CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharif, Syaiful Peserta Keenam Family Duo, Cuba Bidang Baharu Selain Komedi

15-10-2023 11:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12523| Komen: 17

Pelawak yang juga adik-beradik, Sharif dan Syaiful dari kumpulan Zero diumumkan sebagai pasangan duo keenam program realiti nyanyian Famili Duo (FD) musim ketiga.

Walaupun mencipta nama si pentas komedi namun Sharif dan Syaiful teruja serta bersemangat untuk menonjolkan bakat nyanyian mereka.



Sharif bagaimanapun mempunyai sedikit rasa bimbang sekiranya penonton menganggap mereka tidak serius menyertai pertandingan itu dan hanya sekadar membuat lawak di atas pentas.

"Ini kali pertama saya dan Syaiful berduet. Sebelum ini, kami hanya aktif menyanyi dalam siaran langsung di TikTok.

"Ramai orang tahu kami dah bertahun-tahun dalam program komedi. Kali ini, nak cuba sesuatu yang baru, tonjolkan bakat menyanyi.

"Tapi takut juga kalau ada orang masih rasa kami buat kelakar atas pentas, apa pun kami akan bekerja keras untuk ubah pemikiran penonton," katanya.


Mengulas lebih lanjut, Sharif dan Syaiful masih belum merancang untuk mengambil guru vokal mahupun pasukan yang akan menguruskan pemilihan lagu untuk dinyanyikan di FD.

"Kami tak ada team, semua buat sendiri berdua di rumah. Kalau rasa diperlukan, barulah kami akan cari guru vokal dan team untuk arrangement lagu," kata Sharif lagi.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 15-10-2023 11:09 PM
kecewa gitu
lain posternya hahaha
Quote I.K.A888990 15-10-2023 11:22 PM
pergh duo misteri terus menang duo terbaik rm10000
dasyat gak
Quote sharlenetexas 15-10-2023 11:27 PM
I.K.A888990 replied at 15-10-2023 11:22 PM
pergh duo misteri terus menang duo terbaik rm10000
dasyat gak

Best juga arrangement kopi dangdut jadi rock.

Quote love_warrior 15-10-2023 11:28 PM
tapi dorg memang menghiburkan, compare dgn yg lain2...
Quote naina 15-10-2023 11:29 PM
Ikut mu lahh
Aku menyampah host fd si Janna Nick
Memang padan muka mas Idayu cakap harap minggu depan takda muka dia lagi
Quote I.K.A888990 15-10-2023 11:29 PM
sharlenetexas replied at 15-10-2023 11:27 PM
Best juga arrangement kopi dangdut jadi rock.

kan tiber sedap lak
terus menang malam ni duo terbaik
Quote imransulaiman 15-10-2023 11:32 PM
So, bukan lina kepom lah.

Tapi dorang ni lawak semula jadi. Tahniah menang!
Quote PuanAbby 15-10-2023 11:32 PM
Bukan dulu atu dah masuk sharif ke? Tu kan namanya? Masa konsep lain dulu
Quote nasbab86 15-10-2023 11:32 PM
naina replied at 15-10-2023 11:29 PM
Ikut mu lahh
Aku menyampah host fd si Janna Nick
Memang padan muka mas Idayu cakap harap minggu depa ...

mas idayu mksudkan janna ke?
Quote Perawankota 16-10-2023 12:09 AM
Tapi suara sharif ni sedap laa
Quote Lelli 16-10-2023 12:29 AM
Jd betul la duo misteri sorg bernama Syarif
Pelawak rupanya..patut la x dpt recall bila first time terbaca nama heolls.

Wow dpt kalahkah duo2 yg sememangnya asal penyanyi kira gempak la..
Quote silampumeja 16-10-2023 12:33 AM
Perawankota replied at 15-10-2023 04:09 PM
Tapi suara sharif ni sedap laa

Waktu muzikal memang dia best dlm rajalawak
Quote PuanAbby 16-10-2023 12:36 AM
Suara shariff mmg sedap. Dalam tiktok sll dia buat live nyanyi. Nyanyi calm down bohong2 pun sedap
Quote lazim 16-10-2023 12:40 AM
So poster tersangkak bt clue k & husband tu desperate sgt la..
Quote akuHavocczz 16-10-2023 10:10 AM
Best ke diaorang nyanyi sebab dengar dengar theyols markah tertinggi. Ai ingat qiqiempropa sama bahran boleh tapau show ni sebab theyols je dua dua penyanyi dikenali ramai. Tapi bila tengok markah hujunghujung jugak
Quote beni_nikaido 16-10-2023 10:25 AM
seyes ke diorang nyanyi best? tak pernah tangok famili duo ni.
nak tengok ulangan la
Quote stingergrumpy 16-10-2023 10:28 AM
Sarip dol mana pulok ni?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.032652 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top