CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masjid Di Thailand Tempat Syamsul, Ira Nikah Jadi Tumpuan

15-10-2023 09:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13217| Komen: 9

Kuala Lumpur: Masjid Besar Wilayah Songkhla Thailand kian menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia selepas tular berita perkahwinan pengarah Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar yang bernikah di sana selain rekaan dan landsakap masjid seperti Taj Mahal.


Seorang pemandu pelancong dari syarikat Ummu Travel yang ingin dikenali sebagai Saiful, 40, berkata fakta itu turut dikongsikan kebanyakan pemandu pelancong lain terutama kepada pelancong yang pertama kali menjejakkan kaki ke sana.


"Masjid itu memang sudah terkenal dalam kalangan orang kita untuk bernikah. Apatah lagi di tingkat dua terletaknya pejabat agama mereka.

Kiranya, kalau nikah di situ memang diiktiraf pun dan selepas itu mereka perlu serahkan borang di Kedutaan Malaysia. Memang mudah saja urusannya. Namun, ia bertambah popular selepas tersebarnya berita perkahwinan Syamsul.

"Sebelum tiba di kawasan Pantai Samila, Songkhla akan melalui masjid ini. Satu fakta menarik yang akan dikongsikan kepada pelancong adalah perkahwinan pasangan terbabit.


Dalam masa sama, ada juga yang dah tahu. Kadang, ada yang dah bertanya lebih awal sama ada akan singgah di masjid itu atau tidak," katanya kepada Harian Metro.

Selain menjadi pemandu pelancong, Saiful juga sering menjadi rujukan warga tempatan terutama mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di wilayah itu.

"Kita tak ada pakej ini, tapi macam saya secara peribadi ada saja yang bertanya macam mana kalau nak pergi kahwin di sana. Saya okay saja untuk kongsikan caranya. Selebihnya mereka kena buat sendiri. Sebab tak susah pun," katanya.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawardia 15-10-2023 09:51 PM
Not something that they should be proud of la
Quote Farnor 15-10-2023 09:58 PM
Ni pun klu nk kawin sembunyi trus lari ke thailnd..lpas ada msalah..sgala dokumen kena sedia lg.
Quote _blackbird 15-10-2023 10:41 PM
Bistu, skang ni camana. Sol boleh claim royalti payment ka??? Atau pihak masjid nak lantik sol jadi duta dan jawatan ajk khas masjid utk terus promote
Quote mengapainisemua 16-10-2023 12:29 PM
pehh kene bagi payment review kat ik
Quote Atata 16-10-2023 12:49 PM
Menggalakkan orang kawin tak brdaftar ngan kerajan malaysia, lepas tu anak lahir, nak buat sijil
lahir sangkut. Pastu dibiar anak tu takde sijil lahir sampai waktu nak masuk darjah 1 baru huru hara. Time tu nak buat sijil kawin dulu, kena cari saksi, kena angkat sumpah. Yg tak rajin tu dia biarkan lah anak dia stateless selamanya
Quote I.K.A888990 16-10-2023 01:53 PM
eh tiber2 pulak
nak menggalakkan ke
Quote exclusive_vvip 16-10-2023 01:59 PM
Masjid ni mmg dari dulu diorg bawak ke sini kan? i gi hatyai ngan memember thn 2018 pun dibawak ke sini..masa tu ada 1 couple baru nikah..yg lelaki cam umo 50-60, yg pompuan mcm hujung 40an-awal 50an..kitorg sesaja cakap sesama kitorg, suami sapa la sembunyi2 poligami ni
Quote opie5662 16-10-2023 04:26 PM
Ya ampunnn.. Kalau ko sewa tuktuk g tour pon ini tempat wajib diorg bawak. Sblom birah nazak kawen pon dh ramai org g sini

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.077645 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top