Pelakon dan penyanyi, Kilafairy berkongsi di media sosial beberapa gerakan senaman untuk menegangkan payudara. Bagaimanapun, perkongsian tersebut tidak hanya menerima komen positif tetapi juga meraih kritikan daripada wargamaya. Ada pihak yang menegur Kila dengan menyatakan bahawa sebagai wanita yang berhijab, Kila sepatutnya lebih sensitif dan elakkan menunjukkan kepada umum mengenai senaman itu. "Senaman kesukaan saya. Haa senaman ini la yang penting untuk kaum wanita dekat luar sana," tulisnya di ruangan komen.
Walaupun menerima beberapa komen yang negatif, ada juga segelintir netizen yang memuji dengan kecantikkan yang ada pada Kila dan mendoakan Kila untuk terus kekal istiqamah dalam mengekalkan hijab yang dipakainya. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT