PETALING JAYA – Laporan mengenai nasib kedai-kedai makan tular yang dahulunya meriah tetapi kini bertukar suram mendapat perhatian ramai. “Apabila rasa, kualiti dan kuantiti tidak seperti yang ditularkan. Begitulah jadinya, sekali sahaja orang datang," komen seorang pengguna media sosial, Mohammad Nazrin Kamim.
Dalam mengoperasikan kedai makan, kualiti dan kuantiti hidangan merupakan antara perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh pemiliknya. Namun lain pula jadinya apabila segelintir pengguna media sosial mengeluh asbab populariti gerai makanan yang dahulunya dikunjung ramai pelanggan merundum kerana rasanya yang tidak ‘sampai’. “Kalau sedap, tidak perlu tular pun orang datang. Selalunya jadi begini bila makanan tular. Bila orang pergi, rasanya biasa saja,” kata Bakri. Ada netizen yang mengkritik harga di kedai makan tular tidak sepadan dengan kualiti yang ditawarkan.
“Tular tapi bila datang makan, rasa ‘out’. Kadang-kadang rasa ‘ada’ dan unik, tetapi harganya pula melampau. Rasanya selain `viral’, perlu ada penelitian soal kualiti dan rasa makanan selain disokong faktor-faktor lain yang menarik,” kata Nash Hj Adnan. Difahamkan, kedai makanan yang terkenal yang tular sebelum ini tidak bertahan lama ekoran faktor ekonomi yang kian mencabar serta trend bermusim. –CARI Sumber: Kosmo
|
ifanonline replied at 16-10-2023 10:29 AM
kadang2 tempat viral ni bukannya sedap sangat pun...unless tempat makan tu ada something special mcm ...
airfilterkotor replied at 16-10-2023 11:46 AM
Ada ketika, baru sesuap makanan, kunyah pun belum... raut muka berubah auto-nikmat seolah-olah sedap ...
ifanonline replied at 16-10-2023 10:29 AM
kadang2 tempat viral ni bukannya sedap sangat pun...unless tempat makan tu ada something special mcm ...
salimrock replied at 16-10-2023 12:00 PM
teringat kedai air buoh di sebuah negeri panta timur..
yg special nya ialah buah pemilikk kedai t ...
manehnya replied at 16-10-2023 11:57 AM
ada jual air claim brew, tp bancuh mcm kedai mamak, pastu pret sikit whip cream, n wallah jd mcm sta ...
ADVERTISEMENT