CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahu Asyik Kena Tepuk, Wanita Menggigil Solat Seorang Diri Jam 11 Malam Di Hentian R&R

16-10-2023 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4119| Komen: 64

PETALING JAYA – Seorang wanita menceritakan kisahnya ketika solat seorang diri di sebuah hentian rehat dan rawat (R&R) sekitar pukul 11 malam.

“Pada waktu itu, keadaan surau memang sangat sunyi. Lebih menakutkan, lampu di tempat ambil wuduk pula berkelip-kelip.


“Bila saya sembahyang seorang diri, mulalah nak fikir yang bukan-bukan. Saya rasa ada sesuatu yang memerhatikan saya ketika sembahyang,” katanya.

Gambar Hiasan

Tambah wanita tersebut, keadaan surau yang sunyi, ditambah pula dengan telekung yang digantung pada dinding membuatkannya rasa seram sejuk. Namun, dia cuba untuk kekal khusyuk dalam solat walaupun rasa takut menguasai diri.

“Tetapi, selepas rakaat pertama, saya rasa bahu saya disentuh oleh seseorang.

“Saya ingatkan itu cuma perasaan saya, jadi saya abaikan sahaja. Tetapi bahu saya disentuh lagi buat kali kedua. Pada waktu ini, Tuhan sahaja yang tahu apa perasaan saya,” ujarnya.


Namun, wanita tersebut teruskan solat seperti biasa walaupun mula berasa takut dan berdebar.

“Tetapi, orang itu tepuk saya lagi buat kali ketiga, kali ini lebih kuat daripada sebelumnya.

“Masa itu saya terperanjat jadi saya pandang belakang. Rupanya, ada seorang mak cik cuba untuk tegur saya. Saya salah kiblat rupanya,” katanya.

Selepas menyedari kesilapannya, wanita tersebut terus mengucapkan terima kasih kepada mak cik yang menegurnya sebentar tadi.

“Selepas ditegur, saya rasa lega sedikit sebab saya ingatkan ada ‘benda’ lain yang mengganggu.

“Tapi, saya tidak ada dengar bunyi apa-apa pun semasa sembahyang. Tak ada bunyi tapak kaki atau bunyi pintu dikuak pun,” jelasnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berasa geli hati dengan cerita yang dikongsikan oleh pengguna tersebut.

“Selepas ini, kalau nak tegur orang yang salah kiblat, sebut Subhanallah dan gunakan kedua-dua tangan untuk pusingkan orang tersebut ke arah yang betul. Kalau asyik tepuk tepuk, mestilah orang fikir benda lain,” kata Khaizz.

“Kalau kena dekat aku, memang aku lari dah mengalahkan Usain Bolt,” komen Aleen.

“Terbaik penamat cerita saudari. Saya ketawa tetapi ini juga satu peringatan bagi orang lain, terutamanya mereka yang terpaksa solat di tempat yang sunyi,” kata Redzuan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mengapainisemua 16-10-2023 12:25 PM
Scary! aku pun slalu singgah bile takde org aku suh je laki masuk skali
Quote dua_chzy 16-10-2023 12:26 PM
Sembah hyang seorang diri memang menakutkan dek. Ntah apsal ntah. Nak khusyuk pun kengkadang susah.
Quote Thunderclouds 16-10-2023 12:36 PM
Pengaruh cita makmum lettewwww
Quote prettyuglybabe 16-10-2023 12:51 PM
bukan tiap surau ada tunjuk arah kiblat ke?
Quote Skuau 16-10-2023 12:57 PM
dua_chzy replied at 16-10-2023 12:26 PM
Sembah hyang seorang diri memang menakutkan dek. Ntah apsal ntah. Nak khusyuk pun kengkadang susah.

pelik...bukan Dia bersama kita ke masa tu...ke menate tu memang tak takut punya???
Quote pp_gurl 16-10-2023 12:57 PM
prettyuglybabe replied at 16-10-2023 12:51 PM
bukan tiap surau ada tunjuk arah kiblat ke?

