Pengarah Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT), Othman Hafsham memaklumkan sitkom tersebut sukar untuk dihasilkan semula kerana ramai bintang utamanya sudah meninggal dunia. Oleh itu, harapan peminat sitkom (PMPMTT) untuk menonton sambungan sitkom itu, mahupun versi 'remake', mungkin tidak akan kesampaian atas beberapa faktor.
"Ramai barisan pelakon PMPMTT yang sudah kembali ke Rahmatullah, terutamanya, watak-watak penting. Mereka inilah yang membuatkan PMPMTT menjadi sesuatu seperti yang kita kenal sehingga ke hari ini. "Jadi, sukar untuk saya mengembalikan semula sitkom itu seperti mana, prestasinya seperti suatu ketika dahulu. Saya pun tak pasti, sama ada masih ada stesen TV yang mahukannya atau tidak," katanya. Ditanya mengenai versi 'remake', Othman berkata, ada beberapa faktor yang perlu ditimbang tara, sesuai dengan peredaran zaman. "Ada yang bertanya, kenapa tak hasilkan 'remake' untuk PMPMTT. Saya rasa, salah satu kesukaran adalah cara kerja di mana, cara kerja produksi zaman sekarang jauh berbeza dengan cara kerja saya.
"Apa yang saya hasilkan pada ketika itu, memerlukan banyak kerja. Saya tak rasa, ada pelakon sekarang yang begitu berminat untuk bekerja dalam satu sitkom dengan kerja yang banyak contohnya latihan yang sangat banyak. "Kedua adalah mengenai sudut bayaran. Kalau ingin dihasilkan versi hari ini, bayarannya perlulah setimpal dengan zaman sekarang. Jadi, perkara itu juga mungkin menjadi sesuatu yang rumit dalam ekonomi sekarang. "Saya bernasib baik pada ketika itu kerana dapat bekerjasama dengan barisan pelakon yang berdedikasi, kreatif serta bertanggungjawab. Mereka minat dengan cara kerja saya dalam menghasilkan PMPMTT," katanya. PMPMTT menjadi sitkom popular di Malaysia dan ditayangkan di TV3 sejak tahun 1983 hingga 2004, merangkumi 1,210 episod dalam 17 musim. Sejak semalam, tular di media sosial potongan video pendek salah satu episod dari sitkom itu memaparkan babak di mana pelakonnya, Sabri Yunus dan Angeline Tan bercinta. Rata-rata, netizen menganggap babak itu begitu 'manis' dan sesuai dengan situasi di mana, kedua-dua pelakon yang masing-masing membawa watak Wan Ismail Golok dan Lucy itu, sah bergelar suami isteri semalam. Di media sosial, netizen juga bertanya dan ada yang mencadangkan agar PMPMTT dihasilkan semula untuk versi sambungan, atau mungkin versi baharu untuk mengubat kerinduan penonton. Sumber: BH Online |
ezacbee: Tak payahlah. Klo buat nanti k ...
bottombikini replied at 15-10-2023 10:32 PM
tinggal wan Ismail, Lucy, budin, ana & makngah je
sleepandream replied at 15-10-2023 11:10 PM
PMPMTT dolu pun takdela best sgt... kekadang bosan jugak...
ADVERTISEMENT