestin.


"Ada juga mereka yang tidak berhijab yang turut ingin bersolidariti... dengan masa suntuk yang ada, kami dan pembekal sediakan beg tote dan cawan khusus untuk mereka ini.

"Melalui beberapa projek kumpul dana yang dianjurkan pada tahun 2021, kami berjaya mengumpul sejumlah RM2.3 juta dan setiap sen disalurkan terus ke Viva Palestina," katanya kepada mStar.



Tambah Vivy, koleksi Palestin yang dikeluarkan semula baru-baru ini tetap mendapat sambutan yang baik meskipun dikecam hebat warga maya.


"Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat memberangsangkan, setiap skaf dan selendang tema Palestin sudah beberapa kali habis terjual.

"Kami sampai terpaksa berbincang dengan pembekal untuk menambah stok, sebab permintaan daripada pelanggan terus-menerus masuk.

"Buat mereka yang sudah ada skaf Palestin dari tahun 2021, kami lihat mereka memilih untuk membeli beg tote Palestin," ujar Vivy.



Berbicara soal kecaman yang diterimanya, Vivy percaya segalanya bermula kerana salah faham di media sosial.

"Walaupun nampak seolah koleksi skaf Palestin ini ditolak, tapi ia tetap laku terjual, ini bermakna ramai yang faham niat murni di sebalik penganjuran projek ini.

"Ramai yang marah dengan koleksi skaf Palestin sebab satu tangkap layar di X, dalam hantaran tu ia hanya tunjuk produk dUCk yang dijual, tapi tidak menunjukkan yang kami berkolaborasi dengan Viva Palestina.



"Ini adalah projek amal sepenuhnya, kami tak dapat apa-apa keuntungan dari ini, tiada kesempatan yang diambil. Selepas ramai dah sedar kesilapan yang berlaku, saya terima banyak permohonan maaf daripada mereka yang menyebarkan fitnah.

"Niat saya jelas, saya tidak mencari apa-apa melalui projek ini melainkan rahmat Allah. Saya dan pasukan hanya mahu berbuat baik," kata Vivy.

Menurut Vivy lagi, dUCk bukan jenama yang pertama menjual pakaian bertemakan Palestin.

"Saya rasa ini adalah pendekatan yang bagus, pemakaian simbol Palestin dapat menyebar luas kesedaran tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di sana," ujar Vivy.


Dana yang berjaya dikumpul akan dimanfaatkan Viva Palestina cawangan Malaysia untuk menghantar bantuan berbentuk bekalan perubatan, makanan, tempat perlindungan sementara dan bahan api hospital ke Palestin.

Koleksi tema Palestin dUCk terdiri daripada skaf dan selendang berwarna hitam atau putih dengan harga RM300 sehelai, selain beg tote bernilai RM50 serta cawan berharga RM40. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 16-10-2023 08:24 PM
Tambah lagi designer handbag? Tauke itik malu nak kelek handbag itik.

Quote nebbit 16-10-2023 08:26 PM
sharlenetexas: Tambah lagi designer handbag?  ...
ramai rupanya org kaya di malaysia ni. Beli tudung harga gini konon mampu milik. Bila beras naik harga semua complaint.
Quote Piramida 16-10-2023 08:42 PM
Menyelam sambil minum air ni.. Eh sambil sudu2 air... Itik kan.
Quote mamarock 16-10-2023 08:42 PM
Harga mampu milik bagi yang mampu. Mungkin lebih ramai yang mampu tengok aje.
Quote MissYouSayang 16-10-2023 08:47 PM
Tudung tu nampak classy tapi bila acik kepam pakai terus nampak pprt plak
Quote stingergrumpy 16-10-2023 08:54 PM
MissYouSayang replied at 16-10-2023 08:47 PM
Tudung tu nampak classy tapi bila acik kepam pakai terus nampak pprt plak

She really has classy taste kheunz?...bertiang tinggalkheun tudung pazzpizzpuzz kheunz?


