CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elyana Gembira Dapat Belikan Kereta Untuk Ibu Bapa

15-10-2023 04:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4284| Komen: 0

Penyanyi dan pelakon, Elyana akhirnya berjaya menunaikan impiannya sejak kecil untuk menghadiahkan sebuah kereta untuk kedua orang tuanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, bapa Elyana tidak dapat menahan sebak sebaik saja menerima kunci kereta dan kelihatan teruja ketika memandu kenderaan tersebut.



"Jumaat lepas saya dah tunaikan impian saya sebagai anak. Impian saya dari dulu nak belikan rumah atau kereta untuk ibu bapa saya..cita-cita dari kecil. "

Tapi saya menanam impian untuk belikan sesuatu kepada mereka, bukan kerana saya kaya atau banyak duit tetapi itu yang boleh membuatkan saya gembira. 

"Kebetulan baru-baru ini kereta papa rosak, jadi ini lah peluang saya untuk tunaikan impian saya," katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kalis Rindu ini juga menyifatkan bapanya sebagai seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab kerana tidak pernah membebankan keluarga. 



"Papa saya dari dulu memang tak pernah sekali pun meminta apa-apa daripada anak-anak, sanggup susah sendiri dari menyusahkan orang dan dia paling pantang berhutang," katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terharu melihat perhubungan bapa dan anak itu selain mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.


Sumber: Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.025180 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top