Tular komen seorang individu di media sosial di satu temu bual Zul Ariffin secara Live menerusi Facebook baru-baru ini. Ia berpunca apabila dia tersalah eja perkataan ‘gentle’ kepada ‘gentel’ sehingga ramai pengguna media sosial lain geli hati terhadap komen tersebut.
“Terbaik Zul peduli lah orang nak cakap apa yang penting Zul ‘gentel’… dalam lakonan ‘gentel’.. dekat luar pun ‘gentel’, semoga dipermudahkan segala urusan Zul,” tulis wanita tersebut. Rata-rata orang ramai turut menegur komen wanita tersebut dan ada juga yang menerangkan apa maksud sebenar perkataan ‘gentel’ yang mana jika disalah ertikan mampu menimbulkan pengertian berbeza.
|
ADVERTISEMENT