Quote stingergrumpy 16-10-2023 08:55 PM
Piramida replied at 16-10-2023 08:42 PM
Menyelam sambil minum air ni.. Eh sambil sudu2 air... Itik kan.

Janji cantik,classy...dari tudung timbang kilos pazzpizzpuzz ko?

Huh

Kahkahkahkahjah
Quote eizarz 16-10-2023 08:56 PM
sian aku tgk yg beli tudung…yg founder nya beli designer brand….yg pprt je beli brand itik ni
Quote sharlenetexas 16-10-2023 08:57 PM
nebbit replied at 16-10-2023 08:26 PM
ramai rupanya org kaya di malaysia ni. Beli tudung harga gini konon mampu milik. Bila beras naik ha ...

Tauke itik ni yg kaya tapi malu nak kelek produk sendiri.

Quote nebbit 16-10-2023 09:01 PM
sharlenetexas replied at 16-10-2023 08:57 PM
Tauke itik ni yg kaya tapi malu nak kelek produk sendiri.

Acik2 yg beli loud and proud so called dakiess.
Quote sharlenetexas 16-10-2023 09:01 PM
nebbit replied at 16-10-2023 09:01 PM
Acik2 yg beli loud and proud so called dakiess.


Ukur baju di badan sendiri.


Quote MissYouSayang 16-10-2023 09:03 PM
stingergrumpy replied at 16-10-2023 08:54 PM
She really has classy taste kheunz?...bertiang tinggalkheun tudung pazzpizzpuzz kheunz?

Aku tgk pentaksub fakejurap yg dok pakai tudung idolat dia sume nampak kepam betul. Tak jadi aku nak beli.
Quote matchstick 16-10-2023 09:09 PM
Pakai tudung harga rm300 tp rupa tak berapa nk 'go' dan selekeh rasa kesian plk. Org ingt duck Vietnam. Baik acik sedekah je rm300 tu direct masuk tabung derma
Quote maroon_nerd 16-10-2023 09:12 PM
Maknanya bukan duck yang derma la kan. Rakyat yang menderma. Duck jadi org tengah yg salurkan je la.
Quote stingergrumpy 16-10-2023 09:20 PM
MissYouSayang replied at 16-10-2023 09:03 PM
Aku tgk pentaksub fakejurap yg dok pakai tudung idolat dia sume nampak kepam betul. Tak jadi aku n ...

Aku pelik ler dgn pazzfakepuzz ni..yes understand your market niche golongan the kepams acik acik pprt....tapi design wise quality iteww takkheun ler hauk sangat....kheunz?

Her taste sense sendiri memang aku perhatikheun while flashy  tapi macam takda taste corporate and classy langsung ler compared to the general taste sense of bibik usop ni...entahler....

Masih terngiang ngiang aku suit putih dia dgn black bow tie sampai kehari ini...macam siiot je...apa pu yer perasaan entah utk dia put on that outfit combination...persis hostess cantonese karaoke club tersesat..

Kahkahkahkahkah
Quote takkoser 16-10-2023 10:04 PM
Malas la nak ckp siapa faham bisnes faham apa yg dijalankan... sajer lerr tu
Quote kitmal 16-10-2023 10:05 PM
wau menunggang..tuan sendiri pakai gucci
Quote green~tea 16-10-2023 10:07 PM
nebbit replied at 16-10-2023 08:26 PM
ramai rupanya org kaya di malaysia ni. Beli tudung harga gini konon mampu milik. Bila beras naik ha ...

Ramai aku jumpa org pakai shawl palestin  itik harini kat ofis.. tak lawa pun kaler bendera balut kepala... muka marhaen pakai apa pun marhaen juga kejadian dia
Quote Suchi 16-10-2023 10:08 PM
matchstick replied at 16-10-2023 09:09 PM
Pakai tudung harga rm300 tp rupa tak berapa nk 'go' dan selekeh rasa kesian plk. Org ingt duck Vietn ...

Ooo harga 300 kaaa


Cait tudung Palestine tapi harga Yisrael

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.172891 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top