PETALING JAYA – Dalam usaha membantu penduduk di Palestin yang ditindas Israel, Khairul Aming menyumbang RM100,000 hasil jualan produk Sambal Nyet kepada tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM).
Menerusi video dimuat naik di media sosial, Khairul Amin turut mengajak masyarakat untuk bersama-sama menyumbang ke tabung CGM yang mana ia disasarkan untuk mengutip kira-kira RM10 juta. “Hari ini kita salurkan RM100,000 daripada Sambal Nyet ke tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM) untuk membantu saudara kita di sana. Sumbangan ini datang daripada sokongan anda semua selama ni. “Dalam masa sama, saya nak bantu untuk penuhkan ‘crowdfunding’ RM10 juta yang diperlukan untuk bantuan bahan api, ubat-ubatan, makanan, peralatan mencari dan menyelamat serta lain-lain lagi. “Buat masa sekarang dah RM6 juta lebih terkumpul. Tak lama lagi bumi Gaza akan masuk musim sejuk. Jadi jom kita ajak ramai-ramai untuk penuhkan tabung ini,” katanya pada hantaran Di IG.
|
ADVERTISEMENT