CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syahir Masih Sebumbung Dengan Keluarga, Shila Amzah Tunggu Masa Sesuai Jumpa Ibu

16-10-2023 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4536| Komen: 27

Walaupun keluarga sedang dilanda masalah, adik Shila Amzah, Amir Syahir masih tinggal sebumbung dengan ibu bersama dua adik-beradiknya yang lain.

Syahir atau Amir Syahir Amir Amzah, 28, berkata, hubungan bersama ibu serta abang dan adiknya juga tidak terjejas selain mengambil pendekatan tidak masuk campur atas isu yang sedang berlaku.


Menurut Syahir, dia dilihat sebagai 'tiada fungsi' kerana merasakan tidak berhak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang isu yang melanda.

Foto: IG

"Saya masih tinggal serumah dengan emak, abang dan adik saya, tapi menuju ke hujung minggu saya akan tinggal bersama kakak (Shila) sebab ingin fokus Famili Duo.

"Tentang isu itu, saya tak ada hak untuk bercakap mengenainya... Ia lebih kepada masalah kakak saya dengan mereka.

"Tapi hubungan saya dengan ahli keluarga termasuk emak masih sama. Saya pegang, keluarga tetap keluarga. Kalau saya komen pun isu ini tidak akan ke mana juga," katanya kepada mStar..


Sedia maklum namanya dipetik dalam video siaran langsung abangnya iaitu Amir Syafiq, Syahir berkata dia tidak menonton kerana sibuk dengan persediaan minggu pembukaan FD3.



Syahir bagaimanapun memaklumkan selepas kekecohan melibatkan ahli keluarga, dia lebih banyak berkomunikasi dengan Syada malah ada mengajak ahli keluarganya hadir ke studio menonton FD3.

"Saya sebenarnya sampai ke hari ini tak tengok video siaran langsung itu... Tambahan pula kakak banyak beri saya homework untuk FD3, jadi saya tak fokus benda lain.

"Tapi selepas kekecohan itu, saya banyak berkomunikasi dengan Syada sahaja manakala yang lain saya tak bercakap sangat mungkin sebab saya sibuk dengan FD3... Banyak bersama Shila berbanding duduk di rumah," jelasnya.



Sementara itu, Shila memberitahu buat masa ini dia memilih untuk berdiam diri daripada mengulas isu melibatkan keluarga dan berharap agar kemelut itu akan segera berakhir.

Shila juga tidak menolak untuk bertentang mata dengan ibunya, Fauziah Sarman bagi menyelesaikan salah faham di antara mereka namun membiarkan masa menentukan.

"Buat masa sekarang ini saya mengambil keputusan berdiam diri dan biarlah perkara ini reda dulu... Sebab semua perkara memerlukan masa.

"Saya tak nak paksa benda yang tidak sepatutnya berlaku sebab biar benda itu berlaku secara semula jadi. Kami berdua hanya boleh berdoa agar perkara ini segera berlalu.

"Emak mestilah (berjumpa) cuma waktunya bila itu biarlah masa dan jodoh yang menentukan," ujarnya.



Kemelut keluarga Shila dan Syahir menjadi perhatian selepas adik mereka, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik kakaknya itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, bagaimanapun menyangkal dakwaan dia mahu menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.

Isu tersebut berlarutan apabila Syafiq pula mendakwa Shila tidak membuat sebarang perbincangan tentang keinginan menjual rumah tersebut.

Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 16-10-2023 10:44 AM
parking sini dulu
Quote Aneem 16-10-2023 10:49 AM
Adakah mereka2 ni gunakan isu family deme sbg cara nak dptkan crowd dan undi utk FD3?
Bad marketing pun kdg2 berguna jugak utk raih simpati.
Quote dewi_rina 16-10-2023 12:07 PM
I hope shila tak kena hantuk kepala dekat stereng kereta lagi macam dulu, but i rasa shila dah kuat sekarang cos sheols dah ada ubai
Quote I.K.A888990 16-10-2023 12:12 PM
oklah jawapannya
moga yg baik2 je la shilalat
Quote esbok 16-10-2023 01:14 PM
dia ni kalau bawak lagu mcm dawai tu, sedap betul lah suara dia
Quote cik_ingeniare 16-10-2023 01:27 PM
moga baik baik saja untuk keluarga ni. better settle secara tertutup saja
Quote Lavender_Violet 16-10-2023 01:34 PM
dewi_rina replied at 16-10-2023 12:07 PM
I hope shila tak kena hantuk kepala dekat stereng kereta lagi macam dulu, but i rasa shila dah kuat  ...

Meols terlepas ketapi citer ni
Sapa hantuk kepala Shilalat dan knp kah sheols diperlakukan begitu?
Quote dewi_rina 16-10-2023 01:42 PM
Lavender_Violet replied at 16-10-2023 05:34 AM
Meols terlepas ketapi citer ni
Sapa hantuk kepala Shilalat dan knp kah sheols diperlakukan begitu? ...