kan..hasanah betul cite ni...paling tidak pun ada sejadah yg mmg dah hala ke kiblat
Quote esbok 16-10-2023 01:07 PM
solat sorang kat rnr ni, yang takut nya kalau orang jahat masuk skali je.
Quote kelapaparut 16-10-2023 01:38 PM
sekali makcik tu bukan orang..huhu

kisah dr seram ke kelakar ke seram balik
Quote crazypink 16-10-2023 01:54 PM
aku ada singgah satu RNR tp x ingat kat mana? Surau RNR jenis open concept takda dinding pun nampk semak samun jer

seram nak solat tuh rasa mcm nak qada jer la
Quote sranua 16-10-2023 02:03 PM
Ha3....plot twist betullah. Teringat kawan masa masuk masjid negeri shah alam tu nak solat zohor konfiden je solat. Sekali guard situ bagitau kiblat kat belakang...dah terbalik. Ketawa kitorang...itulah akibatnya main bantai je.
Quote any42 16-10-2023 02:13 PM
solat sorang2 lg takut org jahat dr takut hantu. hehe
Quote pokokmeranti 16-10-2023 02:28 PM
knp kau sentuh bahu dia, patut pergi dekat sebelah dan maklumkan nak betulkan kiblat dia. so kita pusing kan badan dia perlahan hgga ikut arah kiblat.
Quote myakayina 16-10-2023 03:02 PM
lawak seram..makcik tu pun ntah ya ntah tidak manusia betul..
Quote asfaz 16-10-2023 03:11 PM
Edited by asfaz at 16-10-2023 03:13 PM

Ai pernah solat kat rnr yg ada satey tu. Masa tu ai sorang aje. Masa ai solat dgr banyak Kali pintu bukak tutup tp takde bunyi air amik Wuduk pun. Masa tu lega  lah sb ada org kan. Bila dah siap solat,ai tgk takde org pun,cincai aje la sarung tudung.
Dlm kereta cerita kat asben, dia ckp dia pun dgr tp ada bunyi air. Dia igt dr surau pompuan sb surau laki dia sorang aje. Sejak tu ai tak singgah dah solat kat situ
Quote virgo19 16-10-2023 03:11 PM
pp_gurl replied at 16-10-2023 12:57 PM
kan..hasanah betul cite ni...paling tidak pun ada sejadah yg mmg dah hala ke kiblat

Tak mustahil berlaku, aku pun pernah je solat kat stesen minyak, ada pompuan tu bentang sejadah arah salah. Nasib baik dia baru nak mula solat, aku pun tunjuk la tanda kiblat tu, tersipu2 malu dia.
Quote suesz 16-10-2023 03:29 PM
pernah solat dekat, musollah Ratu Boko, Jogja..musollah tu open hall ja..laki kot kat depan, ntah i solat jap ja..dah takde orang kan.

ntah tetiba masa salam tu terasa diperhatikan gitu..adehh berdebar..

tapi bila siap check belakang takde orang pula..y

Yang ada satu orang jejants dok saf depan nak solat..eeeh..terus cepat2 cabut. hahaha..
Quote Buritan 16-10-2023 03:51 PM
dua_chzy: Sembah hyang seorang diri mema ...


Hahaha.. aku kalo solat kat sojid aku seko seko je mmg aku takut . Pas tuu nak terkencing plk.. nak masuk jmbn kena lintas bilik jenazahh..  

Ade satu mlm tuu lopes terawih semua dah ramei balik.. tetiba nak tercirit.. jd aku tak duli dahh.. dgn telekung aku berlari masuk jmbn.. masa tuu aku tak duli hntu sebelah pun aku sepak sbb nak berak.. masuk jmbn tupntup ade mkck tgh amik solat.. dia jerit kat aku hantuuuu... Hahaha..
Quote venom1 16-10-2023 03:53 PM
pokokmeranti replied at 16-10-2023 02:28 PM
knp kau sentuh bahu dia, patut pergi dekat sebelah dan maklumkan nak betulkan kiblat dia. so kita pu ...

ini cara yang sebetulnya

Quote pokokmeranti 16-10-2023 03:58 PM
venom1 replied at 16-10-2023 03:53 PM
ini cara yang sebetulnya

klu yg disentuh itu lelaki, dia ingat ada makmum pula.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.054464 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top