CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kak Lina Pom Pom & Suami Diramal Jadi Peserta Keenam

14-10-2023 05:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 31339| Komen: 93

Keputusan pengacara dan pelakon, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom untuk tidak lagi mengacara program realiti, All Star Gegar Vaganza (ASGV) atas alasan peribadi ternyata mengejutkan semua pihak terutama peminat setia.


Keputusannya itu membuatkan orang ramai menjadi tertanya-tanya sehinggakan ada yang mendakwa pengacara berusia 42 tahun itu ingin berehat seketika kerana hamil.



Terbaharu, timbul pula satu desas-desus mengatakan Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi akan melengkapkan program realiti terhebat, Famili Duo 3 dengan menjadi peserta keenam bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh.


Ia susulan satu video tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama Azzim Aziz.


Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, terpampar gambar serba hitam menunjukkan peserta misteri yang bakal menjadi pelengkap bagi rancangan realiti yang bakal membuka tirainya pada keesokan hari.



Apa yang menarik perhatian ialah gambar misteri tersebut dilihat mirip sekali dengan gambar perkahwinan Elly dan suami pada Januari 2020.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan keterujaan mereka dengan khabar angin tersebut dan tidak sabar untuk menyaksikan Famili Duo 3.


Sekadar info, Famili Duo akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023 atau strim di www.tonton.com.my.



Sumber: Oh Bulan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 14-10-2023 05:59 PM
Oklah kalau dia kat FD. Itulah attention yang dia perlukan, kalau kat GV dah tak boleh jadi attention seeker dah
Quote MissYouSayang 14-10-2023 05:59 PM
Eh sama la bentuk bayang2 tu. Terer betul csi netizen ni
Quote Piramida 14-10-2023 06:02 PM
Hahaha tak laku lah GV lagi2 org boleh tengok ulangan.

Mesti ramai nak tengok laki kak lina nyanyi. Jgn kak lina buat perangai menggedik gelengar sampai drop water face suami udah lerrrr.
Quote September14 14-10-2023 06:04 PM
Jomla tgk FD pulak

Ada shila amzah lg tu
Quote Lampuled 14-10-2023 06:04 PM
Ok lah tu.  Sesuai sgt.  Yg mn peminat dia suka tgk dia boleh support dkt rancangan ni.
Quote lanacondor 14-10-2023 06:36 PM
Piramida: Hahaha tak laku lah GV lagi2 o ...
yup hrp kak lina jgn jd sotong.. jd la Elly mazlin yg berstyle sb jd peserta dgn suaminya..
Quote mojarean_X 14-10-2023 06:38 PM
Ok. Ni iols sokong
Quote doubleA 14-10-2023 06:43 PM
Dasyat job elly mazlien back to back. Cikgu azlan ok ke tu isnin sekolah
Quote imransulaiman 14-10-2023 07:21 PM
Tv3 ada live kat YouTube kan?

Malam esok confirm GV buat gimik sesuatu untuk kekal trending.
Quote bedahmenjuyah 14-10-2023 07:25 PM
Pulak dahhhh
Quote sleepandream 14-10-2023 07:31 PM
bukan kata kak lina dah jd retis residen/eksklusip astro ke?
boleh kuar tv lain meh?
Quote Suchi 14-10-2023 07:37 PM
doubleA replied at 14-10-2023 06:43 PM
Dasyat job elly mazlien back to back. Cikgu azlan ok ke tu isnin sekolah

Dia ngajor petang kot hahhaha
Jgn benti keje plak dah la yek
Quote doubleA 14-10-2023 07:42 PM
Suchi replied at 14-10-2023 07:37 PM
Dia ngajor petang kot hahhaha
Jgn benti keje plak dah la yek

Rugi la kalau berhenti, cikgu time-based tiap tahun naik gaji, cukup certain tahun naik pangkat. Memang la gaji tak sebanyak job kaklina tapi at least tak la dicop bewok perabis harta kaklina terang2 dia cikgu
Quote irsa 14-10-2023 07:44 PM
Kalau betul berita ni, tibi3 dgn asteruk berlawan2 la ye utk rating famili duoa n gv all stars
Quote PuanAbby 14-10-2023 07:45 PM
Wehhh dasyat penyiasatan netizen
Quote tikusmontok 14-10-2023 07:47 PM
Menguappppp
Quote awekjepun 14-10-2023 07:50 PM
PuanAbby replied at 14-10-2023 07:45 PM
Wehhh dasyat penyiasatan netizen

Klo betul.. mmg hebat la sapa yg bjaya teka tu
Quote scrocth 14-10-2023 07:50 PM
doubleA replied at 14-10-2023 07:42 PM
Rugi la kalau berhenti, cikgu time-based tiap tahun naik gaji, cukup certain tahun naik pangkat. M ...

Yg laki mesti kena ada kerja tetap. Kalau bini tu anggap jer bisnes time kencang. Bila dh cecah umur 50 tahun nnt belum tentu job lebat mcm skrg kan? At least masa dpt durian runtuh ni settlekan terus hutang rumah, kereta, komitmen suma. Nnt bila dh sendu blk, at least gaji suami tinggal byr bill utiliti n beli groceries n saving sikit2 ja. Kalau betul cikgu azlan masuk, heshe mesti ambik cuti tanpa gaji kot, sbb realiti tv ni bukan ahad malam jer kena komitmen kan? Nak pg praktis lagi, hari buat content, praktis dgn musicians suma, meeting dgn production lg.
Quote Suchi 14-10-2023 07:51 PM
doubleA replied at 14-10-2023 07:42 PM
Rugi la kalau berhenti, cikgu time-based tiap tahun naik gaji, cukup certain tahun naik pangkat. M ...

Yup jgn benti, bini tu lama mana je pon ada job kencang.

Walaupun gaji lagi murah pun yg penting ada keje tetap kalo jd apa2 kat bini dia masih ada keja

So keje jelaa sampai pencen.
Lelaki mmg kena ada pekerjaan tak kira la kaya mana bini dia.
Bini kalau keje ngekor jd PA laki tak nampak pelik malah itu lebih baik tp kalau laki tak keje duk mengekor bini mmg nampak biawak selalu laa

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.120396 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top