Pengarah Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT), Othman Hafsham mengucapkan tahniah kepada Sabri Yunus dan Angeline Tan yang dah selamat kahwin. Hafsham yang mengarah dan menerbitkan sitkom itu sebanyak 17 musim berkata, dia masih berhubung dengan bintang-bintang sitkom itu, tetapi tidaklah terlalu kerap.
"Saya ucapkan salam bahagia kepada kedua-dua mereka. Kami ada menghubungi satu sama lain, tapi tidaklah kerap," katanya kepada Harian Metro. Ditanya mengenai perkembangan terkininya, Hafsham berkata, dia kini memberi tumpuan kepada kesihatan memandangkan usianya kini hampir mencecah 84 tahun. "Sementara waktu ini, tak ada sebarang projek baru memandangkan saya pun kurang sihat. Umur saya pun dah beransur tua dan kekuatan itu dah tak ada. "Tapi, kalau ada tawaran dan berdaya, saya akan cuba buat. Dah masuk umur seperti saya sekarang, komitmen dan tanggungjawab pun sudah berbeza," katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai penjelasan Hafsham yang mungkin tidak dapat merealisasikan hasrat peminat sitkom yang pernah ditayangkan di TV3 itu atas beberapa faktor. PMPMTT ditayangkan di TV3 bermula tahun 1983 hingga 2004 dan dibintangi Sabri, Angeline, Allahyarham Zami Ismail, Allahyarham Mohammad Abdullah, Allahyarham Ahmad Busu, Khatijah Tan, Imuda, Sathiya, Sulaiman Yassin, Datin Marlia Musa dan ramai lagi. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT