Oleh Adib ZA
Bayangkan anda tinggal berseorangan di rumah pun sudah pasti berasa agak ketakutan.
Ini kan pula jika tinggal di sebuah kampung secara bersendiri, tiada penghuni lain. Namun, itu yang terjadi kepada lelaki ini, Don Sammons yang mengambil keputusan untuk tinggal di satu kawasan pergunungan, Buford. Yang menariknya dan tak kurang peliknya, dialah satu-satunya penduduk di kawasan perkampungan itu! Sammons telah meninggalkan Los Angeles pada tahun 1980 dan berpindah ke Buford kerana ingin lari dari kesibukan kota. Ketika dia dan isterinya berpindah ke sini, masih ada 7 orang yang mendiami kawasan itu.
Namun, kesemua penduduk lain mula berpindah ke kawasan yang lebih membangun pada pertengahan tahun 1990-an. Kini, lelaki ini tinggal berseorangan selepas isterinya meninggal dan anaknya berpindah ke Colorado. Namun, Sammons yang memiliki perniagaan kecil di sini, sentiasa dikunjungi pelawat sehingga 1,000 orang sehari pada musim panas. Walau bagaimanapun, pelawat akan berkurangan pada musim sejuk. - CARI Infonet |
JohnPuteh replied at 26-11-2015 11:03 AM
ada tanah kosong lagi tak..John rasa nak pindah g sana
din_atos replied at 26-11-2015 11:08 AM
Buka kedai urut
bellaa replied at 25-11-2015 09:41 PM
Seronok nye duk sesorang. Tapi kalo ada emergency, bahaya lak
mattzzx replied at 26-11-2015 12:23 PM
mana best tinggal tak ada pasangan?
bellaa replied at 26-11-2015 06:03 PM
xde orang kaco
ADVERTISEMENT