CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Tolak M.Nasir Nak Bagi Lagu, Kerana Kau Dendangan Alleycats Sepatutnya Milik Ayai

16-10-2023 07:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2643| Komen: 3

Dah lama teringin nak berduet dengan Datuk M. Nasir, impian Ayai Illusi akhirnya termakbul di pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10) minggu keempat.

Kata Ayai, dia mengenali penghibur dan komposer itu hampir 40 tahun namun tidak pernah berkesempatan untuk berpadu suara mahu pun berkongsi pentas dengan sifunya itu.


Foto: Kosmo

“Walaupun kenal, saya tidak pernah berpeluang berduet bersama M. Nasir, baik melalui album ataupun sepentas.

“Saya kenal dia pada tahun 1984, pernah kerja studio sama-sama, memang teringin sangat mahu berduet dengan dia namun ketika itu saya sedar taraf saya di mana.

“Namun banyak ilmu yang saya dapat daripada dia, dari sudut nyanyian dan persembahan pentas itu sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ayai juga sempat mendedahkan album Kerana Kau dendangan kumpulan Alleycats dan ciptaan sepenuhnya M. Nasir pada asalnya ditawarkan kepadanya.


Bagaimanapun, penghibur berusia 61 tahun itu terpaksa menolak kerana tidak bersedia tampil solo selain mahu menjaga hati ahli kumpulannya ketika itu.

Tidak terbit rasa menyesal, Ayai menganggap perkara tersebut sememangnya bukan rezeki.

“M. Nasir pernah datang kepada saya dan nak bagi lagu, katanya material dan konsep semuanya sudah tersedia, tinggal lagi vokal sahaja.

“Saya tolak sebab saya takut, tiada keyakinan untuk muncul solo, saya pun ada hati yang perlu saya jaga ketika itu.

“Kalau buat projek solo, saya bimbang rakan seperjuangan terasa hati, saya tidak mahukan negativiti dalam karier, sebaliknya saya anggap itu bukan rezeki,” ujarnya.

Minggu lalu Ayai yang mendendangkan lagu Donde hampir tersingkir apabila mendapat markah terendah sebanyak 51.7 peratus, namun diumumkan terselamat.

Minggu ini, kedudukan vokalis bersuara serak-serak basah itu mencanak naik hasil keserasian duet dengan M. Nasir menyampaikan Raikan Cinta yang memungut 83.25 peratus, sekali gus meletakkan Ayai pada kedudukan selesa di tempat ketiga. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nizleen86 16-10-2023 09:45 PM
Suka la iols dgn personaliti ayai ni. A very positive person.
Quote Hoola 16-10-2023 10:49 PM
Quote zallama 16-10-2023 11:01 PM
Hebat gile m.nasir rilek j nyanyi tp best.aura legend mmg laen woooo

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.042691 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top