Pempengaruh, Auntie Purple tampil membidas komen seorang individu yang memperlekeh tindakannya menyertai himpunan aman di Masjid Negara di ibu negara. Menerusi komen yang ditinggalkan di TikTok Auntie Purple, seorang pengguna media sosial menuduh wanita tersebut sebagai ‘batak’ (sangat terdesak), dipercayai untuk meraih perhatian apabila menyertai himpunan tersebut yang dianjurkan pada Jumaat.
“Duduk rumah je kak. Tak payah batak-batak nak join,” demikian komen netizen tersebut yang sudah menukarkan akaunnya kepada mod privasi. Terkesan dengan kata-kata yang dilemparkan, Auntie Purple atau nama sebenarnya Noor Suhaili Mohamed Amin, 45, kemudian memuat naik video bagi membalas komen tersebut. “Saya jarang nak marah, tapi geram betul dengan sikap awak ini (netizen). Suka hati sayalah, saya bukannya minta duit awak untuk tambang LRT (tren). “Saya nak join solidariti saja... suruh kita duduk diam-diam dekat rumah,” jawabnya.
Auntie Purple kemudian menghalakan kameranya lalu menunjukkan seorang lelaki berbangsa India turut hadir dengan harapan dapat membuka mata mereka yang mempertikaikan tindakannya menyertai perhimpunan. “Uncle ini bukannya Islam, tetapi dia datang sini sampai habis (selesai) untuk ‘support’ (sokong) Palestin. “Awak tak nak datang tak apa. Yang berpanasnya auntie, berpeluhnya saya. Kenapa awak sakit hati? “Kita tak nak berhimpun, sokong, tunjuk solidariti tapi cukuplah kita ambil tahu. Bila orang lain tunjuk solidariti, kita jangan pula tunjuk ‘mereng’. Tak mahu macam tu, tak baik,” ujarnya. Dalam pada itu, wanita ini turut berpesan kepada orang ramai supaya menjaga kata-kata dan adab daripada menyakiti orang lain. Rata-rata pengguna media sosial turut memberikan komen menyokong Auntie Purple di video klip tersebut. Sumber: mStar |
imransulaiman replied at 15-10-2023 11:35 PM
Nak join, boleh je auntie oi... Tapi tak payah buat video. Biar orang lain nampak dan rakam. Itu bar ...
imransulaiman replied at 15-10-2023 11:35 PM
Nak join, boleh je auntie oi... Tapi tak payah buat video. Biar orang lain nampak dan rakam. Itu bar ...
hidet replied at 16-10-2023 11:41 AM
kalau iols pun buat video..skrg semua benda nak buat video..takde masalah pun..biar la dia..
imransulaiman replied at 15-10-2023 11:35 PM
Nak join, boleh je auntie oi... Tapi tak payah buat video. Biar orang lain nampak dan rakam. Itu bar ...
ADVERTISEMENT