Ada ura-ura dulu katanya maklalat hantuk kepala anaksulung lalat ni, masa kes dgn canaz dulu
Dulu orang tak percaya sbb mak dia muka baik kan.. Skrg baru org up balik isu kena hantuk kepala kat stereng tu betul ke tak
Iols rasa cerita tu benar
Quote Lavender_Violet 16-10-2023 01:54 PM
dewi_rina replied at 16-10-2023 01:42 PM
Ada ura-ura dulu katanya maklalat hantuk kepala anaksulung lalat ni, masa kes dgn canaz dulu
Dulu  ...

Ohh...gitu...
Tak mustahil bnda tu betul
Time tu mak lalat still muda, maybe darah panas tengok kelaku anak time hangat bercinta
Dan meols tak sangka rupanya marriage shilalat diaturkan mak pak lalat, pilihan kuarga...arranged married
Mcm janggal kedengaran zaman2 millenium ni masih ada arranged married, artis pulak tu
Quote Robitadotcom 16-10-2023 02:57 PM
patutlah muka adik dia syahir ni familiarrrrr. mcm adudu rupanya muka petak.
Quote anilanil 16-10-2023 03:02 PM
Disebalik anak tiada fungsi tu hanya dia yg masih rasional. Eh sada, bila mau tunjuk bank statement? Abg ngah ko tu ckp nak keje kat china, da beli luggage blom?
Quote hanihan16 16-10-2023 03:03 PM
semuanya bermula dengan statement ayada yg up igs carik rumah sewa sebab nak kena halau. kalau tak, takde netizen tau pun shila nak juai rumah
Quote xtravaganza 16-10-2023 03:44 PM
Sian shila.. tabah btl dia dgn dr cite cinta dia xkesampaian tu, mak pak “kerah tenaga” kerja dr kecik, adik beradik bewok, pak kawin snyp2 dgn kawan.. Dugaan btl.
Quote belilies 16-10-2023 05:42 PM
Aneem replied at 16-10-2023 10:49 AM
Adakah mereka2 ni gunakan isu family deme sbg cara nak dptkan crowd dan undi utk FD3?
Bad marketing  ...

Bila baca isi benang ni pun iols terfikir benda yg sama. Sebab macam tarik simpati.
Quote kepompong 16-10-2023 05:53 PM
belilies replied at 16-10-2023 05:42 PM
Bila baca isi benang ni pun iols terfikir benda yg sama. Sebab macam tarik simpati.

blood is thicker than water you.. kalau dia ter-baca tajuk org kutuk2 mak/cadar/capig mesti dia pun ada perasaan marah jugak. konsepnya aku kutuk tkpe jgn org luar gituh. Tapi bila wartawan  interview nampak macam tarik simpati, sbnrnya dia sedih ... ada perasaan sedih...

Kalau korang igt, maharaja lawak yg ali puteh menang sbb letak isu anak yg nama ainul mardiah meninggal sbg sebahagian drp persembahan, mmg ramai tak puas hati sbb ada elemen kesian, pastu aliff aziz menang apa tak igt sbb dah taubat & baik semula dgn bella... 2-2 ada sentimen simpati dari pengundi/juri.... Kalini korang sbg audience tulis la kat cari performance dorang layak ke menang (kalau menanglah) sbb i mmg tak tengok rancangan live ni (tak minat & tak free malam2 byk urusan kat rumah) & tkde astro (malas nak tengok kat youtube ) & also kalau i tertengok pun i takde sense untuk kata org tu nyanyi sedap org tu nyanyi tak sedap LOL , so i tengok pun tak guna...

i tunggu sapa2 tulis kat sini je & jadi juri tak bergaji
Quote kepompong 16-10-2023 05:57 PM
btw. FD lepas pun ada drama bella mengamok kat barokbah , & fyna kena marah ngan madu . (hasil pembacaan kat porom) i lupa siapa menang hehee. yg berdrama . kan . if not mistaken
Quote kepompong 16-10-2023 05:58 PM
tengok bella byk drama kat wartawan , insecure bagai. Dah lapok lah sis . bosan .
Quote aaz 16-10-2023 06:02 PM
Edited by aaz at 16-10-2023 06:06 PM

kesian betul dgn anak perempuan  yg dari kecik menanggung beban sara keluarga sedangkan tu tanggungjawab mak ayah. Yg terpaksa mennaggung keluarga sbb ayah mati, mak sakit biasanya berjiwa kuat. Yg mcm Shila ni biasanya nampak kuat luaran tp fragile dalaman
Quote stokingpanas 16-10-2023 06:07 PM
dewi_rina replied at 16-10-2023 01:42 PM
Ada ura-ura dulu katanya maklalat hantuk kepala anaksulung lalat ni, masa kes dgn canaz dulu
Dulu  ...

yihh abusive gila

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.052126 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top