CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Sihir Guru Sampai Lumpuh Gara-Gara Tegur Anak Malas

14-10-2023 09:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15365| Komen: 23

Petaling Jaya: Akibat bengang dengan perbuatan seorang guru yang selalu menegur anaknya yang gagal menyiapkan kerja sekolah, seorang ibu bertindak ‘menghantar’ sihir kepada wanita tersebut.

Lebih menyedihkan perbuatan itu menyebabkan guru tersebut mengalami lumpuh separuh badan dan hampir membunuh diri.


Kisah menyayat hati tersebut telah dikongsikan seorang pengamal perubatan Islam, Puan Rohfa Perawat Ar Syifa menerusi aplikasi TikToknya.

Menurutnya, akibat perbuatan ibu pelajar itu juga, guru tersebut turut mengalami hilang daya ingatan.

“Bukan senang jadi tenaga pengajar, silap sikit dimaki, dimarah oleh ibu bapa pelajar dan ada yang sampai disihir, Allahuakbar.

“Disihir sampai tiada semangat mengajar di sekolah dan tubuh badan kerap sakit serta ada lebam,” katanya.

Cerita perawat itu lagi, fikiran pesakit menjadi ‘blur’ (kosong) sampai tidak tahu buat kerja serta selalu mendengar bisikan ‘aku akan seksa kau’.


Malah katanya, apabila malam pesakit akan mengamuk dan meracau sehingga bertindak untuk membunuh diri.

“Selalu nampak kelibat pocong dalam rumah dan selalu bau busuk. Lepas asar badan jadi mengigil dan kesejukan, badan pun jadi mengeras macam kena ikat.

“Sesak nafas dan batuk tak henti, adal kalanya sampai keluar ketulan darah. Dalam perut macam kena hiris dengan pisau, malam memang tak boleh nak tidur,” kata perawat terbabit. 


Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 14-10-2023 09:26 PM
Ni cerita level2 zaman mastika la kan..
Quote isseliparjepun 14-10-2023 09:50 PM
I percaya je masih ada manusia suka amalkan benda benda khurafat macam ni. Jenis akal pendek, tak boleh terima teguran. Orang macam ni elok duduk jauh dari civilization sebab tak boleh ditegur.
Quote Zazama 14-10-2023 10:08 PM
Andai benar, mudah2an sihir pd guru tersebut Allah tawarkan dan guru kembali pulih sehat. Pd penyihir, biarlah Allah yg uruskan. Amin..
Quote slyfynx 14-10-2023 10:35 PM
Kisah menyayat hati tersebut telah dikongsikan seorang pengamal perubatan Islam, Puan Rohfa Perawat Ar Syifa menerusi aplikasi TikToknya.


Baca ayat ni terus aku rase Hasanah
Quote tumpanglalu74 14-10-2023 10:54 PM
lanacondor replied at 14-10-2023 09:26 PM
Ni cerita level2 zaman mastika la kan..

Konfem je ke parent budak tu yang buad?  Elok saman je sebab 1 kelas dah tau anak sape yang kene tegur tu.  DAN PULAK kalo mak budak tu tak berani saman maka betol lattew..
Quote dani-rox 14-10-2023 11:17 PM
Ye ke? Lebih baik si emak cari penawar sakit pemalas anak tuh ada jugak pekdahnya
Quote 234126 14-10-2023 11:48 PM
Anak teruna iol nasib malang dapat guru kelas emotional. Kalah fundan mengajar. Bila tak kena kat mata dia habis satu kelas kena denda merajuk-rajuk macam budak2. Rimas betul. Anak iol tak main game ikut sedap mulut menuduh. Malam2 phone & laptop iol letak dalam laci berkunci. tak kuasa nak proof myself dgn cikgu gila. Paling kurang ajar bila anak murid bawak 3 kek nak jamu makan, dia buat sombong taknak jamah atau allow rakan sekelas makan just sebab few budak bebal tak siap homework. Kau pukul rata. Biadap betul. Kesian budak tu harijadi dia penat2  bwk ke sekolah nak rai dgn cikgu and kawan2 tapi kena bwk balik rumah semula kek 3 biji. Apa la perasaan budak tu. Kalau kena kat anak iol memang iol tentang mata je mintak alasan kenapa biadap sangat.
Quote kmbg 15-10-2023 12:25 AM
Ni perangai cikgu sekolah iols zaman dulu2.  Kalau tak pass subject die ajar,terus merajuk kira hapus kira budak yg fail tu, kalau score subjek cikgu lain pun merajuk..sewel betul
Quote immi 15-10-2023 09:08 AM
isseliparjepun replied at 14-10-2023 09:50 PM
I percaya je masih ada manusia suka amalkan benda benda khurafat macam ni. Jenis akal pendek, tak bo ...

Yup. Memang ada. Jenis semua dia betul pendendam n puashati membalas yg jahat dimata dia dgn kejahatan jugak. Dah macam Tuhan
Quote noor2 15-10-2023 09:12 AM
Dah tu kenapa ko x sihirkan ketua Israel tu....atau mana2 menteri yg makan rasuah menyusahkan rakyat kalau sihir ko kuat sgt
Quote midori888 15-10-2023 09:59 AM
234126 replied at 14-10-2023 11:48 PM
Anak teruna iol nasib malang dapat guru kelas emotional. Kalah fundan mengajar. Bila tak kena kat ma ...

apa teruk sgt perangai cikgu tu....kesian budak yg nak sambut besday tu...bingai punya cikgu...
Quote Burong_Hantuk 15-10-2023 10:04 AM
baca boleh...nk percaya susah sikit
Quote lanacondor 15-10-2023 12:28 PM
Cikgu sekolah rendah aku rasa paling teruk la. Sorg xbuat kje sekolah. Dia campak semua buku 1 kelas ke bawah terus keluar Dr kelas xnk ngajar. Kalau time dia bg soalan kt papan hitam suruh kita selesaikan xboleh jawab. Dia ketuk berkali2 kepala student kuat2 siap ckp bia otak korg ni berfungsi. Ms aku spm cikgu naik pgkt ngajar sekolah menengah pulak. N ktorg dpt Tau cikgu tu xkawen2 lg. Semua yg bljr dgn cikgu tu dlo semua ckp. Hah tu la balasan jahat sgt smpi ketua xde org nk bt bini.
Quote bungarose 15-10-2023 12:42 PM
Tempat penyisir semestinyer di neraka jahanam
Terbenam ler ngko selamanyer di neraka
Quote kemaruk 15-10-2023 12:48 PM
dia hantar sihir pakai apa? lalamove ke
Quote A-Are 15-10-2023 04:05 PM
merata rata ramai masih amalkan amalan khurafar ni...especially kat ofis...lagi tenang kerja dgn cina india
Quote Skuau 15-10-2023 04:09 PM
kemaruk replied at 15-10-2023 12:48 PM
dia hantar sihir pakai apa? lalamove ke

dron la bang...
Quote Udangpetai 15-10-2023 10:15 PM
Gila.. sampai gitu sekali ek
Quote ninja boy 15-10-2023 11:01 PM
Film astakarma tamil huhu

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.048000 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top