CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diminta Bayar RM72,000 Jika Mahu Anak Pulang Ke Johor

14-10-2023 06:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16725| Komen: 8

Iskandar Puteri: Seorang lelaki warga tempatan dari Masai, Johor Bahru kini terkandas di Myanmar apabila menjadi mangsa terbaharu sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang menyatakan anaknya itu pada mulanya ditawarkan pekerjaan di Pulau Pinang.



"Rabu lalu, mangsa dikatakan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana mendakwa mendapat tawaran pekerjaan di sana.

"Ibu mangsa memberitahu, keesokannya, mangsa menghubunginya dan memaklumkan seorang rakan membawa anaknya itu ke Bangkok, Thailand sebelum dibawa ke Myanmar," katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Program Ramah Mesra PDRM Johor bersama Brothers Motor 3.0 : Safety Ride di Lebuh Medini di sini, hari ini.


Kamarul Zaman berkata, mangsa memaklumkan bahawa sindiket berkenaan meminta dia membayar RM72,000 sekiranya ingin pulang semula ke Johor.

Susulan laporan polis itu, Kamarul Zaman berkata, pihaknya akan meminta bantuan Bukit Aman serta Pertubuhan/Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) dalam mengendalikan kes berkenaan sekali gus membantu membawa pulang lelaki berusia 33 tahun itu.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 14-10-2023 07:23 PM
Jahatnya manusia..org yg tgh cari kerja manala ada duit....moga setan2 ni ke neraka jahanam menganiaya org
Quote gigahertz 14-10-2023 07:35 PM
noor2 replied at 14-10-2023 11:23 AM
Jahatnya manusia..org yg tgh cari kerja manala ada duit....moga setan2 ni ke neraka jahanam mengania ...

Tgh cari kerja atau dia yg tamak?
Org myanmmar gigih dtg malaysia
Kenapa pulak org malaysia nak keje kat sana
Quote gekkou 14-10-2023 07:54 PM
yng anaknya ikut tu dah knp?
mesti dah tahu awal
sbb nk ke sana perlu passport kn
setakat p penang tak perlu passport bagai

dah kerajaan kena tnaggung nk bawa blik
dlm msia keje banyak
Quote tumpanglalu74 14-10-2023 08:46 PM
Betol ke scammer2 culik ni sampai join MATTA Fair??
Quote cmf_premierleag 14-10-2023 08:50 PM
Bleh tgk film mandarin kt wayang skang, title BETS NO MORE
kisah psl scammer myanmar cari mangsa smpi le suasana keje kt sana
Kdg2 bukan psl cari keje..dibawa melancong..skali kene trapped and dah dikepung dgn gengster and dipaksa keje
Quote belacan_gurl 14-10-2023 08:59 PM
Satu je...dah knp nk pi cari keja kat negara miskin tu sedangkan rakyat dorg sendiri jadi pendatang kat sini...kang kata bodoh susah plak terasa plak tapi mmg bodoh pun
Quote shamsadis 14-10-2023 08:59 PM
kalau korang tanya semua mangsa, 100% mereka adalah mangsa along yang gagal bayar hutang, so, mereka di hantar ke sana, percayalah.

diaorang ni play victim je, Imigresen kena keluarkan rekod data keluar masuk mangsa2 ni, nak tengok berapa perjalanan mereka ke luar negara

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.076993 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top