CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Duit, Semua Boleh Londeh

15-10-2023 03:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5057| Komen: 17

Kuala Lumpur: Menari di atas pentas dan akan menanggalkan pakaian sekiranya diberikan wang oleh pelanggan.

Demikian modus operandi empat pusat hiburan yang menjadi tarikan warga asing sebelum digempur Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Dang Wangi, di sini, awal pagi tadi.


Antara individu yang diperiksa dalam serbuan empat pusat hiburan di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Tidak berhenti disitu, pusat hiburan tersebut turut dikesan menawarkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) terdiri daripada warga Bangladesh, Pakistan, India dan Nepal.

Ketua Penolong Pengarah D3 Atipsom Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, fokus operasi adalah pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang dengan berpandu kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI).


Beliau berkata, pihaknya memeriksa 113 individu termasuk 34 wanita tarian pentas daripada Bangladesh, Pakistan, India, Nepal dan warga tempatan berusia 20 tahun hingga 45 tahun.

“Siasatan mendapati semua premis terbabit dimiliki warga asing dan menjadi tumpuan pelanggan membabitkan warga asing daripada India, Pakistan, Bangladesh dan Nepal, selain warga tempatan.

“Pusat hiburan yang diserbu menyediakan GRO yang akan menari di hadapan pentas dan akan menanggalkan pakaian sekiranya diberikan wang komisen oleh pelanggan,” katanya.

Jelas Fadil, operasi yang bermula pada pukul 2 pagi dan berakhir pada pukul 5 pagi itu berjaya menahan 37 individu.

Katanya, kesemua pusat hiburan tersebut telah menjalankan operasi selama 3 bulan hingga 12 bulan dan dibuka setiap hari bermula pukul 7 malam sehingga pukul 7 pagi.

“Semua wanita pentas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

“Individu yang ditahan pula terdiri daripada pekerja dan pelanggan di siasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 12 (1)(F) Akta passport,” katanya.


Sumber: Kosmo! Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 15-10-2023 04:16 PM
siapa target customer strip club ni kalau yg stripper nya pompuan bangla dan nepal?
Quote riyadhK 15-10-2023 04:24 PM
Premis dimiliki warga asing

Quote OshinDaSolja 15-10-2023 04:31 PM
ada demand ada supply... apa nk jadi la dgn Malaysia ni...
Quote ninja boy 15-10-2023 04:35 PM
Edited by ninja boy at 15-10-2023 04:37 PM

Satu kerja polis memberkas jenayah di kalangan warga asing yg mana warga asing itu hidup mereka air api rumah free dan masuk lokap penjara makan air api free
Quote Jitu 15-10-2023 04:39 PM
wah ada strip club mcm luar negara
Quote Binodino 15-10-2023 04:45 PM
Macam mana warga asing boleh miliki premis? Siapa yang bagi kelulusan?

Quote gigahertz 15-10-2023 04:51 PM
_blackbird: siapa target customer strip club ni kalau yg stripper nya pompuan bangla dan nepal?

expat Pakistan maybe.
bayangkan ada sorang pakistan pakai smart cakap english tegur u.
Quote Skuau 15-10-2023 04:52 PM
Bila...orang Msia dok kalut mikir pasai Palestin..depa@warga asing dok kalut nk berbugil kt Msia...la...pulok.
Quote sharlenetexas 15-10-2023 05:08 PM
Kuat iman polis ni tgk free show


Quote Buritan 15-10-2023 05:16 PM
sharlenetexas: Kuat iman polis ni tgk free sh ...


Tak buloo.. lainlaa rupe mcm aishawaria ke.. ini tarap banglaa yg mai sini
Quote wirazam 15-10-2023 05:59 PM
riyadhK replied at 15-10-2023 04:24 PM
Premis dimiliki warga asing

Mcmana boleh lepas ni....Mohon siasatan
Quote dani-rox 15-10-2023 06:32 PM
Penari import dari Asia Selatan, sbb client sangap pun datang dari sana jugekk.
Quote TomyamPuteh 15-10-2023 07:09 PM
Sajat dh tak payah jd show girl jauh jauh sampai ostolia nun.Kt Malaysia pun dah ada job tu.
Quote B40tastePosh 15-10-2023 07:24 PM
Perempuan Bangladesh pun dh pandai cari job di Malaysia.

Nanti ketua Bangla diorg bayar la Majistret macam kes kat Hulu Selangor dulu
Quote KamikuP 16-10-2023 02:56 PM
Ada bau kepam kari tak?
Quote ifanonline 16-10-2023 05:28 PM
“Siasatan mendapati semua premis terbabit dimiliki warga asing dan menjadi tumpuan pelanggan membabitkan warga asing daripada India, Pakistan, Bangladesh dan Nepal, selain warga tempatan.


dah penat keje waktu siang...nak juga rehat2 kan kepala dan kepala kecil waktu malam

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.037979 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top