CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Ancaman Bom Minta Henti Sokong Palestin

14-10-2023 11:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12948| Komen: 13

Johor Bahru : Polis mengesahkan pengurusan sebuah pusat beli-belah dan hotel di sini, menerima panggilan ancaman bom daripada seorang lelaki dipercayai warga asing, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.10 petang memaklumkan ancaman itu.



"Pihak pengurusan memaklumkan mereka menerima panggilan itu pada jam 5.38 petang.

"Pemanggil mengaku dari luar negara dan mendakwa meletakkan bom di beberapa kawasan sekitar pusat beli belah dan hotel berkenaan.

"Pemanggil ada berkata 'berhenti sokong Palestin'. Ini pertama kali kita dapat laporan berkaitan ancaman berhubung Palestin seperti ini," katanya ketika sidang media di sekitar lokasi kejadian di sini, hari ini.

Raub berkata, susulan panggilan, polis membuat pengesanan bom seperti yang didakwa.

Pada masa sama, katanya, semua pengunjung dan pekerja di pusat beli-belah dan penghuni hotel diarahkan mengosongkan bangunan berkenaan.


"Sehingga jam 9 malam, polis mengesahkan kawasan tempat letak kereta pusat beli belah adalah selamat dan tidak menemui sebarang perkara seperti didakwa.

"Pada 9.15 malam, kita benarkan pemilik mengambil semula kenderaan mereka dan mengosongkan tempat letak kenderaan.

"Sepanjang insiden ini, anggaran 9,000 pengunjung dan pekerja berada di lokasi dengan 4,000 kenderaan serta 892 penghuni hotel yang menggunakan 463 bilik," katanya.

Menurutnya, setakat jam 11 malam, Unit Pemusnah Bom mengesahkan 90 peratus kerja pengesanan sudah selesai dilaksanakan.

"Kita masih menunggu laporan penuh daripada Unit Pemusnah Bom bersama Unit K9, selepas itu barulah kita buat keputusan berhubung pengoperasian bangunan itu," katanya.

Katanya, polis kini masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan lokasi panggilan dibuat serta identiti pemanggil terbabit.

Dalam operasi berkenaan, seramai 12 pegawai kanan dan 60 pegawai rendah polis ditugaskan di lokasi kejadian selain dibantu dua Unit K9 polis dan 24 pegawai serta anggota bomba bersama tiga jentera.

Turut ditugaskan, unit pemusnah bom dengan tiga pegawai serta 12 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Pusat beli-belah berkenaan mempunyai enam tingkat, manakala hotel dengan 28 tingkat.

Raub turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu dan tidak pasti yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.


Sumber: Harian Metro




Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 15-10-2023 12:19 AM
Semoga yg prank tu ditimpa malang, klu laki bebird tersepit zip ke, kaki tertendang bucu meja ke. Duit hilang ke. Apa ke bodohnya la.menyusahkan org.
Quote I.K.A888990 15-10-2023 01:26 AM
bagi tangkap terus yg buat ancaman palsu ni
Quote otai_g 15-10-2023 09:07 AM
Yg buat ancaman tu Dr luar negara. Kalo dlm negara skjp je blh trace. Luar negara mn nak cr. Ko ingt Dunia ni kecik?
Quote nazurah 15-10-2023 09:07 AM
Nasib baik la iols tak pergi mall ni semalam… kalau tidak kena sidai jugak la kat luar.
Quote TomyamPuteh 15-10-2023 09:09 AM
Ye ke orang asing? Tah2 org Malaysia. Aku ingt lg  thn lepas ke bila ada viral ahso sepet pegi turunkan  bendera Palestin tepi jalan.
Quote nebbit 15-10-2023 11:10 AM
nazurah: Nasib baik la iols tak pergi m ...
semenjak kes yg jadi dkat negara sebelah tempoh hari, lpas tu jadi kat mall ni smalam, jadii overthinking nak kluar g tempat public
Quote mrsLucky 15-10-2023 01:17 PM
Bodohnya. Apa Malaysia boleh buat untuk henti kan perang kat Palestine.

Btw ini start dari Britain in 1917 hampir 100 Tahun lalu bagi support Jews berhijrah ke Palestine. British rule Palestine dari 1917 sampling 1948.
Quote adiksha 15-10-2023 02:13 PM
TomyamPuteh: Ye ke orang asing? Tah2 org Ma ...


terpikir benda sama
dulu byk je kes bendera malaysia pasang terbalik, puak mana yg buat kan..
Quote Burong_Hantuk 15-10-2023 02:50 PM
dasyatttt sungguh
Quote Nizleen86 15-10-2023 04:20 PM
Polis tak boleh detect ke panggilan dari mana? Pakai la truecaller lain kali.
Quote Decaffeinated 15-10-2023 05:32 PM
nazurah replied at 15-10-2023 09:07 AM
Nasib baik la iols tak pergi mall ni semalam… kalau tidak kena sidai jugak la kat luar.

Kotaraya ka?

Quote Tinot7 15-10-2023 06:56 PM
Kat mesia verani la buat.. cer wat kat singapore ka caina ka.. kena tangkap teruih kena tembak tanpa bicara kat mahkamah gamaknya..
Quote Udangpetai 15-10-2023 10:14 PM
Semoga yang buat prank ni tersepit kulit sekali masa dia potong kuku

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.037235 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top