CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Beri Laluan Pada Yang Shaking" - Kak Lina Perli Siapa?

15-10-2023 11:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 39254| Komen: 297

Perkongsian di Instagram Story milik pengacara Elly Mazlein mencuri perhatian ramai apabila dia meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seseorang.


Menurut Elly atau mesra dengan sapaan Kak Lina Pom Pom, dia telah pun melepaskan satu tanggungjawab yang dipikul sebelum ini untuk memberi laluan kepada seseorang yang berasa gerun dengan dirinya.


Malah, Kak Lina turut berkata tidak elok bergaduh soal rezeki yang sememangnya sudah ditetapkan oleh Allah.



"Kadang-kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawah kita, sebab apa? Sebab niat kita ini baik untuk memberi laluan kepada orang is shaking buat kerja dengan lebih selesa.


"Lagi satu, jangan gaduh pasal rezeki, Allah susun baik-baik untuk kita semua. Mengalah tak semestinya kita kalah, kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih untuk bahagia," tulisnya.


Dalam masa sama, Kak Lina berkata dia sudah berusaha untuk menutup isu yang timbul dengan individu yang dimaksudkannya itu, namun individu berkenaan seakan membuka pekung sendiri di hadapan umum.


"Kita dah elok-elok senyap, member pula mengelitat nak cakap kita benda busuk bangkai ini, dunia dunia.


"Menghukum orang tak habis-habis, supaya diri nampak terpaling baik. Makin serlah kelucuan ini. Ini baru nampak lucu, tiada lucu stereotype, dulu kini dan selamanya.


"Walaupun sehebat mananya kita, sombong hebat kasi turun sikit dik. Ingat asal usul," katanya lagi.


Bagaimanapun, kepada siapa luahan tersebut ditujukan tidak didedahkan oleh Kak Lina.


Terdahulu, tindakan Kak Lina yang menarik diri sebagai hos sebuah program nyanyian secara tiba-tiba telah mengejutkan ramai pihak.



Sumber: Oh Bulan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minahmanja 15-10-2023 11:13 PM
Awal sgt aku masuk ni.. tggu esok lah
Quote olezzeli17 15-10-2023 11:13 PM
CPS ke?
Quote shahreen 15-10-2023 11:15 PM
Tgu poremer korek la nape kakepom meroyan

Quote sharlenetexas 15-10-2023 11:15 PM
Edited by sharlenetexas at 15-10-2023 11:16 PM

Pengacara kena sondol? Eh sailang?
Bakalan thread hot minggu depan. Ada modal gosip baru. Tenggelamlah thread ko shuringai. Netizen dah muak.


Quote mamaterrer 15-10-2023 11:15 PM
Die bengang ngn sape wei
Quote Sachacha 15-10-2023 11:16 PM
Haaaa hot story..
Quote nyoyoyenye 15-10-2023 11:17 PM
kak kepom bengang dengan elly ke ?? tiberrr split personaliti
Quote lanacondor 15-10-2023 11:19 PM
Xpe la kak lina. Hidup mmg begitu. Tikam menikam ni biasa kje biasa2 pon sama je. Ada tu rezeki lain. Tgk mcm janna ms dia jd pgcara melodi nmpk la partner mcm nk bolot semua je. Dia diam je xkeluar apa2 perli ke apa. Tau2 partner kne tendang jua. Dia buat lagu gatal meletup2. pcy pada rezeki ye kak lina
Quote mawardia 15-10-2023 11:19 PM
Hahahahaha i iz buleh hagak sape yg shakingggg dgn kepomz! Xpe la kepomz. Betul la tue. Rezeki Allah yg kasi. U ols let go job sini, masuk job sinun. Sokay. Kepomz helok.
Quote Rogue98 15-10-2023 11:21 PM
Dgn 2 org pengacara tu lah kut...maybe rasa dah hebat sangat sebab dah lama mengacara GV. Sorang tu konon tabligh tapi masih dgn dunia hiburan dan tak habis dgn sindiran yg menjengkilkan. Sorang lagi suami biawak hidup so kenalah make sure takde orang caras job.
Quote hanihan16 15-10-2023 11:22 PM
nyoyoyenye replied at 15-10-2023 11:17 PM
kak kepom bengang dengan elly ke ?? tiberrr split personaliti

hahahaha plot twist dalam novel thriller selalu gini
Quote daiman 15-10-2023 11:24 PM
Tapi kepom ni memang berbakat la utk jadi pengacara live. Tengok malam ni sooo boring
Quote MilanAdelynn 15-10-2023 11:26 PM
Jihan gigi ke? Hahahha
Quote Note8687 15-10-2023 11:27 PM
olezzeli17 replied at 15-10-2023 11:13 PM
CPS ke?

Macam dia je kan.
Quote LaskarHijayu 15-10-2023 11:29 PM
nyoyoyenye replied at 15-10-2023 11:17 PM
kak kepom bengang dengan elly ke ?? tiberrr split personaliti

Tak semena2 sakit kepala aku pikir ni hahahaha... kemain lurus pulak aku pikir bkn ke dedua org yg sama
Quote naina 15-10-2023 11:33 PM
Sapa weii.
Takkan Sarimah Ibrahim
Kalau dia shaking pun who caressss
Teruskan jelah host sampai habis
Bukan dia terlibat pun
Lainlah Jihan atau Nabil
Quote CikYaYaYa 15-10-2023 11:33 PM
Kak kepom niee meroyan pasai sapaa? iols tertinggal LRT nie
Quote Vellfire 15-10-2023 11:34 PM
boringnya GV tak ada hakak kepom malam ni
Quote None68 15-10-2023 11:35 PM
Saper CPS? Hantu gigi ke?

Lihat semua komen(297)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.252044 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top