CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sibuk Dengan Bola Sepak Pula- Ramai Panas ND Lala Buat 'Bodoh', Diminta Pertahan Shila Amzah

16-10-2023 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4782| Komen: 51

Susulan 'perang' yang berlaku dalam keluarga Shila Amzah, nama Datuk ND Lala mula 'dipetik' netizen.

Penyanyi terkenal era 1980-an hanya sempat berpesan agar mementingkan adab selain meminta segala komen yang ditinggalkan Instagramnya hanya berkisar tentang sukan bola sepak (merujuk perkongsian gambar bersama dua pemain bola profesional tanah air.


Foto: IG

“Tajuk perbualan di sini adalah tentang bola sepak. Kita membina perhubungan yang baik dan rasa hormat menghormati antara satu sama lain melalui sukan.

“Terima kasih kerana memberi komen baik dan mengekalkan adab budaya kita,” tulisnya dalam hantaran sukan kegemarannya itu beberapa hari lalu.

Tidak puas hati dengan pendekatan selamat yang diambil, ada dalam kalangan netizen mula menasihatkan artis veteran itu supaya tampil menjadi penyelesai masalah dan menjalankan sebagai bapa, biarpun sudah bercerai dengan ibu anak-anaknya.




“Saya rasa Shila sangat memerlukan bantuan awak. Kebahagiaannya hancur lagi-lagi dengan kata-kata maknya yang tidak mahu memaafkan,” kata peminat.

“Rasanya pak cik boleh bersatu dengan Shila Amzah. Lagipun dia tidak melenting masa pak cik berkahwin lain,” ujar pengikut.

Dari satu sisi lain, sikap berdiam diri pelantun lagu Diari Y.B itu menjadikan dirinya sasaran netizen melepaskan geram atas segala kecamuk dalam hidup anak-anaknya.


“Keluarga kucar-kacir, anak bergaduh tetapi masih ‘steady’. Memang ketua keluarga terbaik,” tulis netizen.

“Menjawablah nanti di alam barzakh dan akhirat sebabkan kau keluarga porak-peranda. Kasihan anak sulung dan bini yang menanggung perbuatan kau,” sindir pengikut lain.

Sejak beberapa hari lalu, platform media sosial kecoh dengan sesi berbalas kenyataan anak-anak ND Lala berpunca daripada isu penjualan rumah. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 16-10-2023 10:29 AM
Netizen nak heols berbalas post di media sossial kah??
Quote Thunderclouds 16-10-2023 10:31 AM
Ko saba jap.
Dia lom siap power point presentation.
Quote Sheila1987 16-10-2023 10:31 AM
Dia lah punca. Dia yg watak utama pergunakan Shila. Nak harap apa kat org camni.
Quote Mizlyn 16-10-2023 10:34 AM
Tak payaj ler jawap.. Diam2 sudah.. Settle dalaman jer..
Quote Burong_Hantuk 16-10-2023 10:40 AM
sorry to say..si ND Lalat pun sejenis bapak yg toxic..member aku ckp,selama ni si ND Lalat ke hulur hilir pakai baju2 branded..berlagak mcm org kaya kelas atasan..ujung2 semuanya makan minum baju spender ank sulung yg tanggung
Quote 3chanceno 16-10-2023 10:44 AM
Thunderclouds replied at 16-10-2023 10:31 AM
Ko saba jap.
Dia lom siap power point presentation.



Tergelak meols dgn komen uols

Dah memang toklalat nie dari dulu irresponsible, apa lah nak diharap dia selesaikan isu nie pulak
Quote cikatilia 16-10-2023 11:30 AM
i wonder dah kawin muda ni
apa punca pendapatan heols.. bukan muda lagi nak kerja2..
MLM??
ke ada simpan duit2 yg kikis dari xila
Quote Dolmat 16-10-2023 11:34 AM
PAK LALAT CABUT LARI SEBAB DAH TAK TAHAN DGN PERANGAI MAKLALAT YG DEMAND MACAM2 KOT...
MANA DGN UMAH BERKECAH BAU NAJIS KUCING 50 EKOR... ewwwwww..
CER DENGAR..

https://youtu.be/amsF-FdrDgM?si=bWR-rdxewUF2T2mI

Quote opie5662 16-10-2023 11:36 AM
Pak lalat jgn lupa bayar utang den wahab
Quote Suchi 16-10-2023 11:42 AM
Edited by Suchi at 16-10-2023 11:48 AM

Geli plak baca komen suh Pak Lalat bekap bagai
Korang dh kenapa nk jadi batu api?
Hello korang tau ke idok punca semua ni?
Sapa kata shila buat tatau masa ayh dia kawen lain?
Ayah dia kawen lain sebenarnya dh lama tau, shilla yg tau dulu sbb ada yg sampaikan kat dia.
Tu yg dulu dia penah buat post cari bff dia tu.

Dia dh malas masuk campur urusan rentua sbb dah penat ler nak hadap dia sendiri pun kata lebih baik depa tu bercerai drpd asik gaduh sejak ayahnya tu kantoi kawen lagi.
Lagipun knp dia nk kena masuk campur urusan umahtangga mak pak dia.
Quote menjad 16-10-2023 11:43 AM

Baiklah lalat tuh diam jer. Kang dio berbunyik ntah berapo thread lagi bukak kat cni. Isu sama jer
Quote kalchi 16-10-2023 11:48 AM
Ketua keluarga yg gagal. Petama, dia menggalakkan anak menceburi bdg nyanyian. Lps tu gagal mendidik keluarga, last last cari jalan keluar semudah abc pikir kote sendiri. Skrg satu keluarga berantakan. Berkat ke tak rezeki korg cari slama ni
Quote Parit.Hilton 16-10-2023 11:56 AM
kalchi replied at 16-10-2023 11:48 AM
Ketua keluarga yg gagal. Petama, dia menggalakkan anak menceburi bdg nyanyian. Lps tu gagal mendidik ...

ya uols. dah tua bangka dapat ujian yg memalukan keluarga ni
tak berkat la tu apa dia buat selama ni
Quote albedah 16-10-2023 11:59 AM
Thunderclouds replied at 16-10-2023 10:31 AM
Ko saba jap.
Dia lom siap power point presentation.

Aku taku dia yg sama2 blame shila siap kata dia ada hak atas rumah tu kang...
Quote edoraixora 16-10-2023 12:00 PM
apo????
dia lah punca segala hal ni terjadi...the real culprit
keluarga berantakan, bila dah di luar kawalan, sesedap dia jer tinggalkan pemili berbini baru
manuksio yang paling gagal total is ND Lala
Quote mrseller 16-10-2023 12:14 PM
Main bola pulak, tak main gof dah pak lalat
Quote wikedsaikel 16-10-2023 12:15 PM
codenamedream replied at 16-10-2023 10:29 AM
Netizen nak heols berbalas post di media sossial kah??

Berbalas pantun guna powerpoint ok juga
Quote kikilalapooh 16-10-2023 01:40 PM
Thunderclouds: Ko saba jap.Dia lom siap power point presentation.


HAHAHAHAHAHHHAHAHAHAA
Quote maharani_gebu 16-10-2023 02:52 PM
mrseller replied at 16-10-2023 12:14 PM
Main bola pulak, tak main gof dah pak lalat

lubang dah pecah mat.... terpaksalah downgrade kan minat tu

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.218967 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top