CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahu Apa Salah, Tak Dibenarkan Masuk Korea

14-10-2023 03:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 18402| Komen: 210

Seorang wanita dikenali sebagai Hazwani Amira, 26, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 11 Oktober sebelum dihantar pulang ke tanah air, kelmarin.

Hazwani yang berkongsi perkara itu di TikTok mendapat perhatian warganet sehingga tular di laman sosial.


Hazwani berkata, insiden itu menjadi pengalaman terburuk dalam hidupnya sepanjang bercuti ke luar negara selain berasa trauma dengan apa yang terjadi.


AMIRA ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sebelum dihantar pulang.


"Ini perjalanan pertama saya ke negara itu, tapi tidak menjangka ia menjadi pengalaman terburuk saya. Tidak kesampaian nak berjalan di semua lokasi yang sudah diatur.


"Jujur cakap, selepas apa yang terjadi saya tak nak dah pergi sana. Saya menjadi takut dan trauma.


"Semasa menunggu penerbangan pulang, saya sempat rakam dan kongsi apa yang berlaku. Ramai yang mesej (DM) dan bertanya apa dokumen diperlukan.


"Macam kes saya ini, semuanya cukup cuma tak bernasib baik sebab dapat pegawai imigresen itu. Sebab kawan saya yang beratur di kaunter lain lepas pula. Saya dan suaminya saja yang sangkut," katanya.


Menurutnya, sehingga sekarang dia tidak tahu apa kesalahan dilakukannya dan akur dihantar pulang.


"Memandangkan kami berada di negara orang, jadi kena jaga tingkah laku dan adab, jaga nama negara kita juga. Bimbang pula mereka buat perkara lain, sebab dari awal mereka dah buat susah dan bermasalah," katanya.


Dia yang sepatutnya pulang ke tanah air pada 18 Oktober ini berkata, dia menganggarkan kerugian dialami mencecah RM7,000.



Menurutnya, apa yang lebih menyedihkan adalah mereka ditahan seperti penjenayah termasuk pasport hanya diserahkan semula selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Menceritakan apa yang berlaku, Hazwani berkata, detik hitam itu bermula apabila dia dan suami rakannya yang berbaris di lorong sama tiba di pemeriksaan pegawai imigresen.


"Seperti biasa, pihak imigresen meminta dokumen yang diperlukan seperti pasport dan K-ETA (Kebenaran Kembara Elektronik Korea Selatan). Tiba-tiba, pegawai itu bertanya kenapa pasport tiada sejarah perjalanan. Saya menjelaskan itu pasport yang dah diperbaharui. Dia minta pula yang lama, saya beritahu tak bawa. Tiket pulang dan tempahan hotel pun semua ada. Kiranya semua dokumen lengkap.


"Terus kami diminta ikut pegawai lain ke satu bilik untuk disoal siasat. Ketika itu rakan saya lepas. Namun berasakan sesuatu yang pelik berlaku dia pun datang untuk berjumpa kami. Akhirnya, dia pun turut disoal sama.


"Mereka ada mencadangkan kami menghubungi kedutaan Malaysia di Korea bagaimana cara untuk memasuki negara itu, tapi tidak beritahu caranya. Selepas pelbagai usaha kami buat, akhirnya gagal. Pegawai yang ada di situ pun sangat tidak membantu.


"Kami kemudiannya ditempatkan bersama penumpang luar negara lain. Pasport kami pula dipegang mereka. Kami tidak diberikan apa-apa solusi melainkan dihantar pulang, nak berkomunikasi dengan pihak berkaitan pun mereka tak bantu," katanya.



Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honam 14-10-2023 03:47 PM
korea selatan ni gang israel zionis, boikot je produk korea
Quote nikaido 14-10-2023 04:01 PM
korea & australia ramai sgt pendatang overdue dr malaysia. patut elak melawat sana. pegi japan okla
Quote honam 14-10-2023 04:09 PM
nampak mcm bangla ke?
Quote adiputras 14-10-2023 04:22 PM
Hangpa tak kenal pangai bangs_ _t  Korean ni kecuali hangpa duduk lama dgn depa. Penyembah K-pop dan drama ni aku saranjgn taksub sgt.
Quote noor2 14-10-2023 04:31 PM
Aku lagi pelik korang yg teruja sgt dgn Korea dan org Korea dah kenapa...terlalu memuja bangsa ni...ha..ingat depa pandang sgt ke org Malaysia
Quote hayrin86 14-10-2023 04:41 PM
Baik takyah gi Korea Selatan kalau tiada sebarang urusan penting..
Quote Skuau 14-10-2023 05:07 PM
try pi bangladesh atau indon..pastu suka2 ko buat apa yg bangla dan indon buat cam kat Msia..tengok apa reaksi mereka.
Quote snowflakes 14-10-2023 05:54 PM
Korea ni elok stay dalam tv atau laptop je...
Quote nazzse 14-10-2023 06:08 PM
Negara yg tak pernah masuk checklist travel..hype je lebih, better Jepun jauh
Quote jfq 14-10-2023 06:29 PM
Nasib aku tak pernah minat apa2 korea baik makanan korea, tv series, dan masih takda feel lagi nak melancung ke sana
Quote lesprincesse 14-10-2023 06:36 PM
U apply visa pakai passport lama ke? If thats the case mmg la kena bawak dua2.
And fyi itu standard procedure when you are being deported. Mana2 airport or country akan buat mcm tu. Even Malaysia Immigration will do the same
Quote kitaserupaaa 14-10-2023 06:40 PM
Dalam passport ade nota kan detail passport yg lama mcm no passport, opis yg issue passport, tarikh issue passport etc.
Quote epal_putih 14-10-2023 06:45 PM
Xminat gi korea.. suka jepun..
Nk dekat gi indonesia
Quote zjen 14-10-2023 06:46 PM
kimchi tu sayur tak masak yg simpan kasi basi ya,  Quran tak tulis haram otomatik jadi halal ke ?
Quote Tunan 14-10-2023 06:51 PM
kitaserupaaa replied at 14-10-2023 06:40 PM
Dalam passport ade nota kan detail passport yg lama mcm no passport, opis yg issue passport, tarikh  ...

So mmg kena bawa dua2 juga? Tp kenapa tak diwarwarkan ya? Jd syarat wajib bawa dua2 passport
Quote amyza 14-10-2023 06:51 PM
Cousin peminat kpop/kdrama, kemain excited bila dpt pegi korea dulu. Gambar lawa2 dia post. Tapi dia ckp korea tak best apa yg tak best? Dia jwb semua tak best.
Hadooii, terbantut i nak pegi jln2 korea naik namsan tower. Last2 kumpul duit pegi umrah je lah
Quote syamzana 14-10-2023 06:56 PM
kesian plak. kalau iols pun kecut dah pasaipe lak xlepas masuk?
ape sebenarnya yg berlaku?
iols ok je dgn korea tp tak teringin la nak p kali ke2. maybe tmpt2 iols p tu mcm biasa je or tak kene season kot.  
Quote fefeeling 14-10-2023 07:10 PM
amyza replied at 14-10-2023 06:51 PM
Cousin peminat kpop/kdrama, kemain excited bila dpt pegi korea dulu. Gambar lawa2 dia post. Tapi dia ...

Oh terbalik dgn aku.. masa family aku decide nak holiday kt korea aku reject offer diorang sbb aku cam pejadah korea ingat kita ni kaki kpop ke… seminggu nak fly br aku terhegeh2 ckp ok lah aku follow, aku beli tiket flight sendiri asing.. diorg gerak naik mas, aku naik aa.. smp sana duduk area yg happening gak air b&b kitorang kira strategic location.. pehhh menyesal aku kondem, best la rupanya korea.. tp sejuk nak mati, kalah london europe jepun semua
Quote fefeeling 14-10-2023 07:15 PM
Mcm aku mmg biasakan bawak passport yg dah mati skali bila travel ni sbb ko takleh expect apa imigresen dia nak soal ko japgi.. lantak la 3-4 buku pun especially before kawin dulu aku keluar masuk uk, so student visa ada dlm passport lama tup2 officer tu tanya penah dtg uk ke, buat apa, study? Mana visa sticker tier apa blahblah… so aku leh hulur je tunjuk bukti then jalannn.. now da kawin umat sana, kalau lalu terus potong queue ikut lane british passport

Lihat semua komen(210)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.207513 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top