CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Dua Tahun Maut Dengan Kesan Cedera Pada Dubur, Lebam, Melecur Ketika Dijaga Anak Jiran

14-10-2023 08:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16650| Komen: 32

Bagan Serai: Suami isteri dan anak lelakinya ditahan polis berhubung kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, penahanan itu susulan laporan dibuat Klinik Kesihatan (KK) Bagan Seri berhubung seorang kanak-kanak dihantar pasangan berusia 62 dan 57 tahun itu, 7 petang semalam.


LOKASI kejadian kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan maut. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Fauzi

Katanya, pasangan berkenaan menghantar kanak-kanak itu ke KK Bagan Serai selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri pada 6 petang.

"Kanak-kanak itu adalah anak jiran pasangan terbabit dan diambil oleh anak lelakinya yang berusia 26 tahun sejak Selasa lalu untuk bermain.

"Suspek pernah berkahwin dan kini seorang duda.

"Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan terdapat kesan lebam dan luka melecur di badannya," katanya dihubungi hari ini.


Menurutnya, hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati kematian berpunca daripada pendarahan teruk di kepala akibat kesan hentakan benda tumpul dan luka melecur seluruh badan akibat benda panas serta terdapat kecederaan pada lubang dubur mangsa.

"Susulan itu, pasangan terbabit serta anaknya ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis di talian 05-7212222 atau pegawai penyiasat Asisten Superintendan Amri Mat Nayan di talian 011-1309 2525," katanya.


Sumber: Harian Metro








Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nebbit 14-10-2023 09:17 PM
Ya Allah, kenapa jadi mcm tu sekali, mangsa baru umur 2 tahun kena hadap penyiksaan begitu. Semoga pelaku terima hukuman setimpal.
Quote isseliparjepun 14-10-2023 09:52 PM
Percayanya anak 2 tahun dijaga oleh orang lelaki, jiran pulak tu.
Quote imransulaiman 14-10-2023 09:54 PM
Suspect tu mental ke? Aduhai kesian mangsa..
Quote sambaldurian 14-10-2023 10:03 PM
Tp rumah ni nmpak bersih je. Rumah penjaga tu kn. Nmpak mcm terurus la rumah ni.  Mcm klu kita nk upah jaga x fikir apa2 dh. Mcm rumah org pencen
Quote Orenn1 14-10-2023 10:08 PM
Ini lqgi israyelll
Quote prizadane 14-10-2023 10:20 PM
Baca news kat metro, lelaki yang mendera ni rupanya boyfriend mak budak ni. Hurmmmmmmmmmm. Mak umur 38, anak 7. Dah pernah kahwin 3 kali
Quote nono86 14-10-2023 10:26 PM
Lubang d usik buat apa, pedo ke macam mana.. tolong2 la, pesalah pedo, atau apa saja salah laku berkaitan seksual, tolong la ikat gantung kat pokok.. then kelar2 anu dah tangan dia..
Quote Suchi 14-10-2023 10:45 PM
Edited by Suchi at 14-10-2023 10:47 PM
prizadane replied at 14-10-2023 10:20 PM
Baca news kat metro, lelaki yang mendera ni rupanya boyfriend mak budak ni. Hurmmmmmmmmmm. Mak umur  ...


Oh mak dia duk berjiran ke?
Patut pelik gak napa sebut anak tu amik nak main rupanya anak gf.

Mungkin kawan ngn mak budak tu sbb nak makan anak org tu la kot.
Takda sebab nak kapel ngn ibu tunggal anak 7 kalau bkn sbb lapar nk seksa anak2 org tu.
Quote zehra2 14-10-2023 10:48 PM
sangap nya emak
Quote hareeeesah 14-10-2023 11:57 PM
prizadane: Baca news kat metro, lelaki ya ...


Eh cib** nya. Ke dia xdpt mak so dia dera bdk tu.. semoga parent si syetan bg kerjasama jgn backup anak plak dh buat bunuh ank org tu
Quote raihaneem 15-10-2023 12:16 AM
prizadane replied at 14-10-2023 10:20 PM
Baca news kat metro, lelaki yang mendera ni rupanya boyfriend mak budak ni. Hurmmmmmmmmmm. Mak umur  ...

Hmmmm...patut dlm berita ckp, amik sejak selasa...
Kiranya mmg jaga tidoq mkn situ...


Hmmmmmmm...byk dah kes bf mak dera ank
Quote kakigebang 15-10-2023 12:23 AM
isseliparjepun replied at 14-10-2023 09:52 PM
Percayanya anak 2 tahun dijaga oleh orang lelaki, jiran pulak tu.

kanak2 tu lelaki 2 tahun, yg jaga pun lelaki..mana la nak jangkà budak 2 tahun pun kena liwat...yg tlg jaga pun jiràn..Allahu..teruk dah dunia ni
Quote sukacactus 15-10-2023 05:51 AM
Apa teruk sgt ni
Eiii geramnya baca!
Quote noor2 15-10-2023 05:54 AM
prizadane replied at 14-10-2023 10:20 PM
Baca news kat metro, lelaki yang mendera ni rupanya boyfriend mak budak ni. Hurmmmmmmmmmm. Mak umur  ...

Babi!!!!...sakit hati baca...bangsa apa ni????
Quote prizadane 15-10-2023 08:28 AM
noor2 replied at 15-10-2023 05:54 AM
Babi!!!!...sakit hati baca...bangsa apa ni????

Meleis sis. Rasa meluap je baca news ni semalam
Quote noor2 15-10-2023 08:30 AM
prizadane replied at 15-10-2023 08:28 AM
Meleis sis. Rasa meluap je baca news ni semalam

Seksanya budak tu dapat mak bohsia...moga mak budak ni juga dijatuhi hukuman gantung sampai mati
Quote immi 15-10-2023 08:40 AM
Bangang punya orang, anak jiran tu dah mcm anak kau la bodohbebal
Quote immi 15-10-2023 08:41 AM
prizadane replied at 14-10-2023 10:20 PM
Baca news kat metro, lelaki yang mendera ni rupanya boyfriend mak budak ni. Hurmmmmmmmmmm. Mak umur  ...

Adoiiii baru baca ni...kesianlah anak kecik JD mangsa nafsu
Quote honeybee1802 15-10-2023 08:47 AM
immi replied at 15-10-2023 08:40 AM
Bangang punya orang, anak jiran tu dah mcm anak kau la bodohbebal

Anak jiran tu anak gelpren katanya...ni anak dgn somi ke3....kekonon nak bg mesra bdk tu dgn boipren dia...senang2 je kan...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.050868 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top