CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Acu Pisau Paksa Anak Lelaki 13 Tahun Solat, Bapa Dipenjara 12 Bulan

16-10-2023 02:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1580| Komen: 10

Tawau: Seorang bapa dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap anak lelakinya, Ogos lalu.

Majistret, Don Stiwin Malanjum, memutuskan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah daripada tertuduh, Ardi Aris, 32, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


Tertuduh, Ardi Aris, 32, dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Tawau, selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap anak lelakinya, Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan niat mendatangkan ketakutan terhadap anak lelakinya, Zack Azroy, 13, dengan mengacukan sebilah pisau di rumah keluarga mereka, di Batu 8 Jalan Tiku, dekat sini, pada jam 9 pagi, 4 Ogos lalu.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Asisten Superintenden Nur Intan Jamrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku semasa tertuduh datang ke rumah bekas iparnya, secara tiba-tiba meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau lalu mendatangi mangsa sambil mengacu serta mengarahkannya supaya menunaikan solat.

Mangsa yang dalam ketakutan bagaimanapun bertindak menuruti arahan bapanya itu, sebelum ibu saudaranya menghubungi pihak polis.

Tertuduh yang bekerja di sebuah premis mencuci kereta dan sudah bercerai dengan isterinya itu juga sebelum ini pernah dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu kerana disyaki mengalami masalah mental.

Tertuduh dalam rayuannya bagaimanapun memohon kepada Mahkamah supaya hukuman diringankan dengan alasan sudah insaf selain menyesal atas perbuatannya itu.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan hukuman pemenjaraan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 4 Ogos 2023.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 16-10-2023 02:10 PM
Hakim tu nama mcm bukan Islam. Bapa pun pernah kena rujuk di hospital gila. Semoga yg baik2 saja.
Quote supernaturalee 16-10-2023 02:14 PM
tgk nm die bg anak die

zack - wtk tok mal dlm azura
azroy - wtk faizal hussein dlm gila2 remaja


btw mcm ank beranak dgn polis sblh dia
Quote Burong_Hantuk 16-10-2023 02:17 PM
Quote Thunderclouds 16-10-2023 02:38 PM
Mak aii..nama anak..
Kuatnyaaa berangan
Quote kakikuDibibirmu 16-10-2023 02:41 PM
supernaturalee replied at 16-10-2023 02:14 PM
tgk nm die bg anak die

zack - wtk tok mal dlm azura

Wah, craypot tour nya makcik!
Quote A-Are 16-10-2023 02:56 PM
supernaturalee replied at 16-10-2023 02:14 PM
tgk nm die bg anak die

zack - wtk tok mal dlm azura

mcm mana bg nama anak mcm tulah jadinya...sebab tu digalakkan bagi nama yg bermaksud baik...bukanlah kata nama tu maksud xbaik, tp obviously kita tahu diambil sempena watak cerita apa...
Quote virgo19 16-10-2023 03:05 PM
Macam kembar pulak dua2 botak
Quote seri_mawr 16-10-2023 03:16 PM
ganas benor nak suh anak solat pakai pisau segala...

tapi ye la dah dia sakit mental kan....ni tikam mau silap2 gaya klu x ikut arahan dia...

duk hospital mental jek la...senang..
Quote supernaturalee 16-10-2023 04:11 PM

bende femes kotgen z pun tau


Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.125401 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top