CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pihak Produksi Tak Tahu Elly Mazlein Sindir Siapa, "Kami Alu-Alukan Kalau Nak Jadi Pengacara ASGV Kembali"

16-10-2023 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5055| Komen: 23

Pihak produksi All Stars Gegar Vaganza (ASGV) tak tahu punca sebenar  Elly Mazlein membuat hantaran mendedahkan punca sebenar dia meninggalkan program berkenaan.

Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh menjelaskan pihaknya juga tidak mempunyai sebarang idea kenyataan dibuat Elly ditujukan kepada mana-mana individu tertentu.


Foto: IG

"Saya tidak dapat komen panjang, saya tidak tahu ia ditujukan kepada siapa," katanya kepada mStar.

Tambahnya ihak produksi sedikit terganggu dari segi emosi apabila Elly atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lina Pom Pom membuat keputusan menarik diri sebagai hos ASGV.



Bagaimanapun kata Norzeha, pihak produksi berjaya mengatasi perkara itu secara profesional bagi memastikan perjalanan program itu diteruskan dengan baik meskipun tanpa kehadiran Elly bersama dua lagi pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

"Secara emosi mungkin terganggu tapi kita profesional. Tanggungjawab seterusnya perlu dilaksanakan. Kita 'move on' dengan minggu seterusnya," ujarnya.

Norzeha berkata, Astro sentiasa mengalu-alukan sekiranya Elly ingin kembali sebagai pengacara program tersebut sekiranya dia berubah fikiran.


"Kami alukan... Saya rasa semua terasa (kehilangan Elly). Pada pada sama kita hormati keputusannya," jelasnya.

Sebelum itu, Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, mendedahkan dia mengundurkan diri daripada rancangan popular itu bagi memberi laluan kepada orang lain untuk bekerja dengan selesa.


Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Elly berkata, keputusannya itu bukan bererti dia kalah sebaliknya memilih untuk tenang dan bahagia.

Pada 11 Oktober lalu, Elly mengumumkan pengundurannya sebagai hos ASGV dan Astro dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu disebabkan hal peribadi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Chrating 16-10-2023 09:47 AM
Sepatutnya Kak Kepom remain silent, tak perlu nak meroyan, sindir sana sini.  Bila meroyan dah sama level dah tak jadi no shatuu...
Quote beni_nikaido 16-10-2023 09:49 AM
maaf kak kepom.
Beni suka kak kepom tapi elok la dua org je mengacara GV.
Beni rasa santai malam tadi tengok peserta dan pengacara 'gaduh' ngan tok ram.
macam dolu2 punye GV.
Ah.....santainye.
Quote MisXoXo 16-10-2023 09:52 AM
Aman dh tgk gv..x bingit..
Quote Manusiabesa 16-10-2023 09:54 AM
Pre monopos simptom + hati busuk + rezki xberkat + org lain hasad. Thats it. Dok umh jela mkcik oi, zikir2, buat solat sunat, qada yg lama2, perbetul solat yg sedia ada, jaga anak2 kcik. Tuje. Laki hg pun keja ckgu. Bknnya bujang mcm dulu. Tp syg la keja retis ni xde duit pencen or kwsp. Ke pesatuan seniman ade carum kwsp?  Btw jemu sgguh bab kak lina nie. Sbb dh mkcik2, tp masih gelinjang atas pentas berbaju nth pape. Sptutnya umur ni, slow down mcm aza elit, cysts shila, sibling rafar and so on. Tya ariffin & izara yg muda lg pun dh berubah dri segi pemakaian. Ko bila lg? Bila job kit ada mslh mcm2, tanda allh syg nk soh renung2 silap diri. Klu allh xsyg Dia biar dlm istidraj smpai nyawa dicabut time huha huha.
Quote irvene 16-10-2023 10:22 AM
eh aku mmg tak suka ye acik kepom ni sejak dulu dia join GV pastu p tarik diri. dia ni mmg kaki sentap yach! tlg lah astrukk, boikot terus minah ni. tgk lah apa yg dia dh buat. 2x kali tau dia tarik diri. memalukan. aku syak tokram tak suka acik kuat sentap ni!
Quote bottombikini 16-10-2023 10:30 AM
eh dia yg mengelitat
alih2 orang yg dikatanya begitu
Quote Burong_Hantuk 16-10-2023 10:41 AM
acik buat muka dh start meroyan
Quote Purplehaz 16-10-2023 10:50 AM
Elly ni level dia dh boleh buat rancangan sendiri..bual bicara cthnyq..mesti letop pom pom.
Elly ni projek lebat bbrapa thn ni..mcm non stop...adat la tu satu dua terlepas x dpt.
Quote dewi_rina 16-10-2023 10:50 AM
Yang penting semua hilang muka asal, cuba bayang elly mazlein dgn jihan mengacara atas pentas tu dengan muka asal dorang.. Semua tutup tv
Quote I.K.A888990 16-10-2023 12:14 PM
tak pe kepom chill2 sudah
kita tgu rezeki jadi host utk program lain pulak
nexxttttt big stage yezzaaaa
Quote Suchi 16-10-2023 01:55 PM
Kalau dia digugurkan faham la juga nk merempan kat socmed
Tp dia sendiri yg merajuk tarik diri dah mcm tak ikhlas plak bila post igs gitu
Belajar la dgn kes2 yg lepas cth yg terbaru kes syada amzah tu
Diam tu lebih baik drpd berkata2…bukan pe takut salah percaturan diri sendiri yg merana nnt.
Quote asamfish 16-10-2023 02:09 PM
jihan dah jatuh dolat kakkepom tu haaaa....sampai terkeluar 'lawak' mempermainkan nama bapak orang.....
Quote HoneyManjer 16-10-2023 02:11 PM
lol
tak abis2
Quote cikpisang 16-10-2023 02:14 PM
Kak lina ni bahasa dia aras tinggi jugak ekk susah nau nak paham. Memberi laluan kepada orang is shaking apoo??? Rengsa sgt ke sampai ayat tunggang langgang
Quote likilu 16-10-2023 02:16 PM
Macam pedas jugak je mulut dia ni

So persona kak lina  bukan dibuat buat  memang part of her
Quote Fazzbulous 16-10-2023 02:21 PM
takpela kepom...ada rejeki lain..gi masuk tibi 3 pulak..org da tak sudi,takyah lee bhrap lg..jarang lee kepom nk bising,,
Quote jijilaaa 16-10-2023 02:24 PM
dia ni mmg kuatsentap dari dulu lagi. kalau x..xkan la smpai tarik diri masa gv dulu..kalau nak jadi pengacara terutamanya GV mmg kena kalis makian dan cemuhan ye
Quote fadz84 16-10-2023 02:29 PM
dewi_rina replied at 16-10-2023 10:50 AM
Yang penting semua hilang muka asal, cuba bayang elly mazlein dgn jihan mengacara atas pentas tu den ...

manis jugak rupa ori kepom.. jihan tu mmg lain naw skrg...
Quote helicornia 16-10-2023 02:33 PM
Manusiabesa replied at 16-10-2023 09:54 AM
Pre monopos simptom + hati busuk + rezki xberkat + org lain hasad. Thats it. Dok umh jela mkcik oi,  ...

bole je carum kwsp and perkeso utk self employed punya skimnak masuk yg skim surirumah pun bole

nak dengan tak je

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.052118 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top