Persembahan Naqiu di ASGV dikecam hebat gara-gara didakwa melampaui batas bersama pasangan duetnya, Misha Omar. Naqiu ketika menyampaikan lagu Aku dan Dirimu nyanyian asal Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari dilihat berpegangan tangan dengan Misha selain menampilkan tampil erat yang mana tidak sesuai memandangkan kedua-duanya sudah pun berkahwin.
"Sejujurnya aku cukup tidak suka persembahan Naqiu dan Misha yang menyanyi berpegangan tangan. Takkan tak tahu hukumnya haram? "Maaf tak suka tengok gimik Naqiu dan Misha keluar pegang tangan macam itu... Tak perlu muka ke muka dekat macam itu. "Sangat 'cringe' persembahan mereka. Tak perlu pegang tangan... Sebenarnya saya bayangkan dia main gitar dan menyanyi bersama Misha. Ini bukan seperti saya bayangkan," komen netizen. Susulan itu Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 37, mengaku kesilapan yang dilakukan selain memohon maaf atas aksi yang dianggap keterlaluan itu.
Naqiu juga meletakkan semua kesalahan yang diperkatakan netizen sepenuh di atas bahunya. "Saya minta maaf sangat. Saya bertanggungjawab dan ambil kesalahan itu pada saya. Insya-Allah saya akan pastikan perkara sama tidak berulang. "Ini libatkan sensitiviti yang tidak sepatutnya berlaku. Saya letakkan kesalahan kepada diri sendiri dan jangan salahkan orang lain," ujarnya. Menurut Naqiu lagi, aksi berpegangan tangan dan berpelukan itu dilakukan secara spontan dan tidak dirancang. "Ia terjadi secara spontan... Semua tahu persembahan saya ini jenis melebih-lebih dan spontan. Tapi kali ini saya sendiri rasa ia tidak sepatutnya berlaku... Memang salah saya," katanya. Untuk rekod, pada minggu keempat pertandingan, Naqiu mendapat kedudukan ketujuh daripada 14 peserta dengan markah sebanyak 65.50 peratus. Penyanyi Datuk Aishah bagaimanapun tersingkir selepas mendapat markah tercorot iaitu 43.75 peratus. -CARI Sumber: mStar
|
irvene replied at 16-10-2023 11:23 AM
entah2 kak mitch yg bagi hint suruh naqiu buat mcm tu. knowing kak mitch mmg mengeliat ‘banyak’ ka ...
ADVERTISEMENT