CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kutip Hutang Maut Ditembak

16-10-2023 01:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 729| Komen: 0

Indonesia: Malang nasib seorang lelaki apabila maut ditembak di leher ketika mengutip hutang daripada suspek.

Menerusi laporan Tribun News, kejadian yang berlaku di Dusun Sukaramai, Indonesia itu dikatakan menuntut hutang Rp 3 juta (RM905.84) daripada suspek.



Menurut Ketua Polis, Inspektor Candra isteri mangsa menerima berita suaminya meninggal dunia dan mengalami kesan tembakan di bahagian kanan leher.

Sebaik sahaja mendapat tahu keadaan suaminya, isteri mangsa bergegas ke rumah suspek dan melihat suaminya sudah meninggal dunia dalam keadaan terduduk di atas bangku rumah suspek.

Ketika itu rumah suspek telah kosong, kerana suspek bersama isteri serta anak-anaknya sudah melarikan diri.

Tambah Inspektor Chandra, pihak polis telah menerima maklumat mengenai keberadaan suspek yang hendak melarikan diri ke Pulau Bangka.

Supek telah berjaya ditangkap dan barang bukti seperti t-shirt, seluar pendek dan satu selipar mangsa telah dirampas oleh pihak polis.


Mengenai senjata api, kami masih menyiasat, tetapi apabila menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menggeledah rumah pelaku, kami menemui bungkusan senjata api.

Disebabkan kejadian itu, suspek berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.236206 